Monday 17 September 2012

Surat Cinta Untuk Sahabat.




Assalamualaikum wbt

Orang yang sedang hangat bercinta, sangat bahagia bila kekasih hatinya itu sentiasa melayannya siang dan malam
Sentiasa menemaninya ketika suka dan duka
Bila susah, contact je, terus zasss muncul
Bila happy, itulah orang pertama yang di-call nya (family after that.. NEXT!)

Bila bergaduh, nanges sampai sanggup bengkak-bengkak mata
Bila kekasih merajuk, sanggup di-topup-nya berpuluh-puluh hengget hanya untuk memujuknya
Katanya lautan api sanggup ku renang, demi adinda seorang!
OWWW Sweeeetnye! 

Ye la awak..
Memang lautan api yang sanggup awak renang
Sebab awak tahu tak couple yang contact 24/7, sayang segala bagai tu adalah HARAM
and bila awak buat perkara yang Allah dah Haramkan, jelas-jelas awak berdosa
Bila awak berdosa, awak kena cepat-cepat bertaubat
Kalau tak, nanti memanglah awak kena celur dan panggang betul-betul dalam api yang awak nak renang sangat tadi tu. huhu
Bukan sekejap awak.
Kulit terbakar sekali, digantikan Allah dengan kulit yang baru, dibakar lagi, berulang-ulang kali
Kita, kena seterika sikit pun, dah melecur, dah ala-ala trauma, tak nak sentuh iron tu lagi.
Awak pula, sanggup terjun ke dalam api (neraka) tu pulak demi cinta dunia yang sementara ni?

**
“Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami GANTIKAN untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasakan azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (An-Nisa’: 56)

Allahu Allah

Okay, awak cakap sebab awak tiada orang lain selain dia.
Okay, saya faham, seriously saya faham, sunyi sangat hidup sorang-sorang.
Mungkin saya dan kawan-kawan yang lain yang salah sebab kami kurang concern pasal awak. Banyak hak awak yang kami belum tunaikan. Maafkan kami. 
Tapi, awak...
Saya just nak cakap, manusia ni kadang-kala je boleh menjadi pendengar dan penasihat yang tegar. Tapi bukan sepanjang masa. Adakalanya awak ada masalah dan awak nak share dengan saya, tapi saya tengah tidur. Kadang kala awak text saya, saya tengah kena mandikan anak-anak. 
Ya, saya salah. Tapi, kami manusia biasa, kami juga disibukkan dengan kehidupan kami sendiri
Bukankah kekasih awak juga macam tu? Takkan kekasih awak tak pernah tidur ataupun ada kerja lain... Confirm ada kan? Kecuali kalau kekasih awak tu imaginary friend awak je.. hurm aci ke camtu? huhu

Awak..
Jangan merajuk ya
Jangan jadikan alasan tiada tempat bergantung untuk ber-couple
Jangan jadikan alasan hidup seorang diri itu sebagai tiket untuk bercinta (sebelum nikah)

Sebab sebenarnya saya nak perkenalkan awak kat "SOMEONE" yang akan sentiasa ada bila awak susah dan senang
Akan sentiasa temankan awak dunia dan akhirat
Akan sentiasa jadi THE BEST LISTENER EVER until you don't need any other person in this world to replace "HIM"

and by the way, 
saya lupa nak bagitahu
Dia Sayang awak sangat-sangat
Dia nak Bahagiakan awak sangat-sangat
Dia Mahu awak berjaya dunia dan akhirat
Dia sangat Concern pasal awak, everything pasal awak, Dia Tahu

Betul saya tak tipu

Dia Busy sangat-sangat!!!
Tapi saya janji, saya yakin sangat-sangat, Dia takkan pernah tinggalkan awak sorang-sorang

Saya janji tu.

Siapa Dia?

Dial-lah Allah yang telah Maha Menciptakan dan Memiliki segala sesuatu.

"Semua yang ada di langit dan bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.." [55:29]

KekuasaanNya tiada batas. Unlimited. Everyone can share His love, if u want to. But, u dont have to worry, u will always gets His attention, if u love Him more than everything else in this world.



Ouh, trend kini, kalau awak bercinta alam maya, orang yg awak tak pernah jumpa, mesti one day, ada simpan cita-cita nak jumpa keaksih tak halal awak tu kan? 
Awak mesti rasa tak syok kalau bercinta tapi tak pernah jumpa si dia kan?
Awak tahu tak Kekasih awak ni pun awak boleh jumpa. Walaupun sekarang awak tak 'nampak' Dia.

Betul ni, awak nak jumpa Dia tak?

Jom la awak, kita kena struggle, kita kena jadi hambaNya yang betul-betul beriman dunia akhirat. Kita aim to capai rahmatNya yang paling besar, iaitu untuk ke syurga. Untuk bertemu dengan Dia dan kekasih AgungNya, Rasulullah SAW. 

Itulah kisah cinta yang paling kekal abadi.

Because we are never alone.




wallahua'lam

p/s: awak, saya pun nak bercinta dengan Dia (Allah), boleh kan? :)
i love u fillah. and i want u and me to be in Jannah, one day insyaAllah. Please doakan and please nasihatkan saya jika saya salah. Seriously, I need that.




Jom kita sama-sama ubat hati kita, awak.
Sebab hati saya pun kadang-kadang merintih sakit juga awak.
Awak, tolong saya eh?



Tak tahu ada x sanggup baca entry terpanjang ni. Harap kalau ada, biarlah ia bermanfaat walaupun sedikit. Wallahua'lam