Wednesday 27 January 2010

"Wahai Rasulullah saw,izinkan aku untuk melakukan zina"

salam wbt..
topik ni tajuk die agak weird..tp amek la mase u scanning n skimming diz post...kerana inshaALLAH anda tidak akan rugi...
leh muhasabah diri inshaALLAH

post asal dicopy from kak nik (surrey)
tp telah diedit di part **

Imam Ahmad telah meriwayatkan dari Abu Umamah,bahawa ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah saw, seraya berkata,

يا رسول الله ائذن لي بالزنا ، فأقبل القوم عليه فزجروه و قالوا : مه مه ! فقال : ادنه ، فدنا منه قريبا قال : فجلس ، قال : أتحبه لأمك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأمهاتهم ، قال : أفتحبه لابنتك ؟ قال : لا والله يا رسول الله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لبناتهم ، قال : أفتحبه لأختك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لأخواتهم قال : أفتحبه لعمتك . قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : و لا الناس يحبونه لعماتهم ، قال : أفتحبه لخالتك ؟ قال : لا والله جعلني الله فداءك ، قال : ولا الناس يحبونه لخالاتهم ، قال : فوضع يده عليه و قال : اللهم اغفر ذنبه و طهرقلبه و حصن فرجه . فلم يكن بعد ذلك الفتى يلتفت إلى شيء


"Wahai Rasulullah saw,izinkan aku untuk melakukan zina"
,Maka sejumlah orang terus menghampiri pemuda itu dan memarahinya, mereka berkata,"Diam kamu!" Maka berkata Rasulullah saw, "Dekatkan lah pemuda itu (kepadaku)" Lalu beliau berkata kepadanya, "Duduklah!" Maka pemuda itu pun duduk.

"Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab, "Demi Allah, tidak.Semoga Allah menjadikanmu sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda, "Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka ibunya berzina dengan orang lain."


"Apakah kamu suka seorang berzina dengan anak perempuanmu?" tanya Rasulullah saw.Pemuda itu menjawab,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu" Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka anak perempuannya berzina."


"Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudari perempuanmu?" Tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab, ,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu".Rasulull ah saw berkata,"Begitu pula orang lain,tidak ada orang suka saudari perempuannya berzina dengan orang lain."


"Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuan ayahmu?" tanya Rasulullah saw. Pemuda itu menjawab,,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu".Rasulull ah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudara perempuan ayahmu berzina dengan orang lain."


"Apakah kamu suka seseorang berzina dengan dengan saudara perempuan ibumu?"
.Pemuda itu menjawab,,"Demi Allah,tidak.Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu". Rasulullah saw bersabda,"Begitu pula orang lain,tidak ada yang suka saudari ibunya berzina dengan orang lain"

Lalu Rasulullah saw meletakkan tangan beliau keatas tubuh pemuda itu,sambil berdo'a:"Ya Allah ampunilah dosa-dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya" Perawi berkata,"Setelah kejadian tersebut,pemuda itu tidak lagi menoleh kepada sesuatu apa pun (yang diharamkan). (Hadis Riwayat Ahmad,disahihkan oleh Syaikh al-Arna-uth)



** kita bukan sahaja diharamkan u melakukan zina..
namun menghampirinya sahaja adalah suatu yg dilarang dalam ISLAM


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Allah berfirman:"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk" (Al-Isra' 17:32)


** seperti mana kita sygkan saudara mara kita, ibu kita yg utama, saudara mara prmpuan lain..begitu juga mereka dikasihi oleh ahli keluarganya..
so patut kah kita mmbawa mereka ke jalan kemungkaran..lembah kehinaan yg pling dibnci shinggakan kelak mereka dilaknat ALLAH (kamu juga sekiranya kamu melakukannya)
so kenapa kita nk berzina/mghampiri zina sdgkn kita pun tak nak saudara mara kite, ibu kita or anak kita kelak ttbe je ditangkap kerana berkhalwat/berzina...nauzubillah
kalau kite syg ppuan2 yg ade hubungan pertalian darah dgn kita; esp ibu kita
jgnlah kita senang2 nak amek saudara perempuan org lain n mmbawanya ke lembah maksiat..
jgn lah kite pegang/sentuh seorang ppuan itu kerana ingatlah ia adalah anak kepada seorg ibu yg sgt mnyayanginya, kakak/adek kepada saudara2 yg menyayangi nya...n ia bakal ibu kepada anak2 yg sgt2 mncintai nya..
so jgn lah menyentuh seorg wanita itu kerana 1 sentuhanmu padanya telah mendekatkan diri kamu ke arah zina
n sesungguhnya setiap umat islam itu bsaudara
spt mne kamu marah apabila saudara ppuan mu disentuh atau lagi teruk dicabuli..
begitu juga harapan keluarga perempuan yg tgnnya kamu sentuh itu...
kalau tanak percaya kapel tu haram pn, nak wat camne kan
tp fikir simple je la
kita marah bile org tackle adek kita..apatah lagi mak kite...
so jgn ngader2 nak tackle anak perempuan org lain kerana kapel tu pun salah 1 dr pkare yg mndekati zina
zina yg pling org tak nampak..zina hati
n dr hati ia akan merebak
lg parah dr virus HIV..lg cpt dr segala jenis virus yg ader di muke bumi ini
jgn lah sehingga zina yg terdashyat blaku n kamu masih tidak sedar,...
tu saudara islam kamu juga
jg lah pandangan mu dr mereka
jgnlah suke2 hati sentuh anak dara org..
bpuasalah kalu tul2 xdpt thn nafsu sgt...
sbb tu saudara kamu..saudara islam
dlm islam ikatan perhubungan islam ni lagi pekat ikatannya dr hubungn kkeluargaan
so lau kamu tanak adek2 kamu disentuhi..hormatilah adek2 perempuan org laen jua
malah perlu dihormati plus2...
kerana ia saudara 1agama mu...
jauhilah zina...



wallahua'lam
jkk