Friday 3 December 2010

SNOW~~ :D

Assalamualaikum wbt



ALHAMDULILLAH

Hari ini 3 December 2010, menandakan hari Jumaat pertama dalam bulan ini. Subhanallah dalam kedinginan subuh yang menyelubungi diri ini, ALLAH masih memilih jiwa-jiwa ini untuk merasakan nikmat dapat bernafas dan melihat dunia ini, ditambah pula dengan nikmat dapat merasakan sejuknya salju yang gugur menutupi tanah di bumi Surrey ini.

Hari ini sekali lagi, universiti kami ditutup atas sebab cuaca yang tidak menentu.

:)

Salji itu indah sekali, nyaman sekali apabila melihatnya gugur ke bumi. Hadirnya salji itu membawa suatu perasaan yang menggembirakan bagi kebanyakan jiwa-jiwa ini. Segala permasalahan mampu hilang begitu sahaja pabila melihat gugurnya butir-butir ais itu ke bumi. Subhanallah hebat kan ALLAH? Dia Maha Mengetahui apa yang kita sukai maka Dia Ciptakannya untuk kita semua nikmatinya.

Tapi, kadang-kadang diri ini berasa takut dalam keseronokan menikmati nikmat kurniaan ALLAH, takut juga jika kesenangan itu adalah suatu ujian yang mampu melalaikan jiwa ini daripada mengingati Nya

Oleh itu, wajarlah bagi diri ini untuk sentiasa mengingatkan diri ini supaya sentiasa mengagumi Pencipta nya bukanlah objek yang di-Ciptakan Nya itu.

dan kagumnya itu mestilah BERSEBAB dan sebaiknya jika kagum itu dapat menambahkan iman dan keyakinan kepada kekuasaan ALLAH sekaligus dapat menjadi titik tolak untuk kita sentiasa push diri kita untuk memberikan yang terbaik kepada Pemilik jiwa-jiwa ini

InshaALLAH

Banyak yang boleh kita pelajari daripada butiran ais itu. Ayuh kita renung satu per satu, inshaALLAH salji itu bukan sahaja dapat menenangkan diri kita malah dapat meningkatkan pengetahuan kita mengenai Kekuasaan ALLAH itu sendiri inshaALLAH

Pernahkah kita belajar daripada salji?

Lihatlah salji di luar sana, apabila turunnya ia dalam keadaan tunggal, ia takkan mampu mengubah apa-apa pun. Kehadirannya mungkin sahaja tidak akan dirasai dan diketahui oleh sesiapa pun malah mungkin kehadirannya itu akan menjadi sia-sia sahaja tanpa meninggalkan apa-apa impak di jiwa-jiwa manusia di bumi ini. Tidak akan sekali pun membuat jiwa-jiwa ini tergerak untuk mengukirkan senyuman di bibir apabila melihatnya. Malah mungkin kehadirannya akan disalahertikan sebagai hujan ataupun frost. Namun, apabila butir-butir ais itu turun dalam suatu quantity yang banyak, SUBHANALLAH, impaknya sangat luar biasa. Rumput-rumput yang menghijau di padang yang luas itu juga mampu bertukar menjadi kawasan yang teramat putih sehinggakan kita tidak akan menyedari kehadiran si rumput di bawah permukaan ais itu. Kehadirannya salji yang makin banyak itu sudah semestinya akan memberikan impak yang besar kepada jiwa-jiwa manusia yang telah lama menantikan kehadirannya. Ramai yang akan mula keluar bermain-main dengannya dan ramai juga yang merakamkan kenangan-kenangan indah bersamanya.

SUBHANALLAH...

Sedarkah kita betapa pentingnya jika sesuatu itu kita lakukan secara bekerjasama?? Impaknya, subhanallah, akan lebih besar dan menyengat di hati orang lain. Maka, kenapa perlu lagi ada ragu-ragu dalam jiwa ini apabila seruan untuk bekerja secara berjemaah itu hadir? Bukankah tiada Islam tanpa jemaah??

Suatu empayar yang dahulunya gah di persada dunia boleh jatuh apabila berlaku perpecahan di dalam organisasinya. Namun, suatu persatuan kecil-kecilan apabila kia bersatu dan bekerjasama, tidaklah mustahil bagi mereka untuk menembusi pasaran antarabangsa dalam sekelip mata sahaja.

Namun, ingatlah dalam melakukan segala sesuatu pekerjaan, yang paling penting adalah untuk menyampaikan yang hak itu dalam keadaan sabar dan berkasih sayang. Tidaklah wajar kiranya untuk kita marah apabila seseorang itu tidak mahu menerima pendapat kita dalam apa-apa hal sekalipun, tapi perlulah kita menyampaikannya secara berhikmah dan sentiasalah merujuk kepada mereka yang lebih pakar dan sahabat-sahabat yang lebih arif kerana merekalah support system anda di sini. Bukankah dua itu lebih baik daripada satu dan seterusnya itu lebih daripada yang sebelumnya?

JOM!! Kita belajar daripada snow!!


Mereka bersungguh-sungguh bekerjasama untuk menggembirakan jiwa-jiwa manusia atas izin ALLAH. Oleh itu, jika diizinkan ALLAH, sudah semsetinya kita mampu juga untuk menyentuh hati-hati manusia lain jika kita semua bekerjasama

Wallahua'lam

Sekadar pandangan seorang abid yang masih baru belajar :)

Boleh disanggah jika salah, boleh diajar jika perlu, inshaALLAH