Friday 16 April 2010

hajjah halimah ♥ ♥ ♥ ♥





assalamualaikum wbt

bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

hari ini

start akses sendikit info mengenai kidney

ada assignment kena buat about the functions of da kidney

next month kena submit

so kena la membedah buku time cuti2 ni

next week dah makin busy dengan report2 yang perlu dihantar






sedang asyik membedah buku yang dipinjam di library terchenta

terpandang satu topik

development of urinary system...

memang la tak perlu untuk my assignment

tapi

best juga kalau tahu ni...



dari kecil sampai tua macam mana erk kidney kita develop?

baru lah faham juga kenapa si baby2 kita suka sangat kencing

haiiii....

ok u r forgiven my dear

kidney kamu belum 100% developed :)

makin besar, makin pandai la kanak2 tu buang air kecil dengan lebih teratur kan?

wahh hebat sungguh perancangan ALLAH :)




tetiba mata terpandang satu istilah yang sangat dekat dengan ku

actually

istilah tu tak pernah dengar

tapi

keterangan nya

mengingatkan aku akan seseorang yang amat penting dalam hidupku

seseorang yang telah almost 21tahun bersama-samaku

yang pada perutnya masih ada parut yang kadang2 membuatkan si dia terasa sakit

parut yang amat bermakna dalam hidup seorang ibu

di saat melahirkan anak sulungnya

begitu jua puteri bongsu nya

parut itu jualah tanda betapa kuatnya semangat juang ibuku untuk memberi kamu peluang mengenal dunia ini

kuat sungguh semangat juang itu

operation 2x untuk melahirkan 2 puteri nya ini




jarak umur puteri pertama dan bongsunya agak jauh

pada usiaku 4tahun, keluarga kami didatangi seorang lagi ahli baru

angka 3 bertukar menjadi 4 orang kesemuanya

kali ini perempuan juga

mak kahwin lewat

dah tua sangat baru dapat anak pertama

waktu tu mak ada darah tinggi...

sebab tu mak tak mampu nak bersalin secara normal

tapi

kenapa mak sanggup bedah perut 2x untuk kami??

bukankah mk pernah cakap,

bedah perut waktu lahirkan rah,

sakit sangat2

sakit sangat2

paling sakit...

sampai hari ini mak masih sakit

maafkan rah

kecil2 lagi dah buat mak merana...




masa mak lahirkan rah, umo mak berapa ye?

21 tahun yang lepas usia mak berapa ye?

39tahun untuk baby pertama??

mak tak tua sangat ke??

mak ambil risiko agak besar untuk lahirkan seorang bayi pada usia itu...

mak sedar tak??

mungkin mak tak nak sedar

sebab tu mak masih tak serik2

lahirkan lagi seorang bayi ketika usia mak 43tahun

rah tahu saat tu mak cuma nk bahagiakan ayah kn?

ayh nk sangat2 anak lelaki

lepas ayah tahu tu ahli terakhir dalam keluarga kita

ayah kadang2 layan adik macam lelaki kan, mk?

mereka rapat 2 sangat

rah jelez... sob3



rah ingat lagi

rah tak bagi sape2 rapat dengan adik waktu dia baby

rah akan baring sebelah adik

rah tak nak orang lain datang dekat dengan adik

mak...

waktu tu rah jelez

bila wani rapat dengan ayah...

rah makin jelez...

haiii...

siap ayh bagi nama laki untuk adik kan?

haha...

ayh2...



mk

sekarang mk dah 60tahun

ingat lagi last year

rah dgn wani berpakat kenakan mak

mak lupa birthday kitorang

at last mk ingat my birthday je

mak lupa wani punya

merajuk la kejap cik wani kita tu...

pastu agenda "balas dendam"

kami kacau2 la mak

tipu2 pasal usia mak

kami tambah 1 tahun pada umur mk yang sebenar

"ehh mk ni perasan muda sokmo, mk 60 dah la tahun ni"

mak macam gelabah

"erk?? mak 60 ke?bukan tahun depan ke??"

"aiyoookkk mak perasan mude!!"

lepas main2, bagitahu la "ye la mk, tahun depan mk 60"

terus mk cakap

"belum tentu lagi boleh sampai 60tahun tu"

mak...

jgn cakap camtu lah!!!

kami "kecil" lagi

kami perlukan mk

rah masih nak belaian mk

sebab tu kadang2 rah gi peluk mak

rah cium2 mk

mak senyum2 layan kerenah anak mak ni kan?

haha bahagia :)



sejak beberapa tahun lepas

mak selalu sakit2

mk kenapa mk suruh gak rah fly??

rah xmboh pun sume ni

rah rela duduk kat malaysia

tapi

mungkin

jika rah masih kat malaysia

rah takkan macam ni

rah mungkin masih takkan sedar semua ni

rah banyak berfikir bila kita semua jauh



mak nak rah jadi doctor kan?

sorry rah tak mampu nak tunaikan impian mak

rah takut darah

rah lagi suka bidang sekarang ni

"mak ok je asalkan anak mak bejaya"



mak...

