Sunday 11 July 2010

"7 Jenis Wajah Mayat"




Assalamualaikum wbt...


"7 Jenis Wajah Mayat"

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat; manusia ini ketika hidupnya telah melakukan perbuatan syirik kepada ALLAH swt [1]

2. Mayat yang rupanya terlah berubah bentuk seperti khizir; mayat yang ketika hidupnya telah melalaikan tuntutan ALLAH dalam ibadah solat; ia tidak solat fardhu 5x sehari semalam, tidak menjaga waktu solat, serta lalai dalam solatnya.[2]

3. Mayat yang kepalanya berubah menjadi batu hitam legam, ketika ALLAH izinkan empunya badan ini hidup di dunia, ia telah berlaku zalim dan derhaka kepada kedua-dua ibu bapanya.[3]

4. Mayat yang perutnya menjadi buncit dan meletup; ingatlah ini adalah petanda yang ALLAH tunjukkan kepada manusia sebagai peringatan untuk tidak makan sesuatu yang haram.[4]

5. Mayat yang kukunya mencengkam dan melilit seluruh tubuhnya; ketika hidupnya, manusia ini suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.[5]

6. Mayat yang keluar mata aur dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk daripada bangkai; itulah appearance bagi mayat orang yang ketika hidupnya suka makan riba' [6]

7. Mayat yang wajahnya tersenyum, itulah janji ALLAH yang sungguh manis bagi orang-orang yang ketika hidupnya berilmu dan beramal soleh kepada Nya.[7]


[1]
"... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ..."
(Surah Al-Maidah, ayat 72).

"... Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai), atau dihumbankan angin ke tempat yang jauh (yang membinasakannya)."
(Surah Al-Hajj, ayat 31).
Rasulullah bersabda: "Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Alah, masuklah dia ke dalam neraka."
(Hadis Bukhari dan Muslim).

Daripada Abdullah Mas'ud, katanya:

Aku bertanya kepada Nabi Muhammad: "Apakah dosa yang terbesar di sisi Allah?" Baginda menjawab: "(Dosa yang terbesar di sisi Allah itu) ialah: Engkau mengada-adakan bagi Allah sesuatu yang menyamai-Nya, pada hal Dia menciptakan kamu"
(Hadis Bukhari dan Muslim).
[2]
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "
Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada hari kiamat!!! Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

  • Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

  • Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).
  • Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.
  • Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).
  • Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.
  • Doanya ditolak Allah.
Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:
  • Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.
  • Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit ketika roh akan keluar.
  • Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat. Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta. Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap. "Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Artikel ini datangnya dari: Portal Muslimah -- Hanan.com.my

[3]

Sabda Rasulullah bermaksud; “Dua (kejahatan) yang disegerakan balasan oleh Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa.”
[
hadis riwayat at-Tarmizi ]

[4]

Rasulullah SAW bersabda; "
Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka akan cepat membakarnya”.
Dalam hadist lain disebutkan, “Tidak akan masuk surga daging yang tumbuh dari harta haram dan api neraka akan cepat membakarnya”.
[5]
Daripada Anas r.a, Rasulullah bersabda
" Ketika aku dimikrajkan, aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya; "Siapakah mereka ini wahai Jibril?" Jibril menjawab; "Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain"
[6]

Allah berfirman : (Q.S. An Nisa: 161)

Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal Sesungguhnya mereka Telah dilarang daripadanya, dan Karena mereka memakan harta benda orang dengan jalan yang batil. kami Telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir di antara mereka itu siksa yang pedih.

[7]
"Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."
(Surah Yunus: 64)
Wallahua'lam