Wednesday 30 June 2010

THE CHALLENGE

assalamualaikum wbt...

THE CHALLENGE

****

Sekiranya kita mengakui diri kita sebagai seorang da'ie, hendaklah kita sentiasa menyiapkan diri kita dengan persiapan yang mencukupi agar tidak mudah rebah apabila adanya cubaan serta dugaan yang menimpa kita kelak. Perlulah sentiasa diingatkan bahawa usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam bukanlah suatu yang mudah; ianya diselangi dengan dugaan serta cubaan yang pelbagai dan kadangkala bersifat berpanjangan untuk suatu tempoh masa yang agak lama.

Merujuk kepada sirah nabi-nabi terdahulu dan para sahabat serta sahabiyyah tang terdahulu, pelbagai rintangan telah mereka hadapi dalam proses menyampaikan risalah kebenaran ini (islam).
Dugaan dan ujian yang pelbagai ini adalah suatu yang pasti akan menimpa setiap individu yang bersungguh-sungguh menaikkan syiar Islam di muka bumi ini.

****

Perlulah ditanam dalam diri setiap individu muslim yakni da'ie bahawasanya setiap dugaan serta ujian hidup ini adalah suatu sunatullah yang pasti untuk membezakan mereka yang berkata benar ataupun dusta.

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " Kami telah beriman ", dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah Menguji orang-orang sebelum mereka, maka ALLAH pasti Mengetahui orang-orang yang benar dan pasti Mengetahui orang-orang yang dusta "
[29:2-3]

****

Selain itu, ujian serta dugaan ini jua adalah sebahagian daripada proses pembersihan diri para da'ie sepanjang jalan dakwah.

" Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri dan ALLAH Memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu) "
[42:30]

*****

usahlah gentar apabila seorang da'ie ditimpa ujian serta cubaan yang bertubi-tubi, anggaplah ia sebagai proses penapisan kepada gerakan-gerakan Islam daripada individu-individu yang tidak komited/sekadar hangat-hangat tahi ayam semata-mata kepada perjuangan Islam. Semangatnya mungkin jua bersifat bermusim ataupun disandarkan atas suatu yang lain/tidak ikhlas; oleh itu akan mudah gentar dan tewas apabila adanya ujian yang berterusan ke atas dirinya.

-refer to kisah Thalut dan Malut dalam surah al-Baqarah ayat 249-251

****

apakah lagi bentuk dugaan serta cubaan yang bakal dihadapi oleh para da'ie?

1. Perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda (kesempitan kewangan), masalah akademik

" Dan Kami pasti akan Menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"
[ 2:155 ]

2. Wanita/lelaki dan keluarga + kesenangan hidup di dunia

" Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, dan kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik"
[ 3:14 ]

3. Persekitaran yang tak selesa


4. Fitnah yang melanda diri oleh orang mukmin yang dengki kepada nya serta fitnah yang melanda oleh orang munafiq yang benci kepada orang lain


5. mula berasa "fed up" dengan kerja-kerja dakwah

****

wallahua'lam

...wassalam...

****