Monday 18 October 2010

Syaitan itu Lemah!!

Assalamualaikum wbt...

Sedarkah kita bahawasanya si syaitan itu sebenarnya hanyalah golongan PENGECUT tahap tertinggi jika dibandingkan dengan hamba ALLAH yang lain yang jelas-jelas lebih berani.

Kenapa ana dengan beraninya mengatakan sedemikian?

Kata-kata ini sebenarnya bukanlah layak dikeluarkan oleh ana sebagai seseorang yang masih baru belajar, sebaliknya ana menceduk kata-kata ini draipada Kalam Nya yang paling agung di muka bumi ini yakni Al-Quran. ALLAH sendiri telah melabel golongan syaitan ini sebagai golongan PENGECUT yang mana ciri-cirinya diperincikan menerusi surah an-Nas


Terdapat 3 elemen penting yang diselitkan menerusi surah an-NAS (surah ke 114); iaitu elemen Ketuhanan (ALLAH) serta sifat-sifatNya, syaitan, serta golongan manusia itu sendiri

ALLAH pada permulaan surah telah menekankan mengenai kepentingan seluruh umat manusia untuk sentiasa memohon perlindungan daripada ALLAH, Tuhan seluruh makhluk. Tuhan yang Maha Pemelihara serta yang Menguasai dan Memerintah manusia seantero alam. Tuhan yang yang disembah oleh seluruh makhluk ciptaan Nya.

Persoalannya perlindungan apakah yang kita pinta daripada ALLAH itu secara specific nya?

Jika para pembaca sekalian ingin mengetahui dengan lebih lanjut, suka untuk ana perjelaskan bahawa kesemua hasil coretan ana dalam entri pada kali ini adalah berdasarkan al-Quran serta tafsirnya (tafsir fi zilaal). Oleh itu, jika kita ingin tahu perlindungan dari apakah yang sedang ALLAH isyaratkan supaya kita perlindungan daripada Nya itu, seeloknya ayuh kita belek tafsir al-Quran dan opelajari ilmu-ilmu agung daripadeanya.

Ayat ke-4 dan seterusnya dalam surah an-Nas ada menjelaskan perihal kejahatan syaitan yang bersifat datang dan menghilang sekaligus membisikkan kejahartan dalam hati manusia. Syaitan itu bukanlah specific kepada syaitan yakni iblis yang fizikalnya sudah pasti tidak kelihatan ol;eh pandangan mata kasar tapi ia juga merangkumi golongan manusia yang bersifat seolah-olah syaitan yang sentiasa mencari-cari peluang untuk membisikkan kejahatan dalam hati manusia yang berada dalam kelalaian dan melupakan ALLAH

Gesaan ALLAH supaya manusia itu memohon perlindungan padea Tuhan yang Memelihara, yang Memerintah serta yang Disembah itu adalah suatu peringatan yang nyata kepada manusia bahawasanya kita seharusnya sentiasa menghadirkan sifat-sifat ALLAH yang Agung itu dalam diri kita supaya kita hanya menletakkan Dia sebagai satu-satunya sandaran yang Agung tiap-tiap kali dirundung masalah daripada source yang pelbagai.

ALLAH ada menekankan 3 sifat Nya menerusi surah ini seolah-olah berbentuk suatu pujukan serta guideline yang paling sempurna kepada umat manusia supaya mereka dapatlah merasakan bahawa ALLAH itu tersangatlah hampir dan dekat dengan setiap makhluk ciptaanNya. Bukanlah layak bagi kita untuk merungut setiap kali dirundum masalah sekiranya kita masih belum berdoa dan berserah kepada Nya terlebih dahulu. Sesungguhnya antara ciri orang mukmin yang sejati adalah tidak pernah bersungut kerana tiada peluang untuk berbuat sedemikian kerana adanya hubungan yang akrab antara dirinya dengan YA Rabb

Ayat-ayat seterusnya ALLAH Perjelaskan pula mengenai hakikat si syaitan serta cara-cara mereka bekerja untuk menjayakan misi mereka untuk mengalahkan umat manusia. Peperangan yang telah meletus sekian lama yang akan terus berterusan sehingga ke hari Qiamat. Masihkah kita ingat bahawasanya syaitan itu telah memohon kebenarana daripad Rabb untuk melancarkan perang yang berterusan terhadap manusia? Menerusi surah al-Isra' (AYAT 61-65) , ALLAH ada menyelitkan sedikit dialog antara syaitan dengan ALLAH, yang membuktikan betapa angkuhnya si syaitan itu terhadap Pencipta nya gara-gara terlalu cemburu dan hasad dengki yang keterlaluan terhadap penciptaan manusia sebagai khalifah ALLAH di muka bumi ini.

Kita sedar bahawa ALLAH sendiri telah memberi kebenaran kepada mereka untuk melancarkan perang kepada manusia kerana pastinya ada hikmah yang terlindung di sebaliknya, bukankah ALLAH itu bersifat Maha Mengetahui :)

Oleh itu, tidak layaklah sekiranya jkita melabelkan ALLAH sebagai bertindak zalim kepada kita apabila sewenang-wenangnya membenarkan syaitan itu secara officialnya mengisytiharkan perang ke atas manusia.

