Tuesday 21 December 2010

Bangkitlah, jiwa-jiwa muda!!

Assalamualaikum wbt..

Astaghfighullah al azim

Astaghfighullah al azim

Astaghfighullah al azim

Ya ALLAH, jiwa ini berasa sungguh bertuah kerana masih berpeluang untuk melihat dunia buat kali yang sekian kalinya setelah 21 tahun++ lamanya. Namun, hati ini tersentak apabila salah seorang sahabat share video perihal “peperangan” yang melanda umat Islam di Malaysia tanpa kita sedar. Perang yang pada zahirnya tidak diiringi dengan pertumpahan darah dan bedilan bom ataupun M16 yang mengganas, namun kesannya lebih mendalam dalam diri inidividu-individu yang kurang bernasib baik tersebut

Masyarakat kini kononnya terlalu sibuk memikirkan permasalahan dunia yang mengakibatkan terkobannya banyak nyawa-nyawa yang tidak berdosa sekaligus menidakkan nasib ramai individu yang tidak terbela di tanah air sendiri. Bukankah Islam itu sendiri menggalakkan kita untuk membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang terdekat terlebih dahulu sebelum menolong orang yang jauh? Bukankah mereka juga layak untuk mempersoalkan ketidakbertanggungjawaban kita ini di akhirat kelak? Bukankah mereka juga ada hak-hak untuk kita tunaikan kepada mereka?

Kenapa perlu kita tutup mata dan butakan hati daripada mendengar rintihan mereka?

Adakah permasalahan mereka terlalu remeh temeh untuk diperbincangkan dan dicari jalan solusinya?

Subhanallah..

Masihkah kita ingat lagi suatu ketika lebih kurang 3 tahun yang lalu apabila perkampungan orang Melayu di Kampung Rimba, Shah Alam dirobohkan sekaligus mengakibatkan banyak individu yang kehilangan tempat tinggal? Ingatkah lagi peristiwa-peristiwa seterusnya yang sering menyusuli tanpa mendapat liputan meluas dan sewajarnya oleh pihak berkenaan?


Apakah layak seorang wakil rakyat yang dipilih rakyat akhirnya apabila telah menang ia lebih mendahulukan kepentingan partinya berbanding kepentingan rakyat? Di manakah janji-janji yang telah ditaburkan sebelum kamu berjaya meraih kepercayaan rakyat-rakyat tersebut?

Kenapa kita terlalu berani untuk meroboh rumah ALLAH apabila melabel ia dibina di atas kawasan yang dilabel sebagai tanah haram? Siapakah kita untuk melabelkan tempat itu tidak layak untuk pembinaan rumaah ALLAH sebaliknya lebih layak untuk dimajukan? Siapakah pemilik kawasan tersebut secara hakiki? Bukankah tanah yang kita pijak ini tiada seinci pun merupakan milik kita secara mutlak, ia semuanya adalah hak milik ALLAH. Dan ingatlah kita tidak mampu sedikitpun untuk mencipta walau seinci kuman pun kenapa pula kita ingin berlagak dengan Tuan Empunya seluruh alam semesta ini? Adakah layak untuk kita bermegah-megah di bumi yang kita hanya singgah dan menumpang ini?

Dan Tahukah kamu bahawasanya doa orang yang teraniaya itu adalah antara doa yang dibukakan hijabnya dan dimakbulkan oleh ALLAH?? Tidak takutkah kita apabila hari demi hari, detik demi detik, kita sentiasa didoakan balasan yang buruk oleh orang yang pernah kita aniayai?

Apakah nilainya kemenangan apabila mudaratnya lebih banyak? Apakah nilainya seorang pemimpin apabila tidak disukai oleh rakyatnya??

Namun begitu, adakah layak kita untuk menghina seseorang pemerintah itu?

Hakikatnya adalah sebaliknya.. Kita tidak seharusnya untuk menghina raja kita, meskipun sezalim mana pun raja tersebut. Sezalim-zalim mana pun seorang raja itu, inshaALLAH raja tersebut masih membela nasib kita. Usahlah kita berkomplot dengan orang kafir untuk menghina raja kita kerana ia boleh mencetus kepada langkah seterusnya iaitu untuk menghina Islam dan Rasulullah (nauzubilllah). Kita berhak untuk menegur seseorang pemerintah itu tapi bukanlah melalui penghinaan kerana ia akan lebih mendatangkan mudarat bukanlah kebaikan, lantas sesuatu yang mendatangkan lebih kemudaratan adalah sesuatu yang wajib untuk dielakkan.

