Wednesday 30 June 2010

renungan buat ukhti...

assalamualaikum wbt

*******

bertemu kembali kita pada hari ini
Alhamdulillah pada hari ini kita masih dibangkitkan dan masih diberi nikmat iman dan islam
serta diberi kesempatan untuk masih melihat dan merasai nikmat ALLAH di muka bumi ini
ALHAMDULILLAH!!

mungkin kita sentiasa berada di comfort zone apabila tiap-tiap kali bangun, semestinya dunia yang indah ini akan menjadi tatapan mata, udara segar inilah yang menjadi santapan hidung, bunyi-bunyian yang mengalunkan inilah yang menjadi halwa telinga kita sehari-hari..
Namun, bagaimana pula jika suatu ketika, bangunnya kita daripada lena yang panjang itu, semua itu sudah tiada?
dilihatnya ke kiri dan ke kanan, kesemuanya gelap gelita..
hanya bau tanah yang menghinggapi ruang legar hidung ini..
badan sudah terbungkus rapi dengan helaian kain kafan putih..
sudah tiada lagi, nikmat dunia yang melalaikan itu..

Mampukah kita berdepan dengan soalan-soalan yang akan dikemukakan kelak?
meskipun soalan-soalan tersebut, jawapannya telah tersedia lama oleh kita semua memandangkan soalan itu takkan pernah berubah meskipun zaman berubah berjuta-juta kalinya.
Soalan bocor telah diperoleh, jawapan telah tersedia rapi, namun, yakinkah kita bahawa kita akan menjawabnya dengan mudah tanpa sebarang halangan?

wallahua'lam

****

oleh itu, sebelum tibanya mati, sebelum ajal menjemput kita kembali, ayuh persiapkan diri dengan tarbiyah yang mencukupi..
dakwah itu berterusan. ia bukanlah setakat dengan mengikuti usrah/program-program agama, ia lebih daripada itu.
ia meliputi segala aspek kehidupan, setiap perlakuan kita di dunia ini.
usahlah dipandang enteng kepentingan tarbiyah itu kerana ialah yang membentuk diri kita samada mahu berjaya di sisi ALLAH ataupun tidak..

apakah pula kejayaan yang sebenar bagi seorang muslim itu?
yakni apabila dapat menjauhkan diri kita daripada azab api neraka dan menempatkan diri kita di syurga yang kekal abadi

******

bagaimana ingin mendapatkannya?

Usrah bukanlah suatu yang boleh dipandang enteng dalam permasalahan ini kerana usrah adalah nukleus suatu tarbiyah itu sendiri.
ia dapat menjadi pusat di mana pembentukan individu muslim dapat digerakkan dengan lebih berkesan.
Hassan al-Bana pernah menyatakan tiga rukun usrah yang basic yang perlu dicapai dalam pembentukan individu muslim ini.
Antaranya ialah tiga perkara yang mana hendaklah saudara memelihara serta
mengambil berat untuk bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan “usrah” tersebut
tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai sebarang erti. Tiga rukun:
(1) Berkenalan;
(2) Bersefahaman; dan
(3) Berseimbangan.


*****

SEPULUH WASIAT Hassan al-Bana

Bacalah — Renungilah — Kemudian
Terus Beramal!!

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau
bagaimana keadaan sekalipun.
(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang
baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau
sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.
(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana
Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).
(4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong
itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.
(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa
tenang lagi tenteram.
(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh sungguh dalam setiap perkara.
(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para
pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi/perbuatan yang sia-sia malah
menyakiti hati orang.
(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan,
dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu
dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita
ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah
saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan
jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.


*****
wallahua'lam




******

wassalam