Tuesday 28 December 2010

analogy PAK MAT

Assalamualaikum wbt....

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari ini, saat ini, jiwa ini masih diberi kesempatan untuk meluahkan secebis ilmu untuk dikongsi bersama-sama. Diberi suatu lagi peluang untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah, sekali lagi peluang untuk memperbaharui niat dan taubat kita kepada Allah setelah dimatikan sejenak melalui tidur yang panjang. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Moga-moga ini adalah permulaan yang baik bagi jiwa-jiwa ini untuk kembali mengingati tujuan asal mereka diciptakan Allah di muka bumi ini. InshaAllah..

Percaya tak hidayah itu milik Allah dan tiada siapa pun yang mampu mengetahui sama ada dia beroleh hidayah mahupun sebaliknya.. hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang ada di langit dan bumi serta di antara keduanya. Hanya Allah sahaja jualah Pemberi hidayah kepada jiwa-jiwa yang dikehendaki NYa.Maka beruntunglah bagi sesiapa yang dipilihNya itu. Subhanallah

Elok rasanya sekiranya dapat dikongsikan suatu analogi yang dikenali sebagai ANALOGI PAK MAT. Jika kita pergi ke satu kampung dan mendengar bisik-bisik daripada orang kampung perihal seorang yang alim ulama' iaitu Pak Mat yang sangat trkenal dengan kewarakan dan kebaikannya serta seluruh isi keluarganya, apakah yang terbayang di benak pemikiran kita apabila kita ke rumahnya? Adakah di dinding-dinding rumah Pak Mat itu ada tertampalnya peraturan-peratuan islam seperti pukul berapa untuk solat, bila perlu ke masjid, berapa RM perlu disedekahkan dan sebagainya ataupun sebaliknya kita dapat melihat sendiri keperibadian individu muslim itu melalui Pak Mat serta dapat merasakan wujudnya environment islam sejurus menjejakkan kaki ke rumahnya??

Yang mana lebih AFDHAL?hanya mempunyai berdozen-dozen ilmu agama yang tertampal di dinding ataupun tertulis di dalam buku catitan semata-mata ataupun keperibadian yang tergambar secara praktikal menerusi apa yang dipelajari daripada al-quran dan sunnah?? Apakah teori yang melimpah ruah itu dapat membantu pembangunan ummah bila ia hanya tersimpan rapi sebagai ilmu semata-mata tanpa dipraktikkan sedikitpun dalam kehidupan seharian?? Ataupun keperibadian muslim itu yang lebih utama??

Sesungguhnya kita tidak layak untuk mengakui diri ini islamik meskipun kita bernaung di bawah institusi islam yang hebat sekiranya kita sendiri hanya bernaung di bawah undang-undang yang digariskan oleh institusi tersebut, hanya mendapat undang-undang semata-mata tapi tidak pernah mengamalkannya.

Begitu juga jika kita ingin membina dunia islam ataupun berkeinginan untuk menjadikan islam sebagai ustaziyatul alam, kita tidak mampu melabel dunia itu islam jika kita hanya mampu meletakkan islam itu hanya sekadar pada undang-undangnya tapi dunia itu islam itu bemaksud semua ataupun kebanyakan ahli negara-negara islam itu beramal dengan Islam, that's why kita bermula dengan menekankan pembinaan individu muslim terlebih dahulu sebagai base yang kuat dalam menjana ummah.

Wallahua'lam

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW atas kekuatan yang Allah taala berikan kepada Baginda. Disebabkan Baginda sanggup menerima tanggungjawab tersebut, hari ini kita.menerima dua nikmat yang terbesar dalam hidup ini yakni nikmat iman dan islam.

Irama yang tersusun, iman, islam, dan ihsan.. jika hilang suatu bit dalam irama tersebut maka punahlah kecantikan melodi tersebut. Hanya melalui irama yang tersusun dan lengkap yang mampu menghasilkan sebuah lagu yang cantik. Sebagaimana jualah ryhtm of our heart, jika ada salah satunya tidak betul, maka berisikolah seluruh system dalam badan manusia tersebut. Hanya sedikit kepincangan dalam irama tersebut mampu mematikan seluruh jasad. Begitu jualah yang terjadi pada diri seorang muslim, jika salah satu elemen islam itu rongak, maka tidak sempurnalah imannya, sekaligus menghasilkan keperibadian muslim yang kurang hebat.

Ayuh kita revive semula our rythm supaya kita mampu bergerak dengan nada dan irama yang betul menurut Islam sekaligus membina arus kebangkitan ummah yang lebih tersusun rapi. Bukankah irama yang tersusun rapi itu lebih enak kedengaran berbanding irama yang hentam keromo semata-mata??

Wallahua'lam