Saturday 19 June 2010

mata yang mampu melihat? adakah itu syarat untuk menjadi seorang mukmin?

assalamualaikum wbt

*******

adakah manusia ini memang sinonim dengan kedegilan kita yang keterlaluan
untuk berdepan, deal dengan Pencipta kita yakni ALLAH pun kita nak degil juga
selalu dilihat gambaran yang ALLAH ceritakan menerusi al-Quran serta diselitkan dalam hadith-hadith Rasulullah SAW manusia ini seolah-olah mencabar ALLAH itu sendiri
minta macam-macam bukti untuk diperlihatkan kepada mereka, barulah nak percaya
tapi bila ALLAH dah tunjuk, reka pula pelbagai alasan supaya dapat membatilkan yang haq itu..
bila ALLAH dah tunjuk depan mata, ada pula yang makin kufur berpaling dari ALLAH
namun, tak kurang jualah yang terus berpaling daripada kekufuran dan teguh dengan agama ALLAH
alhamdulillah lah

*****
namun, persoalannya
adakah manusia ini bila dah lihat baru nak beriman?
tajuk yang ingin dikupas pada hari ini adalah
fasal 3 dari kitab tauhid (jilid 3)
ADAKAH BOLEH DILIHAT MERUPAKAN SYARAT UNTUK BERIMAN

Cartoon Eye Clip Art
******

Q: adakah mata ini dapat melihat semua benda?
A: TIDAK! mata manusia mempunyai had limit nya yang tertentu, oleh itu penyaksian melalui mata adalah sangat terhad. kita tahu yang setiap yang bernyawa pasti akan menyedut molecule gas yang sangat-sangat seni itu, namun pernah kah manusia dapat melihat sendiri zarah-zarah gas itu dengan mata semata-mata? itu adalah mustahil..kerana itulah ketentuan yang telah ditakdirkan sejak azali lagi oleh Sang Pencipta (ALLAH aza wajalla)

*****

Mempercayai Perkara yang tidak kelihatan

Q: bagaimana pula kita yakin dan percaya mengenai perkara yang berada di luar limit penglihatan mata kita?

A: 1. Mengetahui sesuatu berdasarkan kesan peninggalannya
- cth: kita yakin mengenai wujudnya graviti yang bertindak di bumi ini kerana kita menyaksikan sendiri kesan graviti terhadap apa yang ada di dalamnya. secara mata kasar, amat mustahil untuk kita menyaksikan sendiri graviti itu.

2. Mendengar dari sumber yang sahih dan boleh dipercayai
- cth: bila kita sakit dan pergi menemui doktor sebagai salah satu ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit (dengan izin ALLAH), kemudian doktor memberitahu kita yang kita sakit dot dot dot, kita terus mempercayai nya kerana kita yakin doktor itu adalah orang yang berpengetahuan dalam pengkhususan tersebut. kita takkan percaya jika ubat-ubatan/penyakit itu dikhabarkan oleh seorang mekanik, kerana ia bukan lah seorang yang boleh dipercayai dalam pengkhususan penyakit itu.

******
Keimanan kepada ALLAH

Q: bagaimana seorang mukmin itu beriman kepada ALLAH?
A:
1. Melalui kesan keagungan ALLAH dan mekhluk ciptaan-Nya yang membuktikan kekuasaan ALLAH yang tiada tolok bandingnya; kesan yang sangat meluas meliputi langit dan bumi

2. Melalui perantaraan risalah ALLAH yang diturunkan sepanjang sejak manusia sejak berkurun lamanya melalui perutusan para rasul yang ditugaskan oleh ALLAH untuk menyampaikan wahyu dan membimbing kita ke jalan kebenaran

" dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa ALLAH berkat-kat kepadanya kecuali dengan jalan wahyu (melalui ilham/mimpi)atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu akan menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin ALLAH akan apa yang dikehendaki Nya. Sesungguhnya ALLAH Maha Tinggi keadaan-Nya, lagi Maha Bijaksana"
-[as-Syura: 51]-

****

wallahua'lam