Monