Tuesday 29 June 2010

arak, babi, judi, dan ...

assalamualaikum wbt

*******

sudah lama ingin membincangkan perihal ini
tapi mungkin kerana agak kesuntukan masa dan ruang, sering sahaja perancangan itu tertunda atas alasan-alasan tertentu
isu ini mungkin jua agak sensitif bagi sesetengah pihak namun mungkin sudah biasa didengar oleh golongan-golongan yang faham

****
kenapa isu judi, minum arak, dan makan khinzir itu seringkali diungkit-ungkit walaupun rata-rata sudah sedia maklum dengan hukum hakam yang telah ditetapkan oleh ALLAH taala?

mahukah kita tahu kenapa masalah ini masih lagi tak selesai-selesai?

****
tahukah kita bahawa larangan ALLAH ini bukanlah tertakluk kepada seluruh umat Islam sahaja tapi ia adalah bersifat menyeluruh kepada seluruh manusia

hakikatnya setiap individu di atas muka bumi ini adalah DILARANG sama sekali untuk menyentuh arak, babi, ataupun untuk berjudi
sekiranya kita semua tahu, bukankah kita dapat mengelakkan daripada kes ini berlanjutan lagi?

****

kita kini seringkali bertelingkah sesama sendiri samada untuk meluluskan lesen kepada non-muslims untuk menternak seterusnya makan babi/khinzir, untuk meluluskan lesen judi kepada non-muslims, serta samada untuk memberikan kebebasan kepada non-muslims untuk minum arak secara terbuka/tertutup di atas muka bumi pinjaman ALLAH ini...

sudahlah menumpang bumi ALLAH, hukum ALLAH dipandang enteng pula..

menjaga hati non-muslims dipandang lagi tinggi nilainya dan lagi penting berbanding untuk menjaga hati ALLAH.. larangan ALLAH enggan dipedulikannya
otak disibukkan pula dengan pemikiran bagaiman untuk mengadakan masyarakat majmuk yang boleh memberi manfaat kepada semua
dengan pengeluaran lesen judi, arak, kelab malam, dan macam-macam lagi, kita disogokkan dengan bermacam-macam alasan untuk menghalalkan perbuatan kita itu,
hasil yang diperoleh dikongsi bersama, sumber tak pasti..
memberi nafkah kepada keluarga daripada sumber yang tidak purely halal..
nauzubillah

****
nak bukti?

" hai orang-orang yang beriman!! sesungguhnya arak, judi, berhala, dan undian adalah kotor dari perbuatan syaitan. maka, jauhilah ia supaya kamu bahagia, syaitan hanya bertujuan untuk mendatangkan permusuhan dan kebencian di antara kamu disebabkan khamar dan judi, serta menghalangi kamu daripada mengingati ALLAH dan sembahyang. Apakah kamu tidak mahu berhenti?"
[ al-Maidah: 90-91]

****

bagi larangan minum arak juga, ia sebenarnya bukanlah dituntut ke atas kita sahaja yang bergelar umat Islam namun ia adalah untuk seluruh umat manusia

apakah pula yang dimaksudkan dengan khamar(arak) itu?

-sabda Rasulullah SAW, "semua yang memabukkan itu bererti arak dan semua arak itu adalah haram"
[hadith riwayat Muslim]

- Umar r.a. " bahawa yang dinamakan arak itu adalah apa-apa yang dapat menutupi akal fikiran"
[ hadith riwayat Bukhari dan Muslim]

- sabda Rasulullah SAW, "minuman apapun kalau banyaknya itu memabukkan, maka sedikitnya pun itu adalah haram"
[ hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Tarmidzi ]

oppps larangan ini bukan sekadar untuk yang peminum tu sahaja, tapi ada juga larangan untuk sesiapa yang berkomplot/memperdagangkannya..tak percaya? nah baca....

******

- Rasulullah SAW melaknat tentang arak, 10 golongan yang memerasnya, yang minta diperaskannya, yang meminumnya, yang membawanya, yang minta dihantarinya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan hasil perdagangannya, yang membelinya, yang minta dibelikannya"
[ hadith riwayat Tarmidzi dan Ibn Majah ]

- sabda Rasulullah SAW; "Sesungguhnya ALLAH telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, janganlah ia minum mahupun menjualnya"
[ hadith riwayat Muslim ]

- sabda Rasulullah SAW; "Barangsiapa menahan anggurnya pada musim-musim memetiknya, kemudian dijual kepada seorang Yahudi atau Nasrani atau kepada tukang membuat arak, maka sungguh jelas dia akan masuk neraka"
[ hadith riwayat Thabarani ]

***
larangan makan khinzir pula sama juga, usahlah ditanya lagi kenapa tak boleh itu, tak boleh ini
kerana inilah bezanya kita dan non-muslims
mereka takkan buat something kalau ada reasons yang logik
tapi bezanya kita daripada mereka hanyalah satu
kita tak melakukan something kerana akidah kita yang kukuh

demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan khamar, zina, judi, dan makan babi, niatnya semata-mata kerana dia tunduk, taat, dan patuh kepada larangan daripada ALLAH SWT.
bukanlah sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi semata-mata

tidak minum khamar bukan sekadar tidak mahu mabuk, melainkan semata-mata kerana ALLAH SWT mengharamkannya

tidak mahu berzina bukanlah semata-mata kerana takut terkena jangkitan sipilis ataupun HIV, tetapi kerana adanya larangan dari ALLAH SWT

demikian jugalah, apabila dilarang makan babi, kita tidak makan babi, bukan kerana takut adanya cacing pita ataupun kuman-kuman berbahaya melainkan kerana adanya larangan ALLAH daripada memakannya


****

awas!!! babi adalah haram !!



arak juga adalah haram!!

segala bentuk penjudian adalah haram di sisi ALLAH!!

p/s: semua yang diciptakan ALLAH itu ada tujuan dan hikmah di sebaliknya. oleh itu wajarlah kita bertaqwa dan yakin akan setiap susunan yang telah direncanakan oleh ALLAH
ingatlah ALLAH pernah berfirman dalam surah al-Mulk ayat 2
" Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya..."

babi, arak, anjing, dan setiap yang diciptakan ALLAH itu bukanlah jelik pada fizikalnya, setiap yang dicipta pasti ada ibrah untuk kita pelajari daripadanya kelak.
namun, ingatlah ia semuanya adalah sebahagian daripada ujian ALLAH kepada umat manusia untuk melihat golongan mana yang lebih baik amalnya di dunia ini




wallahua'alam


wassalam