Thursday 17 June 2010

Fasal 14: Keajaiban al-Quran pada Zaman ini (Part 1)

assalamualaikum wbt

topik baru hari ini..
nak dijadikan cerita,
hari ini sedang mencari input-input bermanfaat untuk dijadikan perkongsian usrah malam ini
dibekalkan sebuah kitab tauhid
dibelek-belekku dari helaian pertama sehinggalah helaian yang terkebelakang
ya ALLAH banyak sungguh "cerita-cerita" best dalam kitab tauhid itu
jika dilihat pada tajuknya,
dahulunya saya terasa agak takut..bunyinya agak berat jualah topik2topik di dalamnya
bila diterjah isi kandungannya, tiadalah berat manapun topik-topiknya
sebaliknya
ia lagi dekat di hati kita yang bergelar manusia
boleh sahaja ia dijadikan BEDTIME STORIES kepada anak-anak muda
BAGUS!! BERMANFAAT!!
inshaALLAH

******

okay...
dari banyak-banyak topik
saya ingin bedah satu topik yang agak berkaitan dengan entries yang sebelum ini
perihal kehebatan al-Quran
jika semalam entry part1 itu saya ceduk dari jilid 1 kitab tauhid ini
hari ini terlintas pula untuk saya
membelek-belek hasil tulisannya di jilid kedua perihal al-Quran

*****

Fasal 14: Keajaiban al-Quran pada Zaman ini

1. Keajaiban al-Quran takkan hilang

q: adakah keajaiban dan mukjizat al-Quran mempunyai had/limitnya yang tersendiri?
a: Rasulullah SAW pernah menyebut perihal kehebatan al-Quran; " keajaibannya takkan hilang".
oleh itu al-Quran sentiasa akan menjadi baru pada setiap masa dan mempunyai keajaibannya pada setiap masa; bersesuaian dengan segala aspek kehidupan tidak dilikungi oleh pagaran masa, lokasi, etc
ini adalah al-Quran merupakan kalam Yang Maha Pencipta, Yang Maha Mulia, Yang Maha Bijaksana lagi Maha Meliputi Ilmu Pengetahuan Nya; ALLAH

p/s: bukan nak provoke, cuma nak bertanya.. jika ada segolongan manusia yang mepertikaikan relevannya hukum-hukum ALLAH seperti hudud dan qisas yang kadaran dan cara-cara melakasanakannya terkandung dalam Kalam ALLAH ini, apa pula implikasinya?
bukankah kitab ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan kepada ALLAH yakni menekankan perihal TAUHID pada ALLAH
jika kita menyangkal pula ketentuan serta relevannya ilmu ALLAH itu, bukankah kita seolah-olah menidakkan Kehebatan Ilmu ALLAH yang menjangkaui segala batas-batas kehidupan ini
di manakah pula level tauhid kita kepada ALLAH
nauzubililah
jangan dipermain-mainkan Ilmu ALLAH dengan sesuka hati, jiwa, raga, limpa, etc
kelak hiduplah kita selama-lamanya di sehina-hina tempat kembali (neraka)

***********


*******

wallahua'alam