Wednesday 10 February 2010

hati..hatiku telah dimiliki..

salam wbt

salam ukhuwah fillah..

♥ ♥ ♥ ♥

selalu tak dengar ungkapan tu..
ungkapan mana?
alahai..yg title tu
"hati ini telah dimiliki"
"ku telah serahkan hati ini kepada seseorang"
alahaii..
jiwang karat jer bunyi nya...
hati ini boleh main serah2 ke?
ohh yea?
kita ni pemilik hati itu kah???
ermmmm...
macam mana nak bagi kat orang lain
barang yang kita pinjam..
memang sah2 barang tu
bukan hak milik kita..
hati..
organ dalaman pulak tu..
haishh rumit2...

♥ ♥ ♥ ♥

ok la sebelum berceloteh panjang
marilah kita bersama2
muhasabah diri kita..
n set compas again..
ni entri utk ALLAH..
n..
diharapkan yg membaca pun datang ke sini
atas tujuan yg sama
utk memantapkan taqwa kita kepada ALLAH
kompas..kompas..
cepat set kembali kompas kita..
kalau jarum patah..
cepat2 gantikan yg baru..
supaya hala tuju kita SATU
dan
TAK PERNAH BERBEZA antara satu sama lain
kerana..
kita semuanya mengharapkan redha ALLAH
inshaALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

OK...
jom back to the topic...
ana terjumpa banyak kalimah2
mengenai hati
jzkk kepada semua bloggers
dan
para penda'ei
yg tak pernah lokek
menabur ilmu utk kami semua
kutip dan hayati...

♥ ♥ ♥ ♥

hati itu apa?
di dalam 1 hadis Rasulullah saw
telah menerangkan secara jelas mengenai
definisi hati ini


"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, dia adalah hati."

-
hadis riwayat Imam Bukhari-

♥ ♥ ♥ ♥

wow..
pentingnya hati
kalau macam tu manalah boleh
bila bercinta i nak kasi hati i kat u
u nak kasi hati u kat i..
kalau dapat hati yg buaya darat camne?
alahai...
takde la..
ni secara kasar nya lah..
kerana..
hati ini sebenarnya antara organ yg paling penting dlm jasad kita
sekiranya yg membaca ini
student medic, student bio
4 sure anda tahu kan?
hati tu penting
utk detoxify toxic bla2..
penting kan hati tu?

♥ ♥ ♥ ♥

hati inilah yang boleh guide diri kita
kalau lah hati ini dikuasai
oleh nafsu syahwat,
makanya
anak Adam ini tidak akan lagi bertindak rasional
malah
mungkin lagi teruk lagi
dianalogikan berkelakuan seperti
BINATANG
nauzubillah...

apabila keadaan sebegitu
hati ini telah dikotori..
mulalah terbitnya
sifat2 mazmumah dlm perlakuan kita sehari2
lahirlah sifat rakus, tamak, individualistik,
dan yg paling menakutkan
apabila kita menjadi ANGKUH
sehinggakan utk sujud kepada ALLAH pun
ego kita masih tinggi menggunung
nauzubillah

sifat ini
telah meracuni Qarun..
di mana ada penceritaannya dalam
ayat al-Quran
difirmankan ALLAH
melalui surah
al-Qasas ayat 78

“Qarun berkata, ‘Sesungguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yang aku miliki’.

♥ ♥ ♥ ♥

sedar tak
kadang2 manusia yg bijak pandai
sudah mengikuti jejak langkah Qarun ini
samada kita sedar atau tidak
bila kita mencapai kejayaan...
mula lah lidah melafazkan kata2
dalam keadaan sedar atau tidak

" fuhh lega..nasib baik ak sempat studi sume ni semalam
kalau la aku tak studi topik tu,
mampos la...
tengok ar aku berjaya atas usaha aku sendiri..
sorang2 kat kelas tu pun aku leh dapat result gempak2 gak"

sedar tak kata-kata ini berbaur
riak
dan seolah2 hilang kebergantungan kepada ALLAH
seolah2 semua yg diperoleh
adalah daripada usaha nya sendiri
seolah2 tidak sedar langsung akan nikmat kurniaan ALLAH

♥ ♥ ♥ ♥

tetiba ana teringat 1 cerita..
di mana orang bercakap2 di luar sana

"kenapa kamu tak ikut dakwah A sedangkan
kamu tahu kamu di jalan yg benar?"

