Monday 19 July 2010

JOM! muhasabah diri dan perbaharui taubat :)

assalamualaikum wbt...

Kawan antum/antunna couple?
Apa tindakan antum/antunna?
Berdiam diri? Menegurnya ataupun menceritakan keburukannya di belakang (mengumpat)?
Hurmm...
Fikirkan sejenak apa tindakan antum/antunna apabila sahabat baik antum/antunna sendiri yang dibelenggu keindahan cinta duniawi yang telah nyata-nyata haram sebelum wujudnya ikatan yang sah menerusi akad nikah
Ada di antara kita akan cuma mampu berkata di belakang, yakni mengumpat. Kononnya bimbangkan sahabat itu yang telah tersasar jalannya dari jalan mendekati ALLAH yang Maha Esa.
Ada di antara kita akan mula menjauhkan diri daripada sahabat-sahabat yang sedang hangat dilamun cinta.
Tapi, pernahkan kita bertanya kepada diri sendiri, adakah ia bercinta dengan lelaki/perempuan yang bukan mahramnya itu ada kaitannya juga dengan kesalahan diri kita sendiri sebagai seorang teman?

Ana tertarik membaca kupasan yang sangat 'dekat' dengan hati ana yang bergelar seorang hamba ALLAH ini
Bagi yang mengenali diri ini, pastinya mereka akan kenal siapa ana sebelum ini.
Ana pernah berada dalam suatu zaman 'jahiliyyah' yang sudah pasti suatu jalan yang agak jauh daripada Nya, ana pernah jatuh rebah sehinggakan ana pernah betul-betul berada di suatu fasa di mana ana terpaksa mencari kembali ALLAH sedangkan Dia tidak pernah Meninggalkan diri ini, namun ana akui kesalahan-kesalahan itu banyak memberi impak dalam kehidupan ana dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh onak duri ini; bermulalah suatu pengembaraan dalam hidup ana dalam mencari kebenaran.
Sudah pasti liku-liku kehidupan ana tidaklah sehebat Salman al-Farisi yang bertungkus-lumus mencari kebenaran sehinggakan namanya disebut-sebut sebagai antara tokoh yang patut kita teladani dalam menyelusuri jalan tarbiyyah ini.
Bagi ana, ALLAH Mengilhamkan perubahan pada seseorang dalam pelbagai cara; bukannya sekadar menerusi jalan yang kita nampak elok di pandangan mata semata-mata; ada orang yang melakukan kesilapan lantas ALLAH Zahirkan suatu perasaan ingin berubah yang inshaALLAH akan berterusan jika digilap secara bersungguh-sungguh.
Yang paling utama, ana sentiasa nasihatkan diri ana sendiri untuk kembali ke jalan ALLAH secepat yang mungkin sejurus sedar bahawa perbuatan kita itu salah.
Seorang yang bertaqwa bukanlah semata-mata orang yang tidak pernah melakukan maksiat kepada ALLAH ataupun melakukan sebarang kesalahan kepada ALLAH swt, tapi mereka adalah orang yang pada zahirnya pernah melakukan kesilapan tetapi cepat-cepat bertaubat apabilah ia berbuat kesalahan tersebut.
Iman seseorang pasti ada naik turunnya.
Mungkin hari ini kita berjaya untuk menangkis segala cubaan serta ujian ALLAH taktala sahabat-sahabat kita yang lain mungkin sudah ada yang hampir lemas dalam kehebatan ujian Nya itu, tapi usahlah kita mengambil jalan mudah untuk bersenang-lenang kerana yakinlah bahawa ujian itu petanda ALLAH sayangkan hambaNya, jika betullah niat di hati ingin mencontohi Rasulullah SAW, ingatlah suatu perkara; yakni ujian serta dugaan yang ditempuh sepanjang jalan dakwahnya terlalu besar dan menyakitkan namun Baginda tidak pernah rebah ataupun berpaling dari Nya. Kini, mungkin jalan yang kita pilih ini agak mencabar serta jerih perihnya yang agak menyakitkan, tapi ingatlah janji ALLAH mengenai ganjaran syurga yang tidak ternilai harganya.


