Sunday 4 July 2010

SYARIAT DALAM BERMASYARAKAT



assalamualaikum wbt...

SYARIAT DALAM BERMASYARAKAT

1. ADAB BERSAHABAT




ALLAH telah menggariskan banyak panduan dalam proses pemilihan sahabat ini; antaranya sepertimana diterangkan menerusi maksud ayat di bawah:
" Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, lalu ia mengikut hawa nafsunya"
[ al-Kahfi: 28 ]

" Dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada-Ku"
[ al-Luqman : 15 ]


Rasulullah SAW juga pernah meriwayatkan perihal sahabat ini yang dirakamkan menerusi hadith nya berikut:
" Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa yang harus dipilih sebagai teman/rakan"

Hadith ini juga bertujuan untuk menegah kita daripada bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar perintah ALLAH walaupun ada kalnya dia melakukan amal ibadat.


Al-Qamah yang merupakan seorang ulama' masyhur dahulu kala pernah memberikan panduan kepada anaknya dalam proses pemilihan sahabat; antaranya ialah:

1. Jika engkau meminta pertolongan kepadanya, dia akan membantu mengusahakan pertolongan itu sedaya upayanya
2. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadamu, dia akan menghargainya
3. Jika engkau berjasa ataupun berbakti kepadanya, pasti dia akan melindungimu
4. Jika engkau berdua berselisih faham, dia akan mengalah semata-mata untuk menjaga ikatan persahabatan itu.





Saidina Ali pernah berkata seperti berikut:
" Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu ( ketika susah dan senang ). Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja demi kepentinganmu "


Selain itu, Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita supaya melihat dua sifat berikut pada seseorang sebelum kita bersahabat dengannya;

1. Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian
2.Orang yang dapat memberikan manfaat serta faedah dalam segala perkara


Sememangnya telah jelas bahawasanyua ALLAH menegaskan betapa pentingnya hubungan persahabatan yang terjalin di kalangan orang-orang yang beriman, bertaqwa, dan berakhlak mulia yang dapat bekerjasama dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini, serta mengamalkan amal makruf nahi mungkar sepertimana yang disarankan oleh yang Maha Pencipta.

" Berpegang teguhlah dengan tali (agama) ALLAH bersama-sama dan janganlah pula berpecah belah "
[ ali-Imran : 103 ]


Walllahua'lam..

Bersama-samalah kita menjaga hak kita sebagai seorang individu dengan sahabat itu yang meliputi beberapa aspek seperti hak untuk mendapatkan harta, hak memberi bantuan rohani dan jasmani, hak memelihara lisan, hak mendoakan, hak memberi salam, hak menepati janji dan lain-lain.

:)


** jangan ego-ego ye?
janganlah kita lokek untuk sentiasa bermaaf-maafan agar kita sentiasa berada dalam likungan redha Nya..
inshaALLAH persahabatan kita akan diberkati ALLAH dan berkekalan sehingga ke taman syurga Nya kelak :)


bertemu lagi di entri berikutnya untuk more info on this topic...
inshaALLAH

wassalam