"aku memerlukan bantuan daripada pihak B..
hanya pihak B yang berkuasa di negara kita ini..
aku takut jika aku stop menyokong B,
anak bini aku nafkahnya tergantung..
aku ni orang susah
korang orang kaya2 ley la
nak gi dakwah mane2 pun
aku hidup pun bertumpangkan ehsan kerajaan je...
keluarga aku dari anak2 aku kecil
aku tak mampu menyara mereka
mujurlah ada subsidi kerajaan ni..
aku tak mahu bantuan itu terputus"

ini kisah benar
rata2 orang telah mensyirikkan ALLAH dalam keadaan tak sedar
mereka seolah2 melabel
kerajaan sebagai punca rezeki mereka
seolah2 sekiranya mereka memilih jalan hidup yang lain
pintu rezeki mereka akan di block
ok2..
set kembali kompas kita
SaYaP
Shift Your Paradigm
janganlah kita ini
penampilan dan perbuatan
dirasakan memang sah2 ahli syurga
tp..
kerana
ketidaksedaran pada perkara yg dianggap remeh temeh ini
kita pula menjadi golongan yg kufar
mereka ini di manakah tempatnya di akhirat kelak??
nauzubillah..
sekadar share je la..
sebab kerajaan, mk ayah kita, sponsor kita
mereka tu bukan pemberi rezeki kita
ALLAH la pemberi rezeki kita
so..
jgn takut
kalau kita berasa jalan yg dipilih adalah jalan kebenaran
hold urself tightly
jgn lepaskan tali ikatan itu dari jalan ALLAH

"sesungguhnya Allah telah membeli diri orang2 mukmin, diri, harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka" (At Taubat 111)


so berbahagialah kita
hanya ALLAH yg perlu kita takut
bukan pada manusia2 yg tiada 1 pun
dapat menandingi kekuasaan ALLAH
kenapa??
kerana secara logik la
kalau nak guna akal sangat
hanya pencipta je tahu macam mana nak ctrl, nak hidupkan,
matikan, hidupkan kembali
jasad2 yg dicipta
so...
kita mampu ke buat semua tu
tak kan?
so terbuktilah
walaupun kita PM
kita ni MB
presiden
JKKK
penghulu
pengarah
semua tu cuma kuasa2 kecil yg ALLAH bg..
kuasa yg terbesar
hanya ada pada-Nya

♥ ♥ ♥ ♥

Dalam surah Al-A’raf ayat 179 Allah berfirman,
“Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam kebanyakan dari jin dan juga manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak gunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah).Mereka adalah seperti binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat daripada itu. Mereka adalah golongan yang lalai.”

♥ ♥ ♥ ♥

nauzubillah..
tak nak...
ana nak kita punyai hati
dan kita sentiasa bersihkan ia
supaya setan2 pun tensen ngn kita semua
kalau tak cukup bersih
gunalah klorox lak
analogi je tu
macam mana nak bersihkan hati?
mesti semua dah sedia maklum
banyak cara nya
antaranya lah..
zikrullah..
sentiasa membaca al-quran
sentiasa membaca basmallah
sentiasa ingat akan mati
sentiasa ingin mencontohi sifat teladan Rasulullah
dan para nabi
banyak caranya
:)
ALLAH suruh kita jaga hati
sekali lagi
ALLAH tak tinggalkan kita camtu je
ALLAH banyak bagi tips melalui al-Quran
bacalah..hayatilah.. :)

♥ ♥ ♥ ♥

Mengikut Imam Al-Ghazali,
hati mempunyai empat sifat:
1)sifat kebuasan
2) kebinatangan
3)kesyaitanan
4)ketuhanan
Apabila hati dikuasai perasaan marah
ia merangsang manusia melakukan perbuatan
seumpama binatang buas,
contohnya bermusuhan,
bersengketa,
menyerang
dan
memaki hamun.

Lihatlah tindakan kaum Nabi Ibrahim
selepas baginda menyampaikan risalah Allah kepada mereka.

Dalam surah Al-Anbiya ayat 68
Allah berfirman yang bermaksud,
“Mereka (kaum Nabi Ibrahim) berkata, ‘Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar
hendak bertindak’.”

Ketika itu kaum nabi Ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

♥ ♥ ♥ ♥

dan..
musuh kita yg paling nyata
sudah pastinya syaitan
ia meranggut semua sifat2 manusiawi yg baik
dan
memenuhi hati ini
dengan sifat2 utk membawa manusia jauh dr
jalan ALLAH
antara contoh2 nya
dah disebut kat atas
ni top up la cket...

