Wednesday 16 June 2010

al-Quran dan sains moden part1

assalamualaikum..

alhamdulillah hari ini dapat juga saya kembali menulis di ruang blog yang tak seberapa ini
diharapkan semuanya dalam keadaan sihat waalfiat
dan sejahtera imannya


hari ini hati terdetik untuk menulis mengenai fasal 12 dalam kitab tauhid jilid 1
yang berjudul AL-QURAN MENDAHULUI ILMU MODEN
nampak agak simple dan sudah berulang-ulang kali dikupas oleh para da'ie
namun, tak salah kiranya jika saya mencoretkan sedikit pengisian yang saya peroleh dari beberapa sumber yang sahih ini
inshaALLAH bermanfaat..



AL-QURAN ADALAH KITAB HIDAYAH

soalan: kenapa ALLAH Taala menurunkan al-Quran?
jawapan: al-Quran sbg pemberi hidayah (petunjuk) kpd manusia
al-Quran adalah kitab hidayah, bukanlah sebuah kitab perubatan, kejuruteraan, astronomi ataupun kimia yang sekadar menghimpun dan merekodkan fakta-fakta bagi ilmu berkenaan
sebaliknya, al-Quran adalah kitab hidayah dari Ilahi untuk menunjukkan cara hidup dan tanggungjawab manusia


AL-QURAN DITURUNKAN BERDASARKAN ILMU ALLAH

Soalan: apakah makna al-Quran mendahului ilmu moden?
Jawapan: Al-Quran telah menjelaskan fakta sebenar mengenai setiap perkara di sebalik penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan atau mana-mana makhluk ciptaan Nya, malangnya ilmu manusia yang terhad mengehadkan pemikiran manusia; mereka tidak faham akan penerangan ALLAH itu
mereka cuma dapat faham semua itu dengan bantuan kemajuan ilmu sains dan penemuan berterusan menggunakan peralatan dan perkakas moden.
Ilmu ALLAH yang dizahirkan menerusi al-Quran tidak dapat dipalsukan dari mana arah dan seginya




BUKTI??

1. AL-Quran menjelaskan bahawa manusia akan mengalami sesak nafas apabila berada di langit sebelum ia diketahui oleh juruterbang

ilmu sains: semakin tinggi manusia naik ke langit, kandungan oksigen makin berkurangan menyebabkan mereka berasa sesak nafas. namun, ini tak dapat dipastikan secara logik pada awalnya kerana manusia beranggapan bahawa keadaan udara adlaah sama di mana-mana sahaja.

ilmu ALLAH: hampir 14 kurun yang lalu, ALLAH telah berfirman dalam al-Quran mengenai perkara demikian

" dan sesiapa yang ALLAH kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan DADANYA SEMPIT SESEMPIT-SEMPITNYA , seolah-olah IA SEDANG NAIK KE LANGIT. Demikianlah ALLAH menimpakan azab kepada orang yang tak beriman"

-[al-An'aam: 125]

fakta ini cuma diketahui setelah manusia berjaya terbang lebih tinggi dengan menggunakan kapal terbang.


persoalan: adakah Rasulullah SAW mempunyai kapal terbang sendiri untuk mengetahui fakta ini sedangkan manusia pada ketika itu belum berjaya mencipta nya.
jika benar al-Quran itu syair yang dikarang Rasulullah, jika benarlah Rasulullah adalah tukang sihir seperti mana yang difitnah oleh masyarakat jahiliyah dahulu, bagaimana mungkin Rasulullah menjangkau masa menyatakan kebenaran yang takkan mampu dicapai oleh kemampuan otak manusia
atau...
mungkihkan ia sebenarnya adalah wahyu yang diturunkan berdasarkan ilmu ALLAH Taala?
sungguh ALLAH Maha Mengetahui


2. AL-Quran menjelaskan bahawa pusat deria rasa terletak pada kulit sebelum ia didedahkan oleh pakar anatomi

tanggapan manusia (dahulu): manusia beranggapan bahawa keseluruhan tubuh adalah anggota deria dan tiap-tiap bahagian pada badan ini mempunyai tahap deria yang sama.

dahulunya, dianggap bahawa deria rasa dan sakit bergantung pada otak semata-mata.

ilmu anatomi (kini):
- penemuan masa kini membuktikan bahawa adanya deria rasa sakit (pain receptor) pada kulit manusia di mana ketiadaannya menyebabkan seseorang itu tidak berasa sakit. Pusat deria rasa bagi rasa sakit dan selainnya tertumpu dengan banyaknya pada kulit. manusia cuma akan merasakan kesakitan itu apabila sebagai contoh jarum disuntikkan melalui kulit.

- apabila seorang doktor memeriksa pesakitnya yang mengalami kecederaan terbakar kulitnya, ia akan menentukan tahap kecederaannya itu melalui cucukan jarum pada kulit. jika pesakit mereasa sakit apabila cucukan jarum dibuat, ia menunjukkan luka terbakar itu hanya melibatkan kecederaan luaran semata-mata sebaliknya jika pesakit tidak merasa sakit, ia menunjukkan luka terbakar itu terlalu dalam, dan telah merosakkan deria rasa sakit


al-Quran (hampir 14kurun yang lalu):

"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami nescaya Kami masukkan mereka (ke dalam) api neraka, setiap kali terbakar kulit-kulit mereka Kami ganti mereka (dengan) kulit-kulit lainnya supaya mereka (terus-menerus) merasakan seksaan, sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa, Maha Bijaksana."
(An-Nisaa’ : 56 )

lantas, apakah maksud ALLAH menerusi penceritaan di atas?
ALLAH menjelaskan dengan terperinci mengenai deria rasa yang merasai kesakitan dan keperitan berpusat pada kulit. jika kulit itu telah masak hangus, mereka takkan merasai lagi kesakitan itu, lantas mereka takkan merasai lagi azab api neraka itu
tetapi..
Pengetahuan ALLAH Amat Mendalam mengenai setiap sesuatu, lantas ALLAH berfirman sedemikian; bahawa ALLAH akan menggantikan kulit mereka dengan kulit yang baru setiap kali ia hangus supaya mereka tetap akan merasai azab seksa api neraka itu bersesuaian dengan perbuatan mereka di dunia dahulu.

persoalan: adakah Rasulullah SAW mempunyai alat penyelidikan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang lain jika benarlah Rasulullah yang menciptakan sendiri al-Quran ini?
atau..
adakah ayat ini adalah antara ayat ALLAH yang membuktikan bahawa al-Quran adalah Kalam ALLAH yang diturunkan berdasarkan ilmu Nya semata-mata




"
Kami akan perlihatkan kepada merka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri merkea sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu adalah benar"
-[ al-Fussilat: 53]-

wallahua'lam