Wednesday 30 June 2010

HADITH UMARA'

assalamualaikum wbt...

HADITH UMARA'


Daripada an-Nu'man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah s.a.w. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa'labah dan beliau berkata, "Wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal hadith Rasulullah s.a.w tentang kepimpinan (al-umara')?"

Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda s.a.w. Lantas Abu Tsa'labah al-Kashniyy duduk dan Huzaifah berkata,

Rasulullah s.a.w bersabda:

Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia akan mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun 'Aadhun) selama mana dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian..."

Hadith riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-Tirmidhi 4/503


********

Persoalannya, di manakah kedudukan kita sekarang?
era manakah kita sekarang? adakah kita akan terus menerus hilang, lesap ditelan arus pembaharuan?

subhanallah janji ALLAH itu adalah pasti
Rasulullah suatu ketika dahulu, ketika sedang menggali parit ketika Perang Khandak pernah bersabda mengenai suatu janji ALLAH yang pasti

" Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja (ketua), manakala tentera-tenteranya adalah sebaik-baik tentera"

*****

mulai saat itu, berlumba-lumbalah umat Islam untuk membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang tinggi yang telah ALLAH janjikan menerusi hadith Rasulullah SAW itu.
Bukanlah sedikit jumlah yang mati syahid dalam membebaskan Constantinople itu, namun usaha itu tidak pernah menemui jalan putus; zaman berganti zaman, hinggalah ke suatu jangka masa pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah.

Usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh seorang sahabat besar Rasulullah SAW, iaitu Abu Ayyub al Ansary r.a. ketika zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah sehinggalah beliau mati syahid dan telah mewasiatkan supaya dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople. Beliau ingin dimakamkan di situ supaya beliau dapat mendengar derap-derap tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople kelak.
Inilah keutuhan dan keteguhan iman seorang muslim yang jiwa dan roh nya hanyalah untuk kesejahteraan Islam dan kekukuhan agama ALLAH di muka bumi ini.

hadith Rasulullah perihal pembukaan Constantinople ini telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW 800tahun sebelum direalisasikan oleh seorang rijal yang merupakan sebaik-baik raja beserta tentera-tenteranya yang kesemuanya dipilih daripada sebaik-baik tentera yang ada. Beliaulah Sultan Muhammad al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah beserta 150,000 orang tenteranya.



*****

hadith Umara' ini pula bilakah pula akan direalisasikan?
jika dahulu, apabila Rasulullah SAW bersabda sedemikian, umat Islam bersungguh-sungguh merebut segala peluang yang ada untuk mendapatkan penghormatan yang telah ALLAH janjikan kepada mereka itu.
Mereka bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam yang bersungguh-sungguh pada permulaannya sahaja namun setelah menghadapi kegagalan berulang-ulang kali, mereka berputus asa. Itu bukanlah mereka. Mereka bermujahiddah melawan segala nafsu serta istiqamah di jalan ALLAH kerana mereka yakin akan janji ALLAH itu adalah suatu yang pasti.
Jika hadith itu menunggu 800 tahun untuk direalisasikan, bagaimana pula dengan hadith umara' ini?
mahukah kita sekadar memeluk tubuh menunggu saat itu tiba ataupun bersama-sama menghulurkan bantuan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam itu, kerana kemenangan Islam itu sudahlah pasti cuma ALLAH ingin memberi peluang kepada kita semua untuk bersama-sama berjuang di jalan ALLAH.
Ingatlah ALLAH tidak memerlukan kita untuk menjayakan misi ini tetapi semua ini sekadar untuk memberi kita peluang untuk meraih syurga ALLAH kelak.
itulah kejayaan hakiki seorang muslim yang abadi...

****

ingatlah jika kita tidak bersedia menolong agama ALLAH, ALLAH takkan tugi apa-apa bahkan Dia akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik sekiranya kita masih ingkar pada bila-bila masa sahaja yang Dia kehendaki.

" Ya ALLAH usahlah Engkau biarkan kami semua bergelumang dengan keseronokan duniawi yang melalaikan ini sekaligus melupakan tujuan kami dihidupkan di muka bumi ini. Usahlah Engkau biarkan aku dan saudara mara seIslamku hanyut dalam kemegahan zaman silam dan alpa akan tanggungjawab/tugas kami pada zaman ini"

amiiin

****

wallahua'lam


wassalam

*****