ALLAH tidak pernah meninggalkan kita sendirian meskipun sedetik dalam hidup kita ini tapi sebaliknya manusialah juga yang sering meninggalkan ALLAH dalam segala sesuatu urusan kehidupannya. ALLAH terlalu bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim; meskipun Ia membenarkan si syaitan yang berhasad dengki itu memerangi manusia tapi Dia telah menghadiahkan pula kepada kita semua 3 hadiah yang agung

1. keimanan sebagai perisai

2. zikir sebagai kelengkapan perang

3. doa sebagai senjata

Sungguh!! ALLAH tidak pernah meninggalkan kita. Jika dalam perang yang sebenar, kita perlukan ketiga-tiga aspek seperti di ataas uyntuk membolehkan kita memenangi peperangan itu; kita perlukan perisai, kelengkapan perang serta strategi perang dan senjata untuk memerangi musuh

Kesemua itu telah dibekalkan oleh ALLAH kepada kita semua, oleh itu seharusnya tiada lagilah alasan untuk kita tewas dalam peperangan ini, sebaliknya sekiranya kita meninggalkan salah satu daripada elemen di atas, seharusnyalah kita menyalahkan diri kita sendiri sekiranya kita tewas dalanm pertempuran tersebut

Dari Ibnu Abbas R.A., Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;
"Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia; apabila manusia menyebut ALLAH, maka ia akan mengundurkan diri, dan apabila manusia lalai, ia akan membisikkan kejahatan"

Licik sungguh si syaitan ini, bukankah telah ana jelaskan pada awal-awal entri ini bahawasanya mereka ini adalah golongan pengecut yang sentiasa bersembunyi dan tidak berani mengganggu manusia secara terang-terangan kerana mereka tahu bahawa manusia ini mempunyai perlindungan oleh Tuhan mereka yang Maha Penyayang
Syaitan itu dijelaskan pula secara terperinci oleh ALLAH menerusi ayat terakhir daklam surah an-Nas ini. Mereka ini bukanlah sekadar terdiri daripada golongan iblis yang jelas-jelas dilaknat oleh ALLAH sehingga hari Pembalasan kelak malah ia juga terdiri daripada golongan manusia yang bersifat lalai dan sentiasa melupakan ALLAH sehingga membolehkan mereka dengan sewenang-wenangnya ditawan oleh Syaitan seterusnya menjadi agen mereka dalam membisikkan kejahatan kepada manusia lain.


Syaitan yang terdiri daripada golongan iblis dan manusia ini bersifat dengan kelakuan 'datang dan menghilang' yang menjelaskan kelakuan mereka sebagai lebih suka untuk bersembunyi dan menunggu peluang. Seamdainya ada mana-mana ruang mereka boleh menyelitkan diri untuk membisiikan kejahatan, nmereka tidak akan semudah-mudahnya melepaskan peluang itu untuk membisikkan kejahatan kepada musuh mereka yakni manusia. Ayat ini jelas-jelas menunjukkan kelemahan syaitan itu sendiri terutamanya apabila berdepan dengan golongan manusia yang sedar dan siap-siap mengawal pintu hatinya. Oleh sebab itulah, tiodak dapat disangkalkan lagi bahawa mereka benar-benar bertindak sepertimana yang telah diperincikan oleh Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud;
"Apabila manusia menyebut ALLAH, ia akan mengundurkan dirnya, dan apabila manusia lalai, ia akan membisiikan kejahatan"
Kelemahan syaitan ini sebenarnya boleh dijadikan kekuatan kepada umat manusia dalam usaha memenangi peperangan ini

DAN
INGATLAH BAHAWASANYA...

ALLAH hanya membiarkan syiatan itu menguasai mereka yang lalai dari Tuhan mereka sahaja sedangkan mereka yang sentiasaa mendekatkan diri dan mengingati ALLAH akan terselamat daripada kejahatan dan bsikan syaitan yang jahat ini.

Ingatlah dalam apa jua keadaan pun, si musuh akan sentiasa berstrategi untuk menjatuhklanmu namun ingatlah bahawa sekuat mana pun si musuh, mereka masih berada di bawah Penguasaan ALLAH kerana sehebat mana mereka pun, mereka masih merupakan salah satu ciptaan ALLAH

ALLAH sahajalah sandaran serta kekuatan bagi orang mukmin sebaliknya bagi orang yang lalai, syaitan itu adalah teman sejatinya. Oleh itu, pilihlah di antara dua, jalan manakah yang lebih lumayan ganjarannya di akhirat kelak


Ingatlah bahawa neraka itu sebenarnya diciptakan untuk menempatkan iblis serta syaitan yang ingkar akan perintah Nya semata-mata, tidaklah layak untuk manusia mendudukinya, oleh itu kenapa pula kita ingin meletakkan diri kita ini di tempat yang bukan selayaknya




WALLAHUA'LAM