Friday 9 April 2010

“Dengarlah sayang”

assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

“Dengarlah sayang”

- by Kak Ana Notts



Kebahagiaan??

duniawi atau akhirat yang dikejar?

kebahagiaan yang hanya dilandaskan pada duit,status dan pangkat

ataupun

Kebahagiaan hakiki adalah di akhirat kelak


Hassan al-basri: “carilah kebahagiaan dalam solat, zikir, dan tilawah”

- kesemuanya berbentuk ketuhanan


ref: al hud:108


♥ ♥ ♥ ♥


bg org beriman,

mencari sesuatu kebahagiaan di dunia ini hanyalah semata2 untuk mencari kebahagiaan di akhirat

kita tidak boleh untuk mengorbankan kebahagiaan akhirat kita untuk di dunia

sebaliknya kita digalakkan untuk mengorbankan kebahagiaan dunia untuk kebahagiaan yang berkekalan di akhirat kelak

jika kita ditakdirkan untuk bersedihan selama 10tahun di dunia, percayalah bahawa suatu hari kesedihan itu akan terhenti jua.. namun jika kesedihan di akhirat kelak, yakinlah bahawa kesedihan itu akan kekal selama-lamanya

tidak boleh diubah lagi


♥ ♥ ♥ ♥


luqman al-hakeem

- seorang yang berkulit hitam

-seorang yang bijaksana


Surah al-nukbat; kulit yang hitam untuk menguji tahap kesyukuran Luqman al-Hakeem


-meskipun ia seorang hakim yang sangat tegas, ia adalah seorang bapa yang penyayang

-ia meninggalkan nasihat2 yang menjanjikan kebahagiaan di akhirat kelak untuk anak-anaknya

- ALLAH mengiktirafkan kebijaksanaan beliau; menamakan suatu surah dalam kitab suci al-Quran “surah al-luqman”



♥ ♥ ♥ ♥


nasihat2 Luqman kepada anak2nya: surah al-Luqman



* janganlah sekutukan ALLAH sesungguhnya syirik itu suatu kezaliman yang terbesar

* Berbakti kepada kedua ibu bapa; bersyukur kepada ALLAH dan kedua ibu bapa

(fikrah ibu bapa akan sentiasa menyayangi dan berbuat baik kepada anak-anak; sedangkan binatang pun menyayangi anak-anak; ibu bapa sanggup berkorban tanpa mengharapkan sebarang balasan; orang yang mengandung sangat lemah, dan apabila mereka makin tua mereka semakin tak larat)

Anak2 kadangkala berkorban pada yang sama menunggu-nunggu bilakah pengorbanan itu akan berakhir; seolah-olah menunggu saat-saat kematian ibu bapanya

Namun bila ibu bapa berkorban, ia tulus daripada hati yang mereka yang suci itu

Kesakitan melahirkan anak itu sangat memeritkan; seolah-olah berdepan dengan saat-saat kematian, namun ibu tidak pernah serik; ibu bahagia melihat kebahagiaan anak-anak; meskipun kesakitan kali kedua dan ketiga dan seterusnya sama sakitnya seperti yang kali pertamanya

Namun mereka tak pernah serik untuk melahirkan

* Berhati-hati dalam kehidupan kerana meskipun sekecil mana perbuatan kita, baik mahupun buruk, tetap akan dihadapkan kembali oleh ALLAH kepada kita kelak; di hari pembalasan kelak; berjaga-jaga dalam segala tindak-tanduk

* Dirikanlah solat, amalkan amar nahi mungkar, dan bersabarlah dalam mengerjakannya

- solat itu suatu hubungan antara hati kita dengan ALLAH; untuk mengukuhkan iman kita kepada ALLAH ; refresh iman kepada ALLAH

- apabila kita mendirikan solat, barulah kita dapat melakukan amal ibadat yang lain kerana kita telah mengikat hati kepada ALLAH

- bersabarlah dalam mengajak orang melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran; ia perlukan suatu keazaman yang sangat tinggi

- bersabarlah menghadapi penerimaan dan sebarang kebarangkalian orang-orang yang kamu approach

* janganlah engkau sombong dan bermegah diri; sederhanakan langkah mu, janganlah terlalu angkuh ketika berjalan; rendahkan lah suaramu; kerana seburuk-buruk suara (suara yang tingi dan tidak sedap didengar) itu adalah diibaratkan seperti suara keldai


♥ ♥ ♥ ♥


summary

* syukuri ALLAH sebagai Pengurnia Nikmat yang Pertama

- kenapa perlu bersyukur? Kerana kita akan kembali kepada ALLAH jua kelak

* syukuri ibu bapa sebagai pengurnia nikmat yang kedua

* supaya sentiasa melaksanakan amar makruf nahi mungkar

* supaya tidak takabbur dan berbangga diri di dunia yang sementara ini


♥ ♥ ♥ ♥

wallahua'lam