Thursday 17 June 2010

LALAT LEBIH HEBAT DARI KITA??

assalamualaikum wbt

*******



LALAT LEBIH HEBAT DARI KITA..

Apakah maksud ayat di atas? jika difikirkan dengan akal yang waras, seolah-olah ayat itu sangatlah tak logik bunyinya. sebagaimana yang diketahui umum, lalat itu sejenis makhluk ciptaan ALLAH yang habit nya gemar hinggap di tempat2 yang kotor dan banyak membawa penyakit/kuman. namun begitu, perihal sang lalat ini banyak pula disebutkan dalam ayat al-Quran dan juga hadith Nawawi.
secara logik akal manusia yang agak terbatas ini, jika suatu entiti yang sangat besar; ALLAH yang Maha Pencipta itu sendiri menyebut mengenai sang lalat ini, berulang-ulang kali kiranya, pastinya sang makhluk itu ada istimewanya di padangan yang Maha Menciptakan itu..
Mahukah kita semua ketahui rahsia-rahsia di sebalik itu? Adakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini? Bagaimana pula kedudukannya di dalam hadith Rasulullah SAW?

********

q: apakah perihal lalat yang menakjubkan itu?
a: para penyelidik ilmu enotomologi telah mendedahkan bahawa lalat dibekalkan kelenjar air liur yang amat banyak. apabila lalat nengambil sesuatu makanan, air liur dirembeskan dengan kadar yang pantas lalu menukarkan bahan tersebut kepada suatu material yang berbeza.

sekiranya sang lalat mengambil sesuatu dari kita, dan kita mahu mengambilnya kembali, maka, kita takkan mampu melakukannya.

q: kenapa pula kita tak mampu mengambil kembali sesuatu yang telah diambil oleh lalat?
a: ia adalah disebabkan lalat akan segera merembeskan air liur setelah mengambilnya, dan menukarkannya kepada material yang berlainan.
sekiranya kita memilih untuk membunuh sang lalat, kemudian kita susuli pula dengan menyentuh lalat itu, dan mencari cenda yang diambilnya itu, yakni kita takkan menjumpai benda tersebut kerana bahan tersebut telah bertukar kepada bahan lain
(magnificent kan??)

******
q: pernahkah al-Quran menjelaskan perihal demikian?
a: " wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah selain daripada ALLAH itu tidak akan sesekali dapat menciptakan seekor lalat meskipun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat mengambil sesuatu dari mereka, maka mereka takkan mampu untuk mengambilnya kembali. (kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (daripada mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). Mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati ALLAH menurut penghormatan yang selayaknya (sebagaimana yang telah ditetapkan-Nya)
al-Hajj : 73-74

*****
wallahua'alam
wassalam