Friday 22 January 2010

dOa naBi YunUs a.s sebaGai amaLan kitA ;) part 1

لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٧
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)
doa nabi Yunus dlm perut ikan Nun [21:87]

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan.

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Jadi, jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan, maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan melapangkan segala kesempitan kita.


**
sentiasa lah kita berusaha untuk berdoa kepada ALLAH
bukan sahaja ketika kita berada dalam kesempitan tapi apabila kita berada dalam kesenangan
kerana doa orang mukmin yg berterusan adalah satu perbuatan yg ALLAH sukai
oleh itu, janganlah kita lokek untuk mendoakan kawan2/saudara2 mukmin kita juga
usahlah mengheboh2kan doa anda untuk nya
kerana antara doa2 yg dimakbulkan ALLAH adalah doa seorang mukmin kepada saudaranya tanpa orang itu mengetahuinya..
subhanallah...
oleh itu ingat lah setiap apa yg kita lakukan sembunyi or orang tahu, ALLAH Maha Mengetahui
hanya keredhaan-Nya yg kita inginkan
namun zalimlah kita andai kita cuba berlumba2 untuk menyelamatkan diri kita semata2 tanpa menyelamatkan/mendoakan umat islam yg lain...
sedangkan di dalam al-fatihah yg kita baca sekurang2nya 17kali setiap hari dalam setiap solat fardhu, kita bukan setakat mendoakan diri kita malah kita mendoakan mereka2 saudara kita yg laen jua
cth yg nyata dalam surah al fatihah potongan ayat 7:
tunjukkanlah KAMI jalan yg lurus