Friday 9 July 2010

Memilih Makanan dan Minuman dari Aspek Islam~

assalamualaikum wbt...

Memilih Makanan dan Minuman dari Aspek Islam~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
" Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu"
[ Hadith riwayat Muslim ]

Makanan yang suci dan bersih dapat menjamin kesihatan yang baik. Justeru itu, di samping memilih makanan berzat dan berkhasiat, sebaik-baiknya perhatian juga perlu dititikberatkan kepada kebersihan serta kesuciannya dari segi syariat agama.

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud;
"Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya"
[ Hadith riwayat at-Tarmizi ]

Aspek terpenting dalam ibadat yang paling asas dalam Islam yakni solat juga adalah kebersihan diri. Allah telah menekankan aspek kebersihan diri ini, oleh sebab itulah sudah terang lagi bersuluh dinyatakan bahawa solat seorang hamba Nya dalam keadaan kotor dan hina adalah tidak diterima ALLAH.
Rasulullah menerusi hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban yang bermaksud;
"Menjadi bersihlah kamu kerana sesungguhnya Islam itu bersih"

Pemilihan makanan yang bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. ALLAH pernah berfirman yang bermaksud " Makanlah apa yang dikurniakan ALLAH kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat ALLAH jika kamu benar-benar menyembah ALLAH"

ALLAH SWT pernah berfirman yang bermaksud
"Wahai sekalian manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.”
[ Al-Baqarah, ayat 168 ]

“Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, bererti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”


ALLAH tidak pernah menzalimi kita dalam apa-apa jua aspek kehidupan, kerana tiada satu pun yang wujud di muka bumi ini adalah hak milik kita 100%. Semuanya hanyalah pinjaman daripada Nya, oleh itu Dia sememangnya layak untuk menetapkan peraturan di atas setiap sesuatu yang dimiliki-Nya. Bahkan pula, bukanlah banyak sangat yang dihalangiNya untuk kita daripada mendekatinya. Hanya segelintir yang diharamkan Nya untuk menguji siapakah di antara hamba Nya yang lebih baik amal kebaikannya. Banyak lagi yang dihalalkannya, kenapa perlu kita memilih untuk mengingkari Nya serta tidak patuh akan perintah Nya. Secara saintifiknya, bagi mereka yang mengkaji, setiap yang dihalang ALLAH sudah pasti ada hikmah di sebaliknya. Sudah pasti ada keburukan sekiranya manusia mengingkarinya.
Namun ALLAH itu tidak pernah zalim kepada hamba Nya, apabila manusia berdepan dengan keadaan-keadaan tertentu yakni darurat, terdapat pula rukhsah yang membolehkan ia makan makanan-makanan yang secara lahiriahnya adalah diharamkan oleh ALLAH ke atasmu sebagaimana dalam firman ALLAH di bawah:

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka sesiapa yang dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[ Surah an-Nahl, ayat 114-115 ]


Nu'man bin Basyir r.a. berkata: Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram pun jelas, dan di antara keduanya ada hal-hal yang syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan manusia. Barangsiapa menjauhinya, maka ia telah membersihkan agama dan kehormatannya sebaliknya barangsiapa memasuki syubhah, ia telah memasuki keharaman, seperti halnya penggembala yang menggembala di sekitar batas (tanahnya), tidak lama ia akan jatuh ke dalamnya”.
[ HR Bukhari dan Muslim ]


Renunglah sejenak. Apakah kita bebas dari makanan haram dan syubhat?


Candy ini dijual di 7eleven (Produk AS dan Israel)





Please take not that all chocolate, vanilla & coffee drinks at Coffee Bean and Starbuckscontains E471, mono di-glycefide which is from animal origin (pork fat), Raspberry Frap uses cherries that has been dip in alcohol & tiramisu contains RUM

120,141,160(A),
161,252,300,301,422,430,431,434,435,436,441,470,471,472
(AE),473~477,481~483,491,494,542,570,631,635,920 beur & RENNET
.

