Saturday 19 June 2010

keajaiban air? :)

assalamualaikum wbt

*******

keajaiban air??

alhamdulillah ketika berusrah untuk kali terakhir bersama akak-akak dan kawan-kawan yang masih belum balik ke tanah air tercinta, sempat jugalah kami berkongsi-kongsi pengetahuan mengenai topik yang pelbagai
alhamdulillah sungguh menarik apa yang dibincangkan pada hari itu
subhanallah sungguh kagum apabila mengetahui satu fakta menarik perihal molecule air yang telah ALLAH Ciptakan untuk kita mengambil ibghah daripadanya..
Subhanallah...

****
siapa menjangka air pun akan respons apabila selalu dibacakan/dikatakan dengan perkataan-perkataan yang indah
rupa-rupanya betullah haruslah kita sentiasa berjaga-jaga dalam berkata-kata
usahlah main sedap cakap je, main lepas je
setiap apa yang kita ucapkan akan ada impaknya samada secara zahirnya ataupun yang tersembunyi
subhanallah

****

air kalau kita cakap benda baik-baik ia akan menjadi molecule yang sangat indah
sebaliknya jika kita sentiasa membacakan ia dengan bacaan-bacaan/perkataan-perkataan yang jelek, maka jeleknya rupa bentuk molecule nya
tak percaya????

****

hasil kajian saintifik Dr Masaru Emoto, seorang "pakar air" dari Jepun telah membuktikan kesahihan cerita ini
beliau mendapati susunan molecule air akan berubah mengikut apa yang diucapkan kepadanya
Ustaz Abdullah Mahmud pernah menyatakan perkara yang sama hasil perolehan ilmu yang beliau peroleh daripada satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di ibu kota
dalam seminar yang sangat bermanfaat itu, ditampilkan juga slaid-slaid yang menunjukkan molecule air yang telah dikaji menerusi microscope
Subhanallah
sangat menakjubkan!!
ada yang kelihatan yang sangat indah, cantik sifat dan rupanya; bercahaya seolah-olah berlian, ada juga yang sangat hodoh dan menggerunkan speerti rupa jin yang bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya

******

suatu ketika, apabila ditunjukkan satu rupa air yang cantik bercahaya, molecule nya tersusun indah digambarkan seperti berlian yang bersegi-segi, berwarna warni melebihi 12 warna, pakar air tersebut berdasarkan hasil kajiannya, menyatakan bahawa identiti air itu adalah AIR ZAM ZAM
salah seorang hadirin yang turut mengeksperimenkan sampel air yang diperolehnya, apabila dikaji hasilnya di bawah microscope kelihatan molecule air itu membentuk seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit)

Ustaz Abdullah yang mengeksperimenkan airnya dengan bacaan surah al-Fatihah, selawat dan ayat Kursi, hasilnya sangat menakjubkan; molecule air yang bersinar-sinar, sungguh indah bercahaya
Kemudian, eksperimen diulang, ustaz diminta untuk memperdengar perkataan-perkataan yang buruk kepada sampel air yang sama, hasilnya sangat berbeza berbanding yang sebelumnya
Molecule air itu berubah kepada molecule lain seperti sel-sel barah
subhanallah!!

*******

banyak ayat-ayat al-Quran serta hadith sahih yang menceritakan perihal ini
Air digambarkan sebagai salah satu makhluk ALLAH yang bernyawa
disebabkan itulah, dengan izin ALLAH, air dapat digunakan untuk menyembuh ataupun untuk memudaratkan seseorang itu..
Dalam Islam, ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air sebagai salah satu jalan ikhtiar untuk mengubati penyakit
antaranya adalah melalui air tawar/penawar ataupun air jaz

****

salah seorang ukhti memberi satu persoalan yang sangat menarik
ada kaitan juga kenapa Islam sentiasa menekankan kepentingan memberi nama-nama yang baik kepada anak-anak serta memanggil mereka dengan panggilan yang elok
pantaslah kiranya, Islam melarang kita daripada mengherdik atau menggelar-gelarkan sesama manusia dengan perkataan-perkataan jelek
kerana badan setiap manusia, kandungannya didominasi oleh air yang sangat kaya quantity nya dalam badan kita
oleh itu, apabila kita dipanggil dengan nama-nama indah, inshaALLAH molecule air dalam badan kita akan menjadi lebih cantik, sebab itulah sentiasa berpesan si ibu kepada anak-anak; kata-kata itu doa
betul jugalah kata-kata ini
jika terlanjur kata, badan binasa


*******

oleh itu, ayuh kita lihat molecule air yang sangat menarik hasil kajian pakar air tersebut
jangan tengok sahaja, ayuh kita mengambil ibghah daripada fenomena ini
inshaALLAH bermanfaat

***

contoh air yang dibacakan perkataan-perkataan yang indah







contoh sample air yang diperdengar perkataan-perkataan yang tidak elok






*****

tak percaya??
jom lah kita try...
sesiapa yang ada peluang untuk melakukan eksperimen sebegini, janganlah kita lepaskan peluang ini..
tapi perlulah kita betul-betul bersungguh-sungguh mencari details sebelum melakukannya
:)

*******

wallahua'lam

-wassalam-