Thursday 15 April 2010

saya mintak maaf...


assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

maafkan saya jika ada yang tersalah tafsir

bukan niat saya

namun

mungkin kerana pengolahan bahasa saya yang terlampau lemah...

maafkan saya...

tiada rasanya unsur2 sumbang mahram di blog ini

jika anda mengenali diri ini,

mungkin anda akan mengerti kenapa

meskipun

kata2 yang bagi orang lain tiada maknanya untuk mereka

tapi

bagiku tafsiran bernilai infiniti


♥ ♥ ♥ ♥


bukan maksudku untuk berpelakuan sumbang mahram seperti mana yang anda kemukakan

apatah lagi untuk berpacaran dengan ayah kandung sendiri


♥ ♥ ♥ ♥

nauzubillah!!


♥ ♥ ♥ ♥

ayah dan diriku

kami tidak rapat

kami sangat2 renggang

dulu kecil2 ayah rapat dengan diri ini

tapi

apabila dah besar sikit2 ayah makin renggang dengan ku

di usia sekolah rendah,

aku cuma rapat dengan ahli keluarga yang lain

aku tidak tahu kenapa

mungkin jua ada kesalahan ku

mungkin jua ada rahmat di sebalik nya


♥ ♥ ♥ ♥


namun

bila aku makin dewasa

aku makin suka mengacau ayah

aku makin suka membuatkan ayahku berbicara denganku

aku mahukan keluarga yang bahagia

keluarga yang sangat2 rapat

kerana

aku tidak dapat merasakan kebahagiaan itu sebelum ini


♥ ♥ ♥ ♥


kami sedikit...

tapi

entah apakah yang menghalang kami daripada terus rapat

aku mungkin tahu kenapa

namun

tidak perlulah ku uar2kan kepada semua


♥ ♥ ♥ ♥


aku menulis cuma ingin menjelaskan apa yang tidak jelas

aku bahagia apabila ayah mula menunjukkan gerak geri positif

mula menampakkan dia bangga mempunyai puteri2 seperti aku dan adikku

bukan jua aku tidak menghargai ibuku

namun

ibuku...

aku sudah banyak meluangkan masa bersama2nya

namun

tidak pula dengan ayah


♥ ♥ ♥ ♥

mk selalu berkata

apa2 pun ayah tetap ayah

jangan sampai renggang


♥ ♥ ♥ ♥

mak dah tua

salahkah aku jika aku nak merapatkan balik

hubungan keluarga yang agak renggang

mungkin mereka semua dah ok

cuma mungkin kerana aku terlalu bersendirian

kerana itulah aku tidak "masuk"


♥ ♥ ♥ ♥


salahkah aku memperbaiki kesilapan lampau ku?

salah kah jika aku ingin melihat keluargaku tersenyum bahagia bersama2??

kami cuma 4org

kenapa susah sangat untuk rapat??

salahkah untuk aku mulakan langkah pertama??


♥ ♥ ♥ ♥


wahai insan yang sudi menegur

jazakallah khair

sesungguhnya mungkin salah ku jua

sebelum ini ada aku ceritakan pasal mk

mungkin jua anda tak mmbacanya

bukanlah tujuanku untuk memuja2 ayah

dan

menyisihkan mk


♥ ♥ ♥ ♥

plan asal selepas ini

aku mahu menulis mengenai adikku

adakah sumbang mahram juga tindakanku ini?

kenapa perlu ada syak wasangka?

kerana bahasaku?

aku mohon ampun

jika kesilapan adalah dari segi tatabahasa, pengolahan cerita yang kamu anggap meloyakan tekak

ya ALLAH ampunkan aku

aku cuma terlalu berusaha untuk merapatkan hubungan aku dengan keluargaku

blog ini tempat aku meluahkan rasa

jika salah tindakanku

aku mohon maaf



♥ ♥ ♥ ♥

inshaALLAH aku akan lebih berhati2 dalam tindakan kelak


doakan ku


wallahua'lam