Monday 19 July 2010

Bila sahabat kita couple, kita......

Assalamualaikum wbt


Berbalik kepada topik asal kita...
Apabila seorang sahabat yang rapat dengan kita tiba-tiba mengkhabarkan bahawa dirinya sudah 'berpunya' yakni sedang hangat dilamun cinta, apakah respons antum/antunna sekalian?
Ana tertarik dengan satu karya coretan akhi Hilal Asyraf yang berjudul Perkongsian Mengapa Bukan Kamu yang Ber-Couple dengan dia? (Click untuk link ke artikel beliau)

Kadang kala kita terlalu mudah untuk menuding jari kepada orang lain berbanding untuk menyatakan bahawa apa yang berlaku itu berpunca kepada kelemahan diri kita sendiri.
Bukan mudah seseorang itu untuk mengakui dirinya yang bersalah apabila orang lain yang jelas-jelas melakukan kesalahan tersebut.
Mungkin juga kita bersikap lebih pesimis kepada orang lain sebaliknya bersikap terlalu optimistik terhadap diri sendiri. Bukanlah tidak elok untuk menampakkan kelebihan diri sendiri dalam usaha untuk menambah baik kelebihan diri ini, namun jika sesuatun itu keterlaluan ataupun melebih-lebih, ia adalah sesuatu yang ALLAH tidak suka, kerana pasti akan lahir perasaan ujub serta riak setelah itu. Nauzubillah

Apabila seorang teman menghampiri diri ini berceritakan perihal 'teman hidupnya' itu, apakah respons pertama yang pasti akan wujud dalam diri seorang manusia yang lemah ini?
Bagi ana, ini adalah suatu peluang untuk bermuhasabah diri bukanlah peluang untuk mencari kesalahan orang lain; kerana ia ada kaitannya dengan diri kita yang bergelar sahabat juga.
Lazimnya, apakah alasan seseorang itu ber-couple?

Bagi ana, lazimnya alasan untuk mencari 'pasangan hidup' itu adalah untuk mengisi kekosongan jiwa kita yang perlu diisi dengan kasih sayang serta perhatian yang sepenuhnya daripada insan tersebut.
Kadangkala kita akan mudah hanyut dalam arus percintaan oleh kerana kita menyangkakan jiwa kita telah diisi dengan kasih sayang dan belaian manja insan yang masih belum sah dengan diri ini.
Seharusnya, kasih sayang ini boleh diperoleh menerusi hubungan kekeluargaan ataupun hubungan persahabatan sesama kita, tidak perlulah sesoerang yang bukan mahram untuk memenuhi jiwa kita dengan 'kasih sayang palsu yang dilaknat ALLAH itu'


Sepanjang ikatan terlarang tersebut, hakikatnya banyak yang diperoleh oleh seorang insan yang sedang dahagakan kasih sayang dan perhatian daripada orang yang disayanginya. Tiap-tiap moment terasa lebih indah apabila dikongsi bersama orang yang dicintai; disulami pula dengan pemberian hadiah-hadiah yang barangkali belum pernah dirasai olehnya ketika ia bersahabat dengan antum/antunna. Malah, mereka merasakan kebahagiaan mereka itu tidak pernah diperoleh selama ini memandangkan masing-masing akan mula mengambil berat serta bertanya khabar apabila berjauhan, kadangkala perhubungan ini akan melebihi utuhnya sebuah intitusi kekeluargaan. Mereka tidak dapat merasai indahnya kasih sayang itu daripada kedua ibu bapa mereka sendiri, lantas menjadikan diri mereka lebih hanyut dalam arus cinta terlarang tersebut.

Kini, tahukah antum/antunna kenapa majoriti manusia kini membantah apabila dinyatakan bahawa COUPLE ITU HARAM? Mereka ingin mengisi lompong kasih sayang yang wujud dalam diri mereka itu. Namun, mereka tidak mempunyai pengetahuan yang betul mengenai cara yang sebetulnya untuk mengisinya itu. Lantas, mereka telah memilih jalan yang dimurkai ALLAH sedangkan ALLAH telah Berfirman kepada umat manusia supay asnetiasa menjauhi zina. Namun, persoalannya, kenapa dengan adanya kita di sisi mereka pun, mereka masih merasakan kekosongan itu? Adakah kita cuma bijak bercakap namun ada yang masih kurang dalam nilai persahabatan kita dengan si dia? Kenapa kita mampu mengisi lompong-lompong kasih sayang dalam diri sahabat kita itu?
Muhasabah diri sejenak...


