Friday 18 June 2010

SEMUT DAPAT MENDENGAR DAN BERCAKAP

assalamualaikum wbt

*******


SEMUT DAPAT MENDENGAR DAN BERCAKAP

q: adakah terdapat rahsia lain yang didedahkan oleh al-Quran al-Karim sebelum dijumpai oleh teknologi masa kini?

a: ya, al-Quran merupakan kitab pertama yang menyebut perihal organ pendengaran dan percakapan yang dibekalkan kepada makhluk ciptaan ALLAH itu (semut).
Apabila ilmu anatomi mula berkembang maju, penciptaan peralatan terkini yang serba canggih dan moden, para saintis mendapati kesahihan fakta tersebut yang membolehkan mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

Berkatalah seekor semut; " Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedarinya"
al-Naml: 18

**************

Kesimpulan:

1. al-Quran mengandungi mukjizat yang akan dijumpai pada setiap zaman lantas membuktikan keistimewaan dan keajaiban al-Quran sekaligus membuktikan bahawa al-Quran adalah Kalam ALLAH

2. Kalam ALLAH sentiasa relevan dan sentiasa mendahului kemajuan ilmu sains moden