Kod E adalah kod yang digunakan bagi bahan tambahan makanan seperti emulsifier, pengental, pengawet, perasa,pewarna dan sebagainya. Sumber bahan ini adalah dari tumbuhan, haiwan dan kimia sintetik. Jika sumber itu adalah dari tumbuhan, maka ia tidak kritikal namun JAKIM masih meneliti cara pemprosesannya sebelum memberi pengesahan halal. Namun jika ia dari sumber haiwan, JAKIM akan memeriksa teliti sumbernya mestilah dari haiwan yang halal dan telah diproses/ disembelih mengikut hukum syara'. Pemeriksaan ini meliputi dari bahan ramuan, cara pemprosesan, cara kendalian, pembungkusan dan premis secara menyeluruh. Oleh itu, diingatkan bahawa sumber kod E tidak semestinya berasal dari sumber yang haram kerana terdapat sumber halal yang lain. Bagi syarikat-syarikat pengeluar produk yang telah mendapat sijil pengesahan halal JAKIM, kami telah memastikan bahawa tiada keraguan terhadap ramuannya dengan pemeriksaan dan pemantauan yang teliti.Pengguna tidak perlu panik terhadap kod E tetapi perlu prihatin terhadap sumbernya dan status halalnya. Berkenaan produk aiskrim yang tuan nyatakan, produk tersebut telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM dan Badan Islam lain yang diiktiraf oleh JAKIM. JAKIM hanya memberi pengesahan halal terhadap produk tempatan namun terdapat beberapa Badan Islam luar negara yang diiktiraf JAKIM seperti yang disenaraikan di www.halal.gov.my.Manakala coklat Cadbury untuk pasaran Malaysia telah mendapat pengesahan halal dari JAKIM yang sah. Terima kasih.
Source: Portal Rasmi HALAL Malaysia

...adalah tidak mustahil, seorang ISLAM yg kini sudah berusia 40 tahun, kalau dihitung mungkin sudah termakan sekor babi secara syubhah

Sedarlah wahai saudara-saudaraku, selama dan hingga hari ini, apa yang telah masuk ke dalam mulut kita, anak2 kita adalah makanan & minuman hampir semuanya shubhah.

Source: blog SyauQah UmaiRah

Ingatlah bahawa kita dituntut untuk sentiasa berhati-hati dalam makan/minum kerana ia akan menjadi sebahagian darah daging kita dan bahagian anggota badan yang paling penting yang perlu dijaga adalah HATI. Makanan yang syubhah/haram dapat menggelapkan hati lantas menjadikan hati kita "rosak" sehinggakan kita menjadi leka dan malas untuk beribadah kepadanya. Maka jagalah hati kerana rosak hati, maka rosaklah seluruh anggota badan. Untuk makluman lanjut, teruskan mencari info-info berguna yang berkaitan supaya kita dapat sentiasa memelihara hati kita daripada perkara-perkara syuhbah sebegini. Kajilah setiap info yang diperoleh terutamanya jika info itu daripada orang-orang yang fasiq sebagaimana telah diterangkan oleh firman ALLAH menerusi Kalam Nya; al-Quran.
Bagi seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai seorang da'ie, ingatlah hadith Rasulullah SAW yang menyarankan kita supaya sentiasa bersifat tabligh (menyampaikan)
"sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat"

Namun begitu, ingatlah juga setiap apa yang kita sampaikan ini akan dipertanggungjawabkan ke atas kita kelak. Oleh sebab itu, kajilah seteliti-telitinya sebelum menyampaikan, kerana kita tidak mahu menyampaikan sesuatu yang dapat menyongsangkan aqidah seseorang lantas dipertanggungjawabkan di hadapan ALLAH kelak.

Wallahua'lam

Kita sebagai seorang yang berakal perlulah sentiasa mencari dan bijak membezakan antara yang haq dan batil.

Wallahua'lam