Thursday 17 June 2010

al-Quran dan sains moden part 2


assalamualaikum wbt

kembali untuk rentetan seterusnya mengenai al-Quran
cukup banyak buktinya
mungkin kelak jika kita berkelapangan rajin-rajinlah kita mencari rahsia di sebalik keistimewaan al-Quran ini
mungkin jua Kalam ALLAH ini dapat membuka mata kita dengan lebih luas lagi akan pentingnya penghatayan kita terhadap sibghah ALLAH ini


3. CAP JARI (FINGERPRINTING)



أَيَحْسَبُ الْإِنسَانُ أَلَّن نَجْمَعَ عِظَامَهُ . بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ

Apakah manusia menyangka bahawa tidak Kami akan kumpulkan tulang-tulangnya. Benar, (bahkan Kami) berkuasa untuk menyusun (dengan) sempurna jari-jari tangannya .

( Al – Qiyaamah : 3 – 4 )

Sangkalan orang kafir: orang-orang kafir menyangkal akan terjadinya kebangkitan semula manusia setelah tulang-tulang mereka yang mati (hancur berkecai di dalam tanah) untuk dikenali pada hari Pembalasan.

hujah ALLAH: ALLAH Maha Berkuasa lantas Dia Berfirman bahawa Dia bukan sahaja berkuasa untuk menyusun kembali tulang belulang kita malah Dia Berkuasa menyusun kembali dengan sempurnanya setiap jari-jari kita yang mempunyai spesifikasi yang sangat tinggi dalam penentuan identiti seseorang itu.

persoalan: mengapakah taktala al-Quran menerangkan mengenai penentuan identiti setiap individu, ALLAH menyebut pula secara terperinci dan khusus mengenai jari-jari tangan??

- dalam tahun 1880, cap jari telah dikenalpasti sebagai kaedah saintifik dalam pengenalan identiti setiap individu setelah kajian dibuat secara terperinci oleh Sir Francis Golt; tiada seorang manusia pun dalam dunia ini yang akan mempunyai corak jari yang sama. itulah yang membolehkan seseorang penjenayah dapat dikenalpasti pada zaman itu (sehingga sekarang)

- pada 1, 400 tahun yang lalu, siapakah yang tahu mengenai keunikan cap jari setiap orang?

pastinya tidak ada seorang pun melainkan daripada yang Maha Pencipta itu sendiri; ALLAH!!

ALLAHU AKBAR!!

reference: terjemahan buku AL-QURAN DAN SAINS MODEN oleh Dr Zakir Naik

wallahua'lam