Thursday 22 April 2010

anjing dan lembu berbual seketika..manusia2 ayuh membaca :) ♥ ♥ ♥ ♥

assalamualaikum wbt


bismilllahirrahmanirrahim..

dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang


tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH


ada 1 kisah...

perbualan antara sang lembu dan sahabatnya anjing

perbualan ini telah diterjemah dalam bahasa yang difahami oleh umat manusia

dan

kemudian dialih bahasa pula ke bahasa melayu terchenta :P

hihi

nampak ridiculous...

tapi

inshaALLAH bermanfaat :)

kisah pun bermula

3....2.....1....action!! :P


LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?



ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.


LEMBU : Eh? Kenapa?


ANJING : Aku lalu tepi dua orang mansuia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis !


LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.


ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?


LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"



watak utama: anjing :)


watak pembantu: lembu :)


apa relevannya kisah di atas dengan kita manusia2 yakni makhluk ALLAH yang paling sempurna penciptaan nya ini?

cam ntah pape je cite tu

ehhh3....

sabar dulu ye kawan2 ku sekalian

baca dulu slot di bawah ni

khas untuk shbt2 ku sekalian

bacalah ye? ;)


Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".



Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)


"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)



wallahua'lam


:)