Saturday 19 June 2010

Percubaan meneroka angkasa??

assalamualaikum wbt

*******

al-Quran menceritakan percubaan meneroka angkasa?


adalah mustahil manusia boleh terbang di udara pada 200 tahun yang lepas
sedangkan untuk mempercayai bahawa ajab ada manusia yang bakal mencuba untuk menerija abgkasa lepas dan melepasi lapisan udara bumi juga bunyinya agak janggal
takkan terlintas langsung agaknya di kotak pemikiran manusia pada ketika itu
namun begitu, Kalam ALLAH yakni Al-Quran telah menjelaskan bahawa usaha manusia itu akan berhasil setelah adanya penciptaan alat-alat yang ebrteknologi tinggi untuk membantu mereka
dan yang lebih menakjubkan, perihal ini telah diselitkan melalui naskah terunggul yakni al-Quran sejak 14 kurun yang lalu
namun begitu, telah ALLAH nyatakan jua dalam al-Quran, bahawa percubaan mereka akan menemui kegagalan pada peringkat tertentu
ALLAH akan menimpakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair ke atas mereka yang cuba untuk sampai ke tempat yang lebih tinggi
lantas, percubaan yang berikut pasti akan menemui kegagalan dan menerima kecelakaan; sebagaimana yang telah terjadi kepada golongan jin yang menemui kegagalan ketika mereka bersungguh cuba untuk mencuri dengar kalam dari tempat al-Mala' al-A'la
usaha mereka itu akan terhalang; lantas mereka gagal untuk mencuri dengar pengkhabaran dari al-Mala' al-A'la

*********

firman ALLAH taala

" Wahai jin dan manusia!! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami) maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi Kekuasaan Kami; masakan dapat)!! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari golongan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu)"
[ar-Rahman: 33-35]


********

firman ALLAH taala melalui lisan Jin:

"Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala. Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mencuri dengar (percakapan penduduknya); maka sekarang siapa yang cuba mendengar akan mendapati api yang menyala yang menunggu untuk merejamnya"
- [ al-Jin: 8-9]-

**********

ibghah ayat di atas:

1. terdapat pemberitahuan bahawa manusia dan jin akan berusaha untuk naik dan meneroka ruang angkasa. mereka akan cuba untuk melepasi bumi dan langit

2. mereka akan berjaya apabila mereka telah mempunyai kelengkapan yang secukupnya

3. ALLAH akan memerangi mereka dengan menggunakan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair yang membakar untuk menghancurkan mereka sekiranya mereka cuba untuk mecuri dengar berita dari al-Ma'la al-A'la

4. jin telah mendahului manusia dalam bidang ini. Mereka telah sampai ke tempat yang membolehkan mereka mencuri dengar lantas mereka mendapati sekiranya ada di antara mereka (dan manusia) yang melakukannya lantas ia mendedahkan diri kepada azab api yang menyala-nyala yang menunggu untuk merejamnya

5. apa yang tinggal hanyalah usaha manusia untuk menerokai angkasa lepas;
usaha pada hari ini nampaknya semakin ramai yang mendakwa cuba menerokai angkasa lepas, namun hakikatnya mereka sedang berusaha untuk menembusi ruang angkasa antara langit dan bumi, bukannya untuk menembusi langit itu sendiri (kerana mereka tidak akan mampu melaksanakan sedemikian)

6. Para penyelidik kini berusaha bermati-matian untuk mendengar gelombang suara di ruang angkasa.Sebahagian penyelidik berpendapat bahawa mereka takkan mampu mengetahu makna suara itu kecuali apabila manusia keluar dari zon cakerawala. Kemungkinan, ini adalah kaitan yang menyebabkan manusia cuba mencuri dengar lantas akan direjam oleh ALLAH sebagaimana berlaku pada golongan jin sebelum ini


********

wallahua'lam


wassalam