Saturday 18 December 2010

Pemergian seorang pejuang Islam

Assalamualaikum wbt...

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

[Surah Al-Fajr,27-30]

Telah kembalinya seorang pejuang Allah mengadap Hadrat ilahi dengan izin Nya, Akhi Mas Afzal Masaruddin. Setiap yang pernah mendengar namanya, yang pernah mendengar ceritanya, pasti merasakan, satu kehilangan malah bagi yang tidak pernah berkesempatan untuk menatap wajahnya jua pasti akan merasakan kehilangan sebutir permata yang sungguh bernilai di era dakwah islamiyah ini.

Sungguh beliau seorang yang cekal. Tabahnya seorang daei turun ke medan jihad ini walau tubuh mengheret ke bumi. Kesanggupan beliau datang ke program, yang bukan sedikit meragut tenaganya, tidak sedikit pun membuatkan senyumnya kurang, malah semakin manis ketika menyapa dan semangatnya tidak sedikit pun luntur tatkala berkongsi pengalaman dan ilmunya. Sungguh, dia seorang pejuang yang dikagumi. Masakan tidak yang mengenalinya mengatakan beliau seorang yang tidak pernah berhenti berlari. Sentiasa berlari ke arah Tuhan nya dengan penuh semangat dan kecintaan.

Allah lebih menyayangi hamba-Nya. Kembalinya Seorang Pejuang kehadrat Ilahi, meninggalkan kesan motivasi dan semangat yang cukup mendalam dalam diri-diri manusia yang pernah disentuh olehnya, secara bersemuka, mahupun secara tulisan. Kisah perjuangannya menjadi inspirasi. Kisah ketabahannya menjadi saksi bahawa dia pejuang sejati.

Jangan biarkan perkabungan hari ini mati bersama waktu yang berlalu. Jadikan hari ini sebagai saksi yang menjadi sumber inspirasi kepada diri kita semua untuk mencontohi si pejuang yang sejati. Mencontohi keperibadiannya, mencontohi kerendahan hatinya, mencontohi ketabahan nya di medan perjuangan ini.

Tangisan kesedihan kita menangisi kepulangannya akan berhenti jika tidak esok, lusa. Namun, jangan biarkan butir tangis beliau di medan ini kering dari menjadi saksi membakar semangat inspirasi dalam diri kita, untuk meneruskan perjuangan yang telah beliau tinggalkan kepada kita.

Dan jangan biarkan medan jihad dan dakwah ini kering dan gersang dengan pemergiannya. Biarlah kita, yang hari ini menangisi pemergiannya, membasahkan medan jihad ini dengan peluh, airmata dan darah kita sebagai ganti kepada yang telah pergi, agar kesinambungan dakwah ini berterusan membawa kita bersamanya, didalam hati dan doa.

Untuk kita yang masih tinggal dimedan ini, berjanjilah untuk terus berbakti tanpa berhenti. Berjanjilah atas kesaksian ini bahawa kita akan terus melangkah dengan izin Allah yang Maha Kuasa. Berjanjilah, berjanjilah, berjanjilah dengan diri dan Allah yang menjadi saksi.

Sengaja saya memilih tajuk Kembalinya Seorang Pejuang, bukannya Pulangnya Seorang Pejuang, pulang bererti meningalkan, namun, kembali bermaksud, ia datang bersama kita. Pemergiannya akan mengembalikan semangat yang tidak pernah pudar dalam diri kita. Di saat diri kita rebah dan lemah, ketabahan beliau, semangat beliau akan KEMBALI kepada kita, kembali mengingatkan kita akan kisahnya yang cekal, dan mendorong motivasi kita untuk bangkit semula.

Source: Crew Atap Hijau

Alumnia DIA 2010

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ruhnya dan menempatkan beliau bersama hamba-hambanya yang soleh.

Al-Fatihah

* Seluruh crew AtapHijau mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Mas Afzal Masaruddin *

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah kedalam syurga-Ku.”

[Surah Al-Fajr,27-30]



Sesungguhnya pertemuan selama beberapa hari bersama-samamu di medan dakwah ini, telah menghidupkan jiwa-jiwa yang selama ini berada dalam kejahilan. Meskipun, dirimu jelas kehilatan masih tidak sihat sepenuhnya, digagahi jua demi menyebarkan mesej Islam kepada bakal-bakal da’ie di tanah air. Seorang da’ie bukan hanya bisa menghamburkan mesej-mesej Islam ketika ia berada dalam keadaan senang, namun ia juga mestilah mampu menempiskan segala kepayahan hidupnya demi melihat kebhagaiaan saudaranya hyang lein dalm mencari kebenaran dalam Islam. SUbhanallah MasAfzal bukanlah sahaja menaburkan jasanya pada mereka yang mengenali dirinya, tapi hasil penulisannya jua telah mberjaya membuat banyak jiwa-jiwa yang jatuh cinta terhadap perjuangan Islam. Subhanallah

Terasa cemburu di hati ini melihat mereka semua berlumba-lumba melakukan kebaikan dan mencari jalan untuk dipermudahkan urusan akhirat mereka. Kadangkala terfikir jualah diri ini, mampukah diri ini beroleh semangat setinggi para pejuang Islam yang sehingga menghembuskan nafas terakhirnya jua, masih teringatkan serta bimbang akan keadaan ummah?

Sekiranya dahulu kita melihat Rasulullah SAW ketika sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, segala-galanya hanya difikirkan untuk kepentingan ummah setelah kewafatan Baginda. Dipohonnya supaya dipermudahkan urusan kematian umat manusia sesudah itu kerana hakikat kematian itu sebenarnya teramatlah menyakitkan. Sebelum menghembuskan nafas Baginda yang terakhir, hanya ummah yang difikirkannya. Bukankah layak bagi seorang Kekasih ALLAH untuk merasa gembira apabila ajal telah menjemputnya? Tiada apa lagi yang perlu dibuimbangkan sesudah itu. Bukankah hidup ini suatu ujian yang menyakitkan bagi pejuang Islam, sebaliknya bagi mereka kematian itu sudah pasti suatu yang dinanti-nanntikan kerana hanya mati yang dapat merehatkan mereka daripada ujian duniawi yang pelbagai itu. Namun, kenapakah Baginda masih perlu bersusah-payah untuk memikirkan soal ummah ketika ajalnya telah tiba??

Tidak lain selain kerana kuatnya cintanya kepada ummah, kepada perjuangan Islam. Subhanallah. Seorang pejuang Islam yang betul-betul mencontohi perjuangan Baginda pasti akan memamhami bahawa sakit dan ujian yang pelbagai itu tidak akan mematahkan semangat mereka sebagai seorang da’ie kerana mereka yakin bahawa susah-payah mereka berjuang di dunia ini hanyalah sesuatu untuk kemudahan mereka di akhirat kelak. Sesuatu sumbangan atas dasar cinta dan kasih saying terhadap Islam dan sesame muslim, kerana dasar ukhuwwah yang kuat meskipun tidak pernah bersua muka

Subhanallah..

Ampunilah jiwa ini kerana telah mengotorkan diri ini dalam keadaan leka ataupun sedar. Izinkan jiwa-jiwa ini untuk dibersihkan supaya usia kami kelak hanya untuk memnambhakan cinta kami terhadap Mu

Sungguh!! Pemergian seorang pejuang bukan sahaja suatu pemergian yang sia-sia tapi inshaALLAH semangat yang ditinggalkan olehnya bakal tersemat rapi pada jiwa-jiwa yang sedang berkobar-kobar untuk menyambut baton peninggalan beliau.

InshaALLAH