Wednesday 21 April 2010

semakin kukejar semakin jauh??betulkah?

assalamualaikum wbt


bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

beberapa hari lepas

satu lagu indon ni memang selalu je dengar kat youtube

entah kenapa

5minutes: semakin kukejar semakin jauh

terleka sekejap diriku yang hina ini

dibuai2 alunan muzik buatan manusia itu

bila aku duduk kembali mengimbau kembali byte2

dan

lirik2 yang dialunkan oleh band itu

aku tertanya2

kenapa perlu aku mengejar cinta manusia

ye jika cinta manusia

makin kita kejar makin dia larikan diri

jual mahal la katakan

seperti pepatah orang dulu2

jinak2 merpati ; bila kita dekat, bertebangan lah lari si burung2 itu

perlukah kita bazirkan usia remaja kita ini

semata2 untuk mencari "redha manusia"

cinta manusia

belaian seorang manusia

yang sudah semestinya tidak pernah dapat memberikan kebahagiaan kepada kita

"eh ape pulak tak pernah?? boyfriend aku tiap2 hari buat aku tergelak, tersenyum..bahagia sangat2.ko jeles kot sebab ko takde bf"

saudara2 ku sekalian

perlu kah diri ini cemburu melihatkan sahabat2 sekalian didampingi insan tersayang?

perlukah diri ini berasa iri hati melihat sahabat2 berada dalam lamunan cinta insani?

jika perlu, hurm.,..

bolehkah jika saya tetap memilih untuk tidak?

kerana

saya takut

saya tak mahu saya terleka lagi

cinta insani adalah cinta yang merugikan masa

bukankah berulang2 kali dinyatakan dalam al-quran

"sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan Memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu" [47:36]

sesungguhnya jika betul ALLAH minta kembali nikmat2 yang telah ALLAH kurniakan pada kita,

kita akan menunjukkan kekikiran kita

kita akan enggan memulangkan kembali pinjaman itu...

percaya atau tidak??

ALLAH dah nyatakan dalam ayat seterusnya dalam surah yang sama

surah Muhammad ayat 37

nauzubillah

setiap pergerakan kita ALLAH dah tahu awal2

kerana

Dia lah Pencipta kita

wajarlah untuk ALLAH tahu setiap tindak tanduk kita ini

so...

fikirkan lah sendiri

adakah wajar untuk kita meraih cinta insani

dan

menghindarkan diri daripada usaha untuk mendapatkan cinta Ilahi yang berkekalan itu?


wallahua'lam


cuma ingin mengingatkan diri yang sentiasa alpa

iman yang sentiasa naik turun

jiwa yang sentiasa bercelaru

jika kita mengejar cinta manusia, yakinlah bahawa akan wujud kekecewaan jika anda gagal mendapatkannya

akan wujudlah rasa "lost" bila anda makin jauh daripada Nya

akan muncul lah perbuatan2 yang mendekati zina

sedangkan dalam ayat al-Quran

sekeras2nya melarang kita mendekati zina itu sendiri

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.

[ 17:32 ]


kenapa perlu dikejar duniawi

bukannya

akhirat ya syairah?

bukankah engkau tahu bahawa

ALLAH akan mempermudah segala urusanmu

jika engkau memilih duniawi, ALLAH akan mempermudahkan jalan2 kamu meraih kejayaan duniawi itu

dan

jika pilihanmu adalah akhirat, inshaALLAH ALLAH akan permudahkan jalan2mu itu jua

dengan bonus; yakni kesenangan di dunia jua

siapa yang mencari cinta ALLAH tidak akan pernah kecewa

tidak pula mereka akan pernah ditinggalkan

malah

cinta mereka itu akan dianugerahkan pula dengan hadiah2 ALLAH yang tiada tolok bandingnya


maka

masihkah kita mahu mencari cinta manusia??

betulkah semakin kukejar semakin jauh itu?

adakah ia apply to cinta ALLAH jua?

fikir2kan lah wahai saudara2 ku



wallahua'lam

berdoalah kita supaya sentiasa berada di landasan yang betul

aikk...dah terlajak ke? boleh lagi u-turn balik

jom!! sebelum terlambat...

jangan sampai jalan mati... :)


sudahkah kita membaca ayat2 cinta hari ini?

bukannya sms/chatting di alam maya

ataupun sekadar surat2 cinta

tapi

ayat2 cinta dr ALLAH

yakni

ayat2 al-QUran

kata2 Tuhan-mu langsung kepada hamba2 yang dicintai-Nya


indanya ISLAM :)





M.U.S.L.I.M by native deen untuk renungan bersama :)


assalamualaikum wbt :)