Friday 3 December 2010

kebetulan ataupun balasan Nya?

Assalamualaikum wbt

SERONOKnya bermain salji...


إستغفار اللَّهَ

إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ

ya ALLAH ampunkan diri ini jika diri ini terlampau leka dengan permainan dunia yang hakikatnya tidak akan pernah berjaya memuaskan nafsu seorang manusia yang terlalu mudah terleka dan lalai ini ya ALLAH.

Ketika kita bahagia dilekakan dengan keseronokan bermain salji, snow war sana sini, snowman di merata-rata tempat, adakah mata kita masih terbuka untuk melihat rancangan bijak musuh-musuh Islam di luar sana? Adakah hati kita masih tertanya-tanya apakah nasib umat Islam di seluruh dunia ini taktala kita sedang seronok dengan kesenangan sementara ini?

Ku akui diri ini terlalu disibukkan dengan urusan dunia sejak kebelakangan ini sehinggakan mata ini seolah-olah dibutakan untuk melihat permasalahan ummah di luar sana. Sebentar tadi, alhamdulillah ada yang share linkmengenai apa yang berlaku di southern part of Haifa di mana lokasi yang menempatkan populasi Israel yang ketiga terbesar di dunia iaitu seramai 265,000 orang

Berpuluh pengawal Israel (dianggarkan seramai 40-41 orang keseluruhannya) yang cuba menyelamatkan tahanan yang diancam kebakaran hutan paling buruk dalam sejarah negara itu mati selepas bas yang mereka naiki terperangkap dalam kebakaran itu.
Ketika pengawal terbabit bergegas ke penjara yang kebanyakkan banduan adalah rakyat Palestin, sebatang pokok tumbang merintangi jalan dan menghalang laluan mereka. Tanpa jalan keluar, sebilang besar daripada mereka terbakar hidup-hidup dalam bas itu manakala sebilangan lagi rentung ketika cuba melarikan diri dari kawasan kebakaran itu yang disemarakkan lagi oleh belukar kering.

Thousands battle Israel's worst fire as toll hits 41


Menurut Perdana Menteri nya, Benjamin Netanyahu, bencana ini adalah antara yang terbesar yang pernah berlaku sehinggakan menyebabkan mereka terpaksa mendapatkan bantuan luar daripada negara-negara seperti Turki, Greece, Sepanyol, Cyprus, Britain, Russia, dan banyak lagi.

Menurut berita yang dikeluarkan, sehingga malam tadi, api masih marak dan berada di luar kawalan sehingga memaksa 12,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan memusnahkan sebuah perkampungan serta mengancam kemusnahan kekal di beberapa kawasan hutan di Israel

SUBHANALLAH..

Sungguh besar bencana yang menimpa mereka.. Adakah ini suatu pembalasan ALLAH kepada mereka yang selama ini sewenang-wenangnya menceroboh tanah air umat Islam serta memperlakukan perbuatan yang sungguh menghinakan kepada umat Islam terutamanya di Palestine?

TAHUKAH KITA bahawasanya sehari sebelum kejadian tersebut diberitakan di dada akhbar, ada suatu lagiagenda jahat yang dirancang oleh pihak Zionis itu.

Israel secara terang-terangan mengisytiharkan rancangan mereka untuk membina projek perumahan baru di atas tanah di Tebing Barat yang dirampas oleh rejim Yahudi itu untuk dijadikan sebahagian sempadannya di Baitulmaqdis. Mereka merancang untuk membina 625 buah rumah di kawasan bandar Pisgat Zeev bersebelahan Baitulmaqdis timur yang diduduki penduduk Arab. Rancangan itu jelas-jelas akan menjejaskan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memulihkan rundingan damai langsung Israel-Palestin, yang dilancarkan pada 2 September lalu.

Ya ALLAH, hancurkanlah mereka yang pernah menyembelih dan menyeksa rakyat Palestine serta yang menghancurkan ummah di seluruh pelusuk dunia ini..

AMIIN...


Wallahua'lam


Sesungguhnya hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya terjadi tetapi tidak salah kiranya jika kita mencari ibrah dari segala apa yang berlaku di sekeliling kita untuk menjadi seorang individu muslim yang lebih baik.

Usahlah kita menunggu sehingga kita menjadi seperti kaum-kaum terdahulu yang telah diceritakan hakikat kejadiannya di dalam kalam ALLAH yang paling agung, al-Quran

Mahukah kita menjadi seperti kaum nabi Nuh a.s yang merupakan kaum pertama yang dibinasakan secara massal oleh ALLAH. ALLAH Memusnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar yang menengelamkan mereka secara total.

"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun, Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang orang zalim " (surah Al Ankabut:14)

Begitu juga keadaannya bagi kaum nabi Lut yang mendustakan peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh Rasul Nya, kesemuanya telah dimusnahkan dengan sekelip mata oleh ALLAH taala. Ingatlah bahawasanya ALLAH itu berhak untuk Melakukan apa-apa pun terhadap jiwa-jiwa yang dimiliki Nya ini jika jiwa-jiwa ini sekeras-kerasnya ingkar akan segala suruhan Nya



" (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam - Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran amaran itu". (Surah Al Qamar:33-36).

Adakah kita ingin terus menjadi kaum yang alpa dan lalai sehinggakan azab dan bencana yang diceritakan oleh ALLAH dalam kitab suci al-Quran itu benar-benar terjadi pada kita sendiri??

Nauzubillah

Sungguh, aku tak rasakan diri ini kuat untuk menempuh azab seteruk itu. dan tidaklah kiranya diri ini mengharapkan agar bangsa kita sekarang ini dihinakan sepertimana kaum-kaum sebelumnya. Tapi bukankah ALLAH pernah berfirman bahawasanya Dia tidak akan Mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kita tidak memulakannya terlebih dahulu. Oleh itu, ayuh kita ubah paradigma dan cara pandang kita supaya setiap perlakuan kita mendekatkan diri kita ke jalan ALLAH sekaligus dapat bersama-sama menguatkan ummah untuk melawan musuh Islam yang pelbagai..

InshaALLAH

wallahua'lam