Tuesday 20 April 2010

kereNah si isTeri :)

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

jom kita belajar2 tips kahwin daripada ustaz kazim elias

bukan gatal nak kahwin

tapi tak salah kan untuk melengkapkan diri kita :)

nanti esok lusa kita nak kahwin jugak

jom...

ehhh si suami2...

mahukah kalian tahu apakah kebahagiaan yang bakal kalian dapat jika kalian bersabar dengan si isteri??

ayuuuhh kita explore cerita2 dan kisah2 menarik yang diceritakan oleh ustaz :)

♥ ♥ ♥ ♥


Rasulullah SAW bersabda
"barangsiapa yang sabar atas kejahatan perangai isterinya, nescaya ALLAH taala memberikan pahala kepada nya sepertimana pahala nabi AYUUB a.s dengan sebab sabar akan balanya"



Rasulullah SAW bersabda lagi:
"barangsiapa yang sabar atas kejahatan perangai suaminya, nescaya ALLAH taala memberikan pahala kepada nya sepertimana pahala Asiah, isteri Firaun"




jika seorang isteri mendapat suami yang garang, suami yang panas baran, yang tidak menyara nafkah, diminta duit, diberikan pula penampar (dsbnya)

ada suami yang langsung tak balik

sekali balik, dirompak barang kemas isterinya
dijualnya pula

maka...

jika ketika saat dilanda musibah itu, si isterinya sabar

ketahuilah bahawa pahala yang menunggu mu seumpama pahala Asiah yang dijadikan ALLAH sebagai penghulu wanita di syurga

:)



Imam Ghazali r.a

"ketahuilah kamu bahawasanya; belum memadai membaikkan perangai serta isterinya itu, menegakkan kesakitan oleh isteri, malahan lebih dari itu"

Imam Ghazali kata suami yang baik itu apa?

adakah memadai dengan kata2 manis?

eg: jika mata kamu rosak, ambillah mata abang, kongsilah ia :)

kata2 manis ini belum tentu lagi menjanjikan kedudukan anda sebagai suami yang baik

namun

suami yang baik adalah suami yang bernama HALIM

bukannya si dia yang bernama HALIM

tiada makna nya jika nama HALIM tercatat di IC tetapi perangai encik2 sangat2 lah opposite dengan maksudnya itu

mahu tahu apa itu suami yang HALIM??



suami yang HALIM ialah:

1. suami yang sabar

2. suami yang dapat menahan marahnya (tidak lekas marah)

inilah suami yang baik :)



suami yang tidak lekas marah esp ketika si isteri itu dalam keadaan kurang akal...

kurang akal??

aiyookkk!! apakah??



syairah...jangan mudah melatah... kurang akal maksudnya: di saat si isteri itu berada dalam beberapa condition seperti di bawah:


1. ketika ia dalam keadaan marah2



- macam2 dia mintak

eg "kalau macam ni abang, ceraikan saya"
kadang2 isteri mula akan ungkit-mengungkit ada juga yang tengah marah2, sehingga pukul suami nya


nasihat Rasulullah SAW kpd suami2

"jika tiba-tiba isteri itu mengamuk, berleter, si suami perlu keluar dari rumah nya"

spt mana Umar r.a :)

2. ketika si isteri dalam tensen eg: ketika si isteri pregnant; macam2 kerenah si isteri perlu ditangani oleh si suami

3. ketika perempuan datang haid


4. ketika perempuan itu sudah menghampiri menopause


5. apabila ia menghadapi musibah




jika suami2 pula yang marah2, mengamuk, berleter apa isteri2 perlu lakukan?? nak keluar rumah jugak ke??? si isteri boleh masuk ke bilik bersendirian seketika biar keadaan tenang sekejap alternative lain takde ke akak oi?? ohhh... nak alternative lain?? inshaALLAH ade pergilah ke dapur ambillah bawang besar ambillah pisau potong lah bawang itu di depan si suami inshaALLAH si suami lihat

patah balik

nak mampos tengok pisau tu?? :P




ingatlah wahai si suami2

isteri bukan lawan anda

lawan anda adalah encik hulk hogan

si isteri inilah yang mengandungkan anak2 kalian
"susah atas susah"




ada di antara isteri Baginda yang menjawab kata2 Rasulullah

1. Rasulullah berdiam diri dengan isteri Baginda semalaman Baginda tak bercakap 2. Baginda mengasingkan tempat tidur daripada isteri Baginda Baginda bermalam di masjid


mana-mana isteri yang berleter kepada suaminya semakin diam si suaminya, semakin banyak pahala yang diperoleh seperti nabi Yunus a.s
isteri nabi Yunus a.s paling banyak berleter



ALLAH telah menetapkan jodoh yang serasi kepada kita semua

sesuai, sepadan

kadang2 bila dah lama kahwin, muka mereka dah menjadi seiras, serupa

cara batuk pun dah sama

perbuatan semua dah jadi sama

ada jugak yang pasangannya perangai lain2 tapi saling melengkapi :)

si suami kuat bersembang, si isterinya pula yang jenis pendiam

(or vice versa)

jarang2 juga yang 2-2 ramah tamah



jarang-jarang pula 2-2 yang pendiam


subhanallah





ada juga sesetengah ulama' meriwayatkan

ada di antara isteri Rasulullah SAW yang menolak tangan pada dada Rasulullah

namun Rasulullah tidak melenting

apabila ditegur oleh ibu mertua nabi,

Rasulullah berkata pula

biarkanlah dia ibuku, dia telah membuat lebih banyak daripada yang sedemikian

dia telah menjaga makan minum ku

menghiburkan hatiku

dia telah teruk menjaga ku

bersusah payah untuk ku

tolak tangan itu apalah sangat

begitu lah kehebatan sifat Rasulullah SAW :)




contohilah perangai Rasulullah SAW kerana Baginda lah sebaik2 contoh teladan untuk kita ambil peringatan daripadanya :)




wallahua'lam




keluarga impian :)