Thursday 14 October 2010

Rehat, cuti, bla3..

Assalamualaikum wbt...

إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّهَ
Hari bersilih ganti, sudah lama kiranya ana "berehat" sejenak daripada tugas ana di blog ini..
Benarkah pernah ada istilah REHAT dalam menjalankan tugas seorang da'ie?



Teringat kata-kata seorang pendakwah yang agak terkemuka di tanah air ana, beliau pernah mengingatkan kepada kami semua bahawa tugas seorang da'ie tiada batas dan limit samada dari segi masa,lokasinya, serta apa jua pun. Tidaklah pantas seseorang itu menginginkan rehat bagi dirinya sedangkan dunia di luar itu masih membuntukan khidmatnya sebagai seorang da'ie.
إستغفار اللَّهَ
إستغفار اللَّه

إستغفار اللَّه

Ya ALLAH!!
Aku khilaf ya ALLAH!!

Sungguh...hari-hari terasa kosong apabila kita mereka sendiri istilah CUTI tersebut dalam diari hidup ini. Bukanlah pantas untuk diri ini mereka-reka alasan untuk menidakkan kewajiban diri ini untuk melaksanakan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan di atas bahu ini.

Tugasan yang tiada nilai setara dengannya di dunia ini. Tiada apa yang lebih baik daripada tanggungjawab menyampaikan Ilmu ALLAH.

Teringat kata-kata seorang murabbi, yang susun katanya cukup menyentuh hati dan perasaan ana sebagai seorang insan kerdil di muka bumi ini.

"Tidak mahukah kita mencapai status yang paling tinggi di sisi ALLAH?"

Apakah status itu??
" Ayuh kita semua membina segerombolan yang ingin menjadi RASUL"

haaa... apakah???

"YA!!! Status paling tinggi di mata ALLAH inshaALLAH apabila seseorang itu menjadi seorang rasul.. Kenapa? Kamu tak mahu ke?""

" Rasul seperti apa? bunyinya seperti ajaran Ayah Pin jew ustaz"

" (tersenyum)..Bolehkah nti jelaskan apa definisi rasul itu?"

" hurmm....rasul adalah seseorang yang beroleh wahyu daripada ALLAH dan kemudian bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada seluruh umat manusia yang lain"

"ALHAMDULILLAH... betullah, ustaz yakin nti betul-betul score waktu SPM dulu" (tersenyum)
"So, nti rasa nti mampu tak jadi seorang rasul?"

" Ustaz, bukankah rasul telah tiada, Rasulullah (Muhammad) SAW adalah rasul terakhir, kenapa ustaz berkata sedemikian?"
" Betul, Rasul secara officially nya sudah tiada selepas kewafatan Rasulullah SAW, tapi jika diikut apa yang didefinisikan oleh nti tadi, kenapa nti masih tidak percaya nti juga boleh menjadi seorang rasul. Wahyu ALLAH telah lama kita peroleh dalam keadaan yang sudah cukup sempurna, ALHAMDULILLAH we r the chosen one yang beroleh wahyu ALLAH itu, walaupun bukan secara direct kepada kita. Kalam ALLAH yang berbentuk al-Quran itu sudah tersusun rapi untuk rujukan kita bersama, ALHAMDULILLAH the first part to be a rasul, nti dah complete, so inshaALLAH kita lihat the second part of it pula.."

" ....untuk menjadi seorang rasul, kita perlu menjadi seorang yang tabligh yakni menyampaikan. Bukankah Rasul-Rasul ALLAH dahulu beroleh wahyu kemudian diwajibkan ke atas mereka untuk menyampaikan wahuyu tersebut kepada seluruh umat manusia? InshaALLAH jika nti ada masa rujuklah kembali apa tujuan hidup seorang manusia, bukankah salah satu daripadanya adalah untuk menjadi seorang khalifah yakni seorang yang memakmurkan bumi ALLAH dengan Kalam Nya? ALHAMDULILLAH both parts of to be a rasul, inshaALLAH dah ada dalam diri kita semua, so kenapa kita masih mencari-cari alasan untuk tidak beroleh darjat tertinggi di sisi ALLAH ITU??"

Wallahua'lam