Thursday 8 July 2010

"SEMUA INI ADALAH RAHMAT ALLAH"


Assalamualaikum wbt...

"SEMUA INI ADALAH RAHMAT ALLAH"



Bagi mereka yang telah mencecah usia yang dilabel sebagai "berumur/tua", mungkin anda takkan dapat lari daripada diajukan soalan seperti berikut , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”

Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..”

Namun, jika kita betul-betul faham bahawa semua yang terjadi ini adalah di bawah penguasaan ALLAH yang Maha Berkuasa ke atas semua makhluk ciptaan Nya, mungkin kita akan lebih kreatif dalam menjawab soalan yang diajukan itu.

ALLAH pernah berfirman yang bermaksud:

"Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

[ al-Hadid: 22 ]

Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar menceritakan perihal seorang ulama' sunni yang pernah berkata,

“Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila Tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana Tuhan Maha Mengetahui. Apabila Tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna Tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

Sebenarnya, perihal ini bukanlah tertumpu kepada soal perkahwinan semata-mata namun ia dapat di-generalized dalam isu yang pelbagai lagi dalam kehidupan seharian kita. Mungkin hari ini kita masih belum berjaya menggapai apa-apa yang dicita-citakan selama ini namun usahlah kita berputus asa kerana mungkin apa yang kita cita-citakan itu bukanlah yang terbaik untuk kita, oleh sebab itulah ALLAH melewat-lewatkannya. refer to [2:216]

Mungkin hari ini kita masih belum menjadi pemimpin yang baik, namun usahlah berhenti di tahap itu sahaja, pimpinlah dirimu untuk menjadi individu muslim yang lebih baik dan bermanfaat kepada orang di sekelilingmu. Mungkin penangguhan yang ALLAH berikan itu adalah yang terbaik kerana Dia mahukan yang terbaik untuk kamu, kerana Dia Maha Mengetahui bahawa hamba-hamba Nya yang bertaqwa akan terus muhasabah diri dan sabar dalam menempuh segala ujian Nya.

Inilah yang dikatakan dalam surah al-Mulk bahawa dunia ini sekadar untuk menguji siapakah yang lebih baik amalnya di dunia ini :)


Wallahu’alam