Berkenan pula ana dengan kata-kata akhi Hilal Asyraf yang berbunyi sedemikian "bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina"
Bagi ana, itu adalah teguran pedas bagi kita semua yang mungkin masih tidak sedar apa impak sebuah persahabatan kepada diri seseorang itu. Apabila ALLAH telah Mengurniakan kita seorang sahabat, seharusnyalah kita emnggunakan kesempatan yang ada untuk berkasih sayang serta mencintai sahabta itu sepertimana kita menyayangi diri sendiri, sentiasalah ingatkan diri untuk mengisi lompong-lompong kasih sayang dalam diri sahabat sekaligus dapat mengisi kekosongan diri kita sendiri hendaknya. Bukanlah layak bagi kita untuk tidak menghargai sahabat itu sebetul-betulnya, namun apabila si dia terjerumus ke lembah maksiat, kita pula memilih untuk emnghina-hina serta memburuk-burukkan dirinya. Adakan pantas orang sebegini mengiyakan dirinya sebagai seorang da'ie yang konon-konon berangankan syurga ALLAH? TIDAK!!
Sudah pasti tidak, sekiranya hubungan sesama manusia pun kita telah menemui kegagalan apatah lagi hubungan kita dengan ALLAH SWT.
Sebagai seorang yang halal perhubungannya dengan seorang yang bergelar sahabat, renunglah kembali kenapa si sahabat memilih yang haram pula untuk mengisi kekosongan jiwanya itu?
Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Mungkinkah masih banyak lagi hak-hak dirinya yang belum kita tunaikan kepadanya?Sudahkah terbina jambatan hati antara kita dengannya sehinggakan ia memilih jalinan yang haram itu untuk mengikat hatinya yang 'kegersangan' itu?

Maka persoalan kepada diri kita sendiri untuk kita renungkan, adakah kita telah menjadi sahabat yang baik kepadanya?
Oleh itu, muhasabah diri kembali dan ingatlah bahawa bukanlah layak untuk kita untuk sentiasa mencari keburukan serta menuding-nuding kesalahan kepada orang lain, sebaliknya lebih layak untuk diri ini, berfikir adakah semua yuang terjadi ini berpunca daripada diri kita sendiri.
Contohilah Umar al-Khattab, ketika Rasulullah SAW mengatakan bahawa ada di kalangan sahabat-sahabat Baginda ynag tidak dijanjikan ALLAH syurga, lantas beliau terus menangis teresak-esak dan merasa takut sekiranya dirinya yang dimaksudkan oleh Baginda SAW itu. Subhanallah manisnya keimanan yang ada pada Umar al-Khattab; beliau tidak sedikitpun merasakan dirinya sudah cukup beribadah kepada ALLAH bahkan ia merasa gusar dan bimbang sekiranya amal perbuatannya itu masih belum layak untuk menyelamatkan dirinya daripada neraka jahannam.
Subhanallah..

Izinkan hatimu berbicara secara telus dengan sahabatmu
Sentuhlah hati kecil sahabat-sahabat sekalian menerusi ucapan yang ikhlas daripada diri ini.
So, tak salah untuk sekarang kita ubah paradigma kita dan mulalah ber-couple dengan sahabat sendiri dengan berbekalkan syariat-syariat yang telah ALLAH Gariskan menerusi al-Quran.
Sentiasalah perbaharui iman dan sentiasalah menjaga perhubungan yang baik dengan sahabat-sahabat kita..
Mungkin hari ini kita mampu untuk menjauhkan diri daripada zina, mampu menjaga ikhtilat (pergaulan sesama lelaki/perempuan yang bukan mahram), namun mungkin hari esok ALLAH Menguji kita menerusi ujian sebegini pula wallahua'alam. Oleh itu, sentiasalah mencari sahabat-sahabar dan sentiasalah berbuat baik kepadanya sekiranya kita sendiri mendambakan belaian kasih sayang daripada seorang sahabat.
Wallahua'alam


Dalam kesempatan ini, izinkan ana memohon jutaan ampun dan maaf kepada mereka yang bergelar sahabat dan teman-teman ana, sekiranya ana tidak meluangkan cukup waktu dengan antum/antunna sekalian. Mungkin masih banyak hak antum/antunna yang masih belum ana langsaikan. Minta maaf sekali lagi. InshaALLAH ana akan cuba menambah baik diri ana jika diizinkan ALLAH. Moga-moga ana bisa untuk mengisi lompong-lompong kasih sayang yang ada dalam diri antum/antunna sekalian. Ana juga mengharapkan perkara yang sama daripada antum/antunna sekalian


Ukhuwwah fillah..

ASSALAMUALAIKUM WBT...