Saturday 12 June 2010

Mesir membuka laluan tersebut untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza

Jumaat, 04/06/2010 – Selepas kejadian serangan kejam oleh rejim Israel ke atas ‘Freedom Flotilla’, kerajaan Mesir telah membuka sempadan masuk ke Gaza melalui Rafah. Ini adalah kali pertama dalam masa lebih dari setahun, pihak berkuasa Mesir membuka laluan tersebut untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza.

Dengan pembukaan sempadan tersebut, penduduk Gaza yang memerlukan bantuan perubatan dibenarkan keluar dan bantuan kemanusiaan dari luar akan dibenarkan masuk. Menurut sumber di Gaza, sebanyak 800 penduduk Gaza dijangka dibenarkan keluar melalui sempadan dengan persetujuan pihak berkuasa Mesir.

Untuk makluman, Mesir telah menutup sempadannya dengan Gaza semenjak Parti Hamas menguasai kerajaan Palestine dari tahun 2007.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : ahmad rusydan