Disebabkan oleh itulah, Islam menuntut kita untuk taat dan patuh pada perintah dan peraturan yang ditetapkan oleh seseorang pemimpin itu setelah ia dilantik untuk mengetuai sesuatu organisasi ataupun mewakili sesuatu lokaliti. Namun demikian, harus diingat, keperluan untuk taat dan patuh pada pemerintah ini akan terus valid selagi ia tidak bertentangan dengan hokum syarak. Selagi pemerintah itu masih menjadikan al-Quran dan al-hadith sebagai sumber panduannya, inshaALLAH pemerintah itulah yang wajib kita patuh meskipun bukanlah menjadi pilihan hati kita. Islam menuntut kita untuk mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan selagi mana ia berlandaskan hokum syarak.

Namun begitu, jika kita rasakan pemerintah yang dipilih itu bukanlah yang selayaknya untuk memimpin negara ataupun lokaliti yang diwakilinya, bukankah kuasa memilih itu ada di tanganmu? PILIH lah berlandaskan pengetahuan yang mendalam dalam agama Mu bukanlah berlandaskan nafsu mu. Arahkanlah nafsu mu mengikut jalan yang telah disyariatkan oleh Rasulullah SAW dan jangan biarkan nafsu itu yang memandu hidupmu, inshaALLAH segala-galanya akan sentiasa berpandu, selagi mana al-Quran dengan as-sunnah menjadi panduan utama hidupmu. Pilihlah pemimpin yang mana kepimpinannya mengikut gerak kerja yang digariskan dalam syarak, sokonglah ia, dan bekerjalah bersama-sama gerakan tersebut supaya kita dapat menjadi salah seorang tulang belakang dalam mengembalikan kembali era ketamadunan Islam yang unggul itu.

Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada semangat assabiyyah semata-mata. Pilihlah pemimpin yang dapat membela nasib agama Mu kelak ALLAH akan Memelihara dan Membantu mempermudahkan segala urusan mu inshaALLAH

Dan janganlah takut untuk melakukan perubahan kerana suaramu bernilai yang teramat tinggi kepada agama jika disalurkan dengan cara yang betul. Islam boleh tertegak sendiri tanpa bantuan kita tanpa kita takkan berjaya untuk menemui kejayaan hidup dunia dan akhirat jika kita memilih untuk tidak membantu Islam.

Bukankah tenaga dan semangat yang menjulang-julang golongan rijal itu terbukti berjaya membangkitkan kemenangan umat Islam suatu masa dahulu. Sehingga kini, nama-nama tokoh rijal seperti Salehuddin al-AYubbi masih disebut-sebut sebagai tokoh yang berjaya menanam semangat jitu dalam rijal-rijal masa kini dalam mengembalikan ustaziyatul alam itu.

Salurkan tenaga dan semangatmu ke jalan kebenaran ataupun musuh Islam akan melekakan dirimu dan menggunakan kemahiran mu ke jalan untuk menjatuhkan Islam tanpa kita sedari. Nauzibullah.

Wallahua’lam

Sekadar pencerahan dan peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman.

InshaALLAH bermanfaat untuk kepentingan bersama. Bukan berniat untuk men-condemn mana-mana pihak tapi sekadar tazkirah dan muhasabah diri. Moga-moga yang tersilap masih berpeluang untuk memperbetulkan kesilapan diri sebelum terlewat dan bagi yang masih terleka, inshaALLAH kita doakan supaya akan tersedar dan bangkit menjadi rijal-rijal yang hebat suatu hari kelak..

Kita tidak mahu suatu hari nanti kita bangkit di hadapan ALLAH dengan muka yang murung dan menyesal akibat terlewat dalam usaha membantu agama ALLAH kerana terlalu membuang masa dengan perkara-perkara lain yang remeh temeh. Adakah layak untuk kita berfikir terlalu lama samada untuk bersama-sama jemaah ISLAM yang syumul ini untuk mengembalikan era kegemilangan ISLAM itu sehinggalah suatu hari nanti, akan terpisahlah jasad daripada nyawa ini, maka sia-sialah jiwa yang telah dimuliakan ALLAH ini, kembalinya ia tanpa sempat berbuat apa-apa pun untuk kepentingan agama Nya..

Nauzubillah