Monday 22 November 2010

DAKWAH=LIFE!!



Assalamualaikum wbt...

"Hai orang-orang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu"

[8:24]

VS

"Hey, kamu!! Asyik program sana sini, TAKDE LIFE betul...jom la enjoy2 dulu..kite mude lagi kot..hidup sekali je..jom laENJOY baru ada LIFE"

PERSOALANNYA....

Apa itu LIFE? adakah semata-mata dengan enjoy yang membabi buta, sehingga terlupa adanya hari pembalasan kelak itu menjanjikan kehidupan yang baik kepada kita di dunia serta di akhirat kelak..?

adakah dengan berseronok-seronok membuang masa di ruang maya ciptaan halusinasi manusia yang seakan-akan mahu lari dari realiti hidup yang sebenar itu adalah LIFE??

Melarikan diri daripada segala permasalahan yang berlaku di kiri kanan kita dengan ber-enjoy di sana sini, adakah itu LIFE??

sejauh mana kita mampu lari daripada semua itu sedangkan ALLAH telah berfirman bahasawanya telah diciptakan manusia itu dalam keadaan serba susah payah

“Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah payah."

[al-balad:4]

Secara fitrahnya, manusia itu akan sentiasa berada dalam keadaan susah payah.

Sejak percantuman gamet antara ibu dan ayah. Peratus keberjayaan antara percantuman sperma yang hasil totalnya melebihi berjuta-juta untuk memenangi "hati" si ovum yang tunggal. Bukankah chance untuk bercantum itu terlalu payah kerana hanya sperm yang MENANG sahaja mampu meneruskan perjalanannya ke fasa yang seterusnya.

Sejak kita berada di alam ZERO itu lagi, kita sudah perlu bersaing untuk hidup. Kita takkan pernah lari dari hakikat persaingan untuk menang selagi kita HIDUP.

Kalau direnung kembali, fasa-fasa sesudah percantuman itu, masih banyak rintangan perlu dilalui. Bukanlah semua yang telah bercantum itu berjaya untuk menemui alam dunia yang penuh cubaan ini. Ada yang apabila telah ALLAH izinkan untuk bercantum, tiba-tiba menempel pula di tempat yang salah. Perlu pula digugurkan. Ada pula yang telah lama melalui fasa-fasa pembentukan di dalam rahim ibu, tiba-tiba, berlaku komplikasi, akhirnya gagal untuk dilahirkan. Ada pula yang sudah dapat dilahirkan, sejurus kemudian, menemui ajal pula.

SUBHANALLAH!! Sedarkah kita bahawasanya kita dahulunya pernah menjadi manusia yang sangat berjaya kerana mampu mengharungi rintangan yang pelbagai sebelum berjaya membuka mata mengenal dunia ini.

Kita berjaya berlawan dalam keadaan kekurangan oksigen, daya immune badan, kekurangan nutrient..

Yeahh!! KITA manusia yang berjaya dahulunya

Tapi kenapa sekarang kita sungguh lemah??

Bukankah hidup ini sentiasa ada competition?

Sedangkan syaitan itu juga sentiasa berusaha untuk membawa kita ke arah jalan kemungkaran kerana telah ALLAH kurniakan DUA JALAN kepada kita semua, iaitu jalan kebaikan dan jalan keburukan..


INGAT!!

TIADA JALAN TENGAH

TIADA JALAN LAIN SELAIN JALAN KEBAIKAN DAN JALAN KEJAHATAN

Lupakah kita bahawasanya ALLAH berfirman yang kita ini telah dijanjikan kehidupan yang penuh jerih payah yang sememangnya akan dilalui oleh setiap individu yang bergelar manusia

Walau apa jua background serta pilihan agamamu, kamu akan tetap berada dalam keadaan payah

Bila kita buat kejahatan, akan dirasakan pula betapa payahnya untuk cover kejahatan itu supaya tidak ketahuan oleh orang lain.

BUKANKAH itu payah??

BUKANLAH untuk berubah menjadi baik itu sahaja yang PAYAH

tapi

untuk MENJADI JAHAT ITU JUGA PAYAH

so

kenapa pilih untuk bersusah payah untuk sesuatu yang menjanjikan azab kepada kita di dunia dan di akhirat kelak??

Ingatlah surah al-anfal yang ana tampilkan di permulaan entry ini..

DAKWAH=LIFE!!

so, kenapa kita masih ragu-ragu untuk menyebarkan risalah ALLAH ini??

KITA NAKKAN LIFE tu, so, jom lah kita sambung perjuangan para nabi dan Rasul serta sahabat-sahabat mereka

InshaALLAH

one day, ISLAM ITU AKAN BANGKIT KEMBALI MENERAJUI KEPIMPINAN DUNIA

INGAT

IA SUSAH TAPI IA TAK MUSTAHIL

ALLAHU AKBAR!!!


Wallahua'lam