sekarang lutut mak camne??

mak...

tadi rah studi pasal kidney

rah teringat kat mak



ade satu istilah

NOCTURIA

mak hadapi symptom tu kan?

mak selalu bangun malam2

it's the need to get up during the night in order to urinate which interrupt ur sleep time

kesian mak

mak terpaksa beralih dari dalam bilik

stay kat luar...

supaya tak jauh sangat dari toilet

mak dah tua...

selalu dengar mak merungut

bangun banyak kali tengah2 malam

tak leh tido

kencing nya sikit je



mak pun tahu apa sebabnya

mak tak perlu belajar sains pun mak tahu kenapa kan?

mak memang pandai :)

dulu

mak cakap

ni la petanda kencing manis

haiii minta dijauhkan

tapi

bila usia dah makin meningkat, betul sangkaan mak

diabetes



mak dah jaga makan minum

makan nasi pun jaga2 jugak

minum air masak je banyak

tapi

kadang2 kalau makanan depan mata,

ramai2 berkerumun nak makan

rah tahu mak takleh tahan jugak

mak ikut join jugak

rah tahu seksa tahan nafsu makan tu

tapi

rah ni "doctor" yang suka berleter

"makan la banyak2 kang darah naik pulak tak ke naya"

"minum la manis2 kang makin teruk baru nak cari ubat"

reaction mak simple je

"makan sikit je...."

rah macam kejam

tapi

sebenarnya kami berkomplot "marah" mk makan/minum yang mk tak leh tu bersebab

sebab

kami semua sayang mk



mak...

rah rindu sangat2 mak suap rah makan

rah tahu apa rahsia mk

mk bahagia even mk byk masalah

sebab dr muda hidup mk dgn budak2

mk suka budak2

mk kuat sangat bila ade budak2

bila budak2 balik

hujung minggu mak lemah

sbb kekuatan mk bila mk sibuk

sibuk layan kerenah anak2 kecil



mak sempat tak tunggu?

tunggu untuk bermain2 dgn cucu mak pulak

anak kpd puteri2 mk

mak tunggu leh??

tunggu erk??



ni mase mk dtg kat cheras nak ambil rah balik ganu :)




mak...

rah takut...

mak selalu cakap mak tak sehat

tapi

rah kagum

dalam sakit2

mak khatam banyak kali Quran sepanjang rah kat sini

mak tak pernah stop doakan rah

mak

rah nk jadi spt mk

mk menangis cuma bila tak tahan sangat2

tangisan mak buatkan anak2 mak berasa sgt2 bersalah

mak..

nanti kalu rah balik,

rah nak mak ade untuk rah

suapkan rah makan

nak mak ade untuk rah cite sume benda kat sini

mak wajib ade taw???

mak tunggu rah plz

rah nak balik untuk seorang yang rah paling cintai dalam dunia ni

wanita yang rah nak jadikan contoh

some1 yang rah nak jadikan penguat semangat rah

mak jangan pergi lagi taw??

rah sayang mk sgt2

jangan ckp mk dah tua

jangan cakap mk dah nak tglkan rah

jangan cakap semua tu.,.

ya ALLAH

berikanlah kami semua berbahagia as 1 famili sebelum kebahagiaan pinjaman ini Engkau ambil kembali daripada kami

mak nak tengok anak2 berjaya!!~~



ya ALLAH

aku tidak mahu menidakkan ketentuan Mu

namun

aku mohon

panjangkanlah usia hajjah halimah haji mohamad

supaya

kami mampu bergelak ketawa

beriang ria

supaya

dia dapat melihat perubahan puteri2 nya

aku mohon ya ALLAH

berikanlah kami sedikit ruang dan masa untuk terus bersama

ajal dan maut ketentuan-Mu

inshaALLAH kami akan terima apa jua ketentuan-Mu

namun

sekali sahaja

berikanlah ibuku melihat perubahan anak nya ini,...

aku mahu saja kembali sekarang

"mak, jom sembahyang sama2...mak, jom perbetulkan bacaan rah ngaji ni.."


mak...

rah sayangkan mak sangat2

tapi

rah tahu

kasih sayang, cinta mak pada kami lagi besar

tiada tolok banding nya





L.O.V.E U hajjah halimah haji mohamad

till infinity

cintaku ikhlas pd mu



salam sayang

puteri sulungmu

syairah


ps:

mak

rah takut sangat2 tengok camne bayi dilahirkan melalui cesarean

macam tu lah rah dilahirkan

ya ALLAH sakitnya perut mak

seolah2 dilapah2 dagingnya untuk lahirkan kami

ya ALLAH rah takut sangat2

rah mampu ke jadi sekuat mak??

bila rah sakit sikit je, rah nangis lebih2

manja terlebih2

rah buat cam rah la orang yang paling sakit dlm dunia ni

padahal

rah tak sedar, mk lg bnyk sakit untuk dptkn rah

mak....

sorry!!!