  • Kecintaan kepada perhiasan dan harta benda.
  • Pergantungan kepada manusia.
  • Gopoh gapah dan terburu nafsu.
  • Kecintaan kepada dinar, dirham dan emas (wang ringgit).
  • Sikap kedekut dan bakhil.
  • Fanatik mazhab dan kelompok.
  • Berfikir tentang zat, sifat dan af’al Allah tanpa ilmu.
  • Sikap mudah berburuk sangka terhadap orang-orang Islam.” (Ihya Ulumuddin)

  • sebab tu lah
    kita selalu dipesan
    supaya sentiasa berbaik sangka kepada semua
    :)
    berburuk sangka tu agenda syaitan lah!!
    jom kita avoid..
    inshaALLAH

    ♥ ♥ ♥ ♥


    Di zaman nabi seorang lelaki telah bertanya nabi,
    “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?”
    Nabi menjawab,
    “Mereka ialah orang mukmin yang berhati makhmum.”
    Orang itu bertanya lagi,
    “Apakah hati yang makhmum itu?”

    Nabi bersabda,
    “Ia adalah hati yang bertakwa lagi bersih yang tidak ada dalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan hasad.”
    Hadis riwayat Ibn Majah
    dan bertaraf sahih

    Hati yang bersih amat ditakuti oleh syaitan.
    Nabi pernah bersabda,
    “Tidak berjalan Omar di suatu lorong melainkan syaitan akan memilih jalan yang lain (agar tidak bertembung dengan Omar).”
    Hadis riwayat
    Imam Bukhari dan Muslim.

    ♥ ♥ ♥ ♥


    Wahai hati, renungilah..
    Jangan kamu mencintai dunia, sungguh ia adalah dosa besar di sisi tuhanmu. Dan tanda2 cinta dunia itu sangat mudah dilihat:
    1. Menganggap beribadah kepada Allah sebagai beban.
    2. Menganggap menuntut ilmu syariat(fardhu ain) sebagai kegiatan yg menyusahkan.
    3. Menganggap bersedekah dan beramal itu adalah pembaziran.
    4 Berasa susah hendak bangun pada akhir malam bagi mengerjakan solat.
    5. Menganggap membayar zakat itu mengurangkan kekayaan.
    6. Menganggap harta dan kekayaaan sebagai milik peribadi.
    7. Menganggap bekerja setiap hari sebagai usaha membina kehidupan.

    "Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: Ketika seorang hamba melakukan dosa, timbul satu noktah hitam di hatinya. Apabila dia terus berbuat dosa, noktah hitam itu semakin banyak lalu menutup hatinya sehingga ia menjadi karat."
    hadis riwayat
    Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi.

    ♥ ♥ ♥ ♥

    so..
    apa lagi nak tunggu...
    jom lah kita sama2 memelihara hati ini mulai sekarang
    kalau dah terserah hati kat mereka yg tak layak
    minta la balik
    kerana hati tu kita pinjam
    dan jangan lah kita pulangkan ia
    dalam keadaan yg telah kotor...
    pulangkan ia sebagaimana
    sewaktu brg itu dipinjamkan kepada kita
    barulah makin indah
    erti sebuah pinjaman itu
    simbiosis
    ALLAH da bg pinjam kat kita hati tu
    kita pulangkan dalam keadaan baek
    walaupun
    baek buruk hati itu
    manfaatnya untuk kita
    bukannya rugi bg ALLAH itu jika
    hati2 itu telah kotor
    yg ruginya kitalah
    so..
    janganlah find excuses lagi..
    kita jangan berlengah2 lagi
    mungkin inilah saat2 terakhir yang kita ada
    tp
    sesungguhnya
    kita berusaha utk membersihkan hati ini
    inshaALLAH amiiiin

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ni ada sy selitkan doa rabitah
    antara doa penyuci hati..
    inshaALLAH

    Doa Rabitah

    Sesungguhnya Engkau tahu
    Bahawa hati ini telah berpadu
    Berhimpun dalam naungan cintaMu
    Bertemu dalam ketaatan
    Bersatu dalam perjuangan
    Menegakkan syariat dalam kehidupan

    Kuatkanlah ikatannya
    Kekalkanlah cintanya
    Tunjukilah jalan-jalannya
    Terangilah dengan cahayaMu
    Yang tiada pernah padam
    Ya Rabbi bimbinglah kami

    Lapangkanlah dada kami
    Dengan karunia iman
    Dan indahnya tawakkal padaMu
    Hidupkan dengan ma'rifatMu
    Matikan dalam syahid di jalanMu
    Engkaulah pelindung dan pembela

    Ya Rabbi bimbinglah kami...

    ♥ ♥ ♥ ♥

    Sekian buat kali ini
    ada urusan yang muncul secara mendadak
    inshaALLAH bertemu lagi di lain waktu
    apabila ALLAH gerakkan hati ini utk menulis lagi..
    salam wbt
    wallahua'lam
    segala salah silap, ana mintak maaf
    kerana ia nya didasarkan atas kekurangan ilmu ana
    segala yang baik semua nya datang dr ALLAH :)

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥

    ♥ ♥ ♥ ♥