Wednesday 1 December 2010

Chenta-Nya di Musim Salju

Assalamualaikum wbt


ALHAMDULILLAH berkesempatan lagi untuk kita bersua kembali setelah lama menghilangkan diri daripada ruang website ini kerana terlalu disibukkan dengan urusan duniawi yang moga-moga dapat membantu kita di akhirat kelak juga hendaknya, inshaALLAH

ALHAMDULILLAH semalam, 30 November 2010, akhirnya salji pertama gugur jugak memenuhi tanah-tanah di bumi Surrey ini..Sudah pasti ramai yang bahagia dgn kehadiran si salji itu, kerana rata-rata ramai yang sudah lama menantikan kehadirannya sejak seminggu yang lalu...


“…dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) es dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya….”
[An Nur:43]

Ramalan kaji cuaca telah meramalkan yang cik salji akan berkunjung ke Surrey sejak seminggu yang lalu... Namun, benarlah firman Nya, butiran-butiran salji itu hanya akan turun apabila di-Kehendaki oleh Nya. Sebagaimana hari kiamat yang bila masa ia akan berlaku pun masih kekal sebagai rahsia yang telah dihijabkan oleh ALLAH untuk pengetahuan kita sebagai manusia yang serba kekurangan, begitu jualah dengan hakikat masa depan. Kita hanya bisa meramal apa yang akan terjadi tapi ia belum pasti akan terjadi tanpa izin Nya.

Tapi, tidaklah salah rasanya untuk meramal cuma usahlah kita bertaklid buta dengan bermati-matian percaya akan ramalan itu, itu parah lah pulak jadinya

Setiap apa yang terjadi, perlulah sentiasa ingat, selagi belum di-Izinkan oleh Nya, sesuatu itu adalah MUSTAHIL untuk terjadi walaupun sehebat mana pun diri kita sebagai seorang manusia kerana kita hanyalah seorang manusia. Seorang hamba kepada Tuan yang tiada tolok bandingnya.

Salji itu jika direnung betul-betul banyak yang dapat kita pelajari daripadanya. Percaya tak??

Ingat tak ALLAH pernah berfirman bahawasanya jika ALLAH inginkan kebaikan kepada seseorang itu, Dia berikan kefahaman dalam ad-Deen?

Jika kita sentiasa relate apa yang terjadi dengan Kekuasaan ALLAH, inshaALLAH kita boleh makin up-grade kan iman kita dan makin yakin akan Kehebatan ALLAH yang Maha Esa itu

Subhanallah..



Kadangkala ALLAH datangkan ujian kepada kita dalam bentuk yang pelbagai. Kerap kali diri ini diuji dengan sesuatu yang dalam keadaan tidak sedar. Kadangkala, kesenangan dalam kehidupan itu juga adalah suatu ujian. Usahlah kegembiraan melihat salji turun ini juga merupakan suatu ujian bagiku. Biarlah jiwa-jiwa ini melihat salji itu sebagai sesuatu yang dapat menambahkan iman dan keyakinan kami kepada agama yang telah ALLAH Muliakan di dunia dan di akhirat kelak ini. Usahlah biarkan jiwa-jiwa ini terlalu lalai dengan kegembiraan bermain dengan cik salji itu tanpa sedikitpun merasakan Kebesaran ALLAH melalui penciptaan butir-butir ais itu.

SUBHANALLAH SUBHANALLAH SUBHANALLAH

Sungguh, Kehebatan Mu terselah daripada segenap sudut dan ku akui diri ini hanyalah insan yang lemah tanpa Pertolongan dan Rahmat-Mu ya ALLAH

:D

Wallahua'lam

`