Sunday 11 July 2010

Teguran untuk diriku, dirimu, ...


ASSALAMUALAIKUM WBT..


... is in relationship with ...

Status di atas cukup popular,
di kalangan pengguna facebook.
Kebanyakan mereka merasa,
begitu seronok mendedahkan..
hubungannya dengan seseorang..
Wah, happy bangat...

Wah punya wah,
mereka ini rupa-rupanya
masih tidak sedar.
Bahawa mereka sedang mendedahkan
keaiban diri mereka, sekaligus
menambah rezeki dosa mereka.

Aik kenapa pulak?.
Hamboi!. Awat tanya balik kat saya?.
Anda orang Muslim kan!. Anda Jelas
dan faham bahawa Couple itu HARAM!
bagi yang belum bernikah.

Jadi, bila anda kononnya in relationship,
anda sedang menunjukkan kepada
member-member fb anda, yang anda,
sedang melakukan DOSA!. Bahkan
mengAIBkan diri sendiri!.

Kalaulah yang buat itu adalah
dikalangan orang yang kurang Islamik.
Mungkin, itu masih boleh diterima.
Tetapi malangnya, ada juga golongan
yang KONONnya PENDAKWAH, DAIE
yang juga begitu syiookkkkk melayan status tu.
Sedih yang teramat sedih. Nama sikit punya Islamik,
Gambar sikit punya Islamik.
Posting sikit punya Islamik. Tapi,
malangnya, mereka ini....
aduhaii...macam-macam umat akhir zaman hari ini.
wahai para pendakwah dan daie,
anda sering menyeru orang ramai supaya kembali
kepada Ajaran Islam, tetapi lihat anda?.
Bagaimana dengan diri anda?.
Jangan sampai Allah mengecop anda sebagai
manusia yang MUNAFIK a.k.a HIPOKRIT.
Bertaqwalah kepada Allah. Dakwahlah kerana Allah
Bukan sebab nak tarik perhatian orang yang
kononnya kita ini seorang yang Alim...

*Maaf kerana pedas kritikan ini =)



Subhanallah!!
Perkongsian yang menggentarkan jiwaku..
Teguran yang sangat-sangat baik terutamanya bagi mereka yang menggelarkan dirinya sebagai seorang da'ie..
Ya ALLAH lindungilah aku daripada menjadi 'pelakon yang gagal' di muka bumi ini
Takut juga orang yang berdakwah pula lagi banyak dosanya berbanding mad'u yang didakwahkan.
Nauzubillah..
Ingatlah status da'ie bukanlah pemberi peluang kepada kita untuk melakukan kesalahan sesuka hati sahaja. Tiada 'double standard' atau apa-apa kelebihan bagi orang yang menyampaikan sebaliknya kita harus sentiasa muhasabah diri, adakah hari ini lebih baik daripada semalam, bukannya apa, takut juga sudah tiada esok bagi kita untuk menjadikan hari-hari kita lebih baik.
Ya ALLAH betullah kata-kata Mu ya ALLAH
Syurga itu terlalu tinggi nilainya untuk kami yang seringkali terlalai ini.
Ya ALLAH limpahkanlah kurnia Mu ke atas kami supaya masa-masa kami ini diberkati Mu dan sentiasa berada di jalan Mu ya ALLAH..
Sungguh aku berasa sangat gentar ya ALLAH..
Bimbang sangat-sangat jika para da'ie termasuk diriku lebih cenderung untuk memandang keburukan orang lain namun kecacatan diri tidak diendahkannya. Ya ALLAH jauhkanlah kami semua daripada keburukan akhlak itu ya ALLAH, jauhkanlah kami semua dariapda perasaan riak, membangga-bangga diri dan sebagainya. Ikhlaskan setiap perbuatan kami di jalan Mu ya ALLAH..
Kami tidak mahu digelar MUNAFIK dan dimalukan di akhirat kelak.
Aku masih mahu berbicara dengan Mu kelak ya ALLAH
Berikanlah kami sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi kami sekiranya kami jatuh ya ALLAH..
Janganlah Engkau biarkan kami jatuh rebah tersungkur ya ALLAH
Sesungguhnya aku takut kami tidak sempat untuk bangun kembali setelah itu ya ALLAH
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Ya ALLAH
Izinkanlah kami semua supaya sentiasa tsabat di jalan Mu dan berjuang demi agama Mu ya ALLAH

amiin

wallahua'lam