Thursday 1 July 2010

CINTA SEORANG IBU KEPADA PUTERANYA ( dulu vs sekarang )

assalamualaikum wbt...

CINTA SEORANG IBU KEPADA PUTERANYA


Dalam al-Quran juga, ALLAH telah meriwayatkan satu kisah perihal seorang ibu yang sungguh kuat amal ibadah nya lantas dipilih Nya untuk melahirkan seorang putera yang bakal dijadikan ALLAH orang yang terkemuka di dunia dan di akhirat serta salah seorang di antara orang-orang yand didekatkan kepada ALLAH sepertimana yang difirmankan ALLAH menerusi surah ali-Imran ayat 45.


Maryam a.s, seorang gadis suci yang belum penah dijamah oleh mana-mana lelaki, menerima takdir dan ketentuan Ilahi tanpa sebarang rasa keluh kesah berteraskan iman dan keyakinan yang kukuh bahawasanya segala ketentuan ALLAH atas dirinya adalah yang terbaik untuk dirinya. Maryam a.s sangatlah yakin terhadap Rabb nya yang Maha Mengetahui akan segala kebaikan serta keburukan yang bakal menimpa dirinya, ia yakin bahawa apa yang dirasakan baik untuk dirinya belum tentu baik menurut Tuhan nya. Keyakinan serta kepasrahan yang sepenuhnya yang dipamerkan oleh Maryam a.s menjadikan Maryam a.s teramatlah arif menyingkapi "pilihan" ALLAH yang lantas menjadikan dirinya sebagai salah satu "tanda" kekuasaan serta kebesaran ALLAH aza wajalla.

Ketika hari kelahiran menampakkan dirinya, Maryam a.s hanruslah membidani persalinannya itu bersendirian; sesuatu yang amatlah sulit lagi perit bagi perawan abadi itu, namun itulah perintah ALLAH lantas Maryam a.s menurutinya dengan hati yang penuh ketabahan. Kesulitan itu tiadalah tolak bandingnya jika ingin dibandingkan dengan peristiwa demi peristiwa yang perlu dialami oleh Maryam a.s selepas kelahiran puteranya itu.

Sejak kelahiran Isa a.s,hari-hari Maryam si perawanan nan suci itu, banyak dipenuhi dan dilakari dengan tohmahan-tiohmahan serta caci-maki disulami juga dengan sikap sinis anak bangsanya, bahkan Maryam a.s seringkali diejek dengan sindiran yang sangat menusuk hati yang menyebabkan hati si perawanan nan suci itu pilu tidak terperi; "Wahai saudara perempuan Harun".
Bagi yang menggelarkannya sedemikian, ia bermaksud memerli-merli Maryam a.s yang selama ini dikenali sebagai seorang perawan suci dan ahli ibadah yang tingkat ibadahnya disejajarkan oleh anak negerinya seumpama nabi Harun a.s dan Musa a.s, namun berakhir pula dengan kelahiran seorang putera yang lahirnya tanpa bapa yang sah.

Pelbagai peristiwa menyusuli kelahiran Nabi Isa a.s namun kasih sayang Maryam a.s terhadap puteranya, Isa a.s merupakan " Ayat Nyata " kuasa dan keagungan ALLAH di alam realiti ini. Sesungguhnya hanya manusia yang telah menggapai capaian spiritual yang luhur sahaja yang mampu menerima "titipan" ALLAH tersebut seperti dalam firman ALLAH yang bermaksud;
" Dan (ingatlah) ketika malaikat (Jibril) berkata; " Wahai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu, dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)"
[ ali Imran: 42 ]

Berbeza sekali dengan wanita-wanita lain yang ada di bumi ini, banyak sekali wanita yang tegar membunuhjanin mereka, darah daging mereka sendiri, kerana tidak tahan menerima kenyataan hidup ataupun akibat keterlanjuran bersama teman lelaki.


Jika dibelek-belek akhbar kebelakangan ini, berita buang bayi sudah dianggap perkara biasa yang bakal menghiasi ruang dada akhbar tempatan mahupun luar negara. Lebih memalukan apabila melihat statistik di sebuah negara yang menggelarkan dirinya sebagai sebuah negara Islam, statistik anak luar nikah yang dilahirkan sangat memeranjatkan semua pihak, rata-rata hampir setiap 17 minit, akan lahirlah seorang bayi luar nikah yang nasibnya masih belum lagi diketahui. Mungkin jika nasibnya baik akan dipelihara ataupun diberikan kepada golongan-golongan yang menginginkan cahaya mata, namun kebanyakannya akan berakhir dengan tragis menerusi pembunuhan ataupun kes buang bayi di surau, di longkang-longkang, di tong sampah dan banyak lagi. Bayi yang baru sahaja mula ingin mengenal dunia ini ditamatkan riwayatnya ataupun dilayan lebih buruk daripada layanan binatang melayan anaknya sendiri. Wallahua'lam apakah yang telah terjadi di dunia pada waktu kini.








Sungguh Maryam puteri Imran, perawan suci nan abadi, ahli ibadah yang tiada tolok bandingnya, juga merupakan 'ayat' ALLAH untuk segenap umat manusia, terutamanya bagi kaum Hawa sekaligus membuktikan bahawasanya wajah kasih sayang seorang manusia tidak perlulah berlumurkan nafsu. Keteguhan iman dan kecintaan yang tulus kepada ALLAH adalah benteng yang paling kukuh untuk mengawal "gelojak" nafsu ini sekaligus merupakan senjata utama untuk 'mematikan' rayuan para lelaki yang tidak bertanggungjawab.


wallahua'lam...

...wassalam..