Bagi ana yang pernah melalui jerih payah hidup untuk memulakan hidup baru, ia bukanlah suatu yang mudah.
Ia perlukan keberanian yang teramat sangat memandangkan kekhilafan ketika usia remaja dahulu. Ana cuma ingin mencadangkan satu jalan yang agak simple kedengaran namun ia perlukan azam yang tinggi untuk melakukannya. dan yang penting, ia perlukan teman sebagai penguat diri ini..
Sekali kita melakukan kesilapan, bertaubatlah. Sentiasa perbaharui taubat dan sentiasalah mengingatkan diri supaya tidak melakukannya lagi.
Bencilah jahiliyyah yang pernah membelenggu diri antum/antunna itu.
Kikislah ia sehinggakan tiada satu pun tertinggal pada diri antum/antunna sisa baiki daripada jahiliyyah itu
Bencilah jahiliyyah itu seolah-olah antum/antunna takut akan azab api neraka jahannam.
Bencilah ia seolah-olah hari esok sudah tiada untuk kita semua.
Malulah kiranya diri ini sekiranya ana menghadap ALLAH dengan masih bersaki-bakikan jahiliyyah yang ana benci itu, nauzubillah
Namun, sebagaimana yang ana cakap tadi, sahabat itu penting kerana iman itu naik dan turun, kadang-kala apabila iman turun dengan terlalu pantas, berhati-hatilah dan rujuklah kepada sahabat handai kerana khuatir sekiranya kita tertapis keluar daripada jalan tarbiyah ini; jalan Rasulullah SAW.
Jalan siapa lagi yang ingin kita ikuti serta teladani selain jalan manusia yang boleh memberi syafaatnya kepada kita di akhirat kelak
SibghahNya yang terbaik maka kenapa kita perlu mengeluh sekiranya hati ini pernah dinodai dengan kekotoran duniawi.
Sedangkan Umar al-Khattab, ia pernah menanam anak perempuannya sendiri, pernah menyembah berhala tetapi dengan nikmat serta hidayah Nya, ALLAH telah Mengangkat darjat Umar sebagai salah seorang yang ALLAH Janjikan syurga kepadanya. Subhanallah Maha Suci ALLAH yang Mentadbirkan seluruh alam.
Sungguh besar kemaafan serta kasih sayanngnya pada kita.
Bahkan sekiranya kita melakukan kesalahan seluas lautan pun, jika kita bertaubat dengan sebetul-betulnya ALLAH akan Menerima taubat tersebut lantas diampunkan segala dosa yang pernah dilakukannya dahulu..


Bukanlah niat ana untuk menjaja cerita mengenai diri ana, sekaligus membuka pekung di dada, nauzubillah; sekadar perkongsian supaya ada yang boleh mengambil ikhtibar menerusinya. Ana masih dalam proses mengenali ALLAH maka masih tidak wajarlah sekiranya ana mengatakan diri ana telah berjaya kerana sesungguhnya hanya satu definisi berjaya yang ana fahami; yakni BERJAYA menjauhkan diri daripada azab api neraka serta meletakkan diri di syurga ALLAH yang sungguh hebat nilainya lantas boleh bersua muka dengan yang Maha Pencipta. InshaALLAH
Namun, ana ingin tegaskan bahawa ALLAH itu sungguh teliti dalam urusan Nya, oleh itu sekiranya kita masih tidak mampu untuk betul-betul berada di jalanNya, cukuplah sekadar mencegah diri daripada terus dibelenggu jahiliyyah. Jika hari ini sahabat-sahabat kita masih belum mampu untuk menerima tanggungjawab dakwah, usah sisihkan mereka sebaliknya berilah kesedaran kepada mereka secara berhikmah.
Teladanilah Rasulullah SAW dalam setiap tata tertib perlakuan kita.
Jika seseorang itu sudah mampu untuk bermujahaddah melawan nafsu nya, nescaya inshaALLAH the next step would be easier. InshaALLAH dia akan lebih rela dan ikhlas dalam menyambut seruan ALLAH dalam menjalankan dakwah kepada seluruh umat manusia.
Jika kita tidak mampu ingin mengubah orang lain, ubahlah diri sendiri terlabih dahulu
dan seterusnya jika kita tidak mampu untuk mengubah semua orang, ubahlah keluarga kita terlebih dahulu
Namun, ingatlah action speaks louder than words.
Apalah salahnya jika sentiasa berbuat baik kepada hamba-hamba ALLAH yang lain supaya orang akan lebih mudah tertarik dengan agama Nya..


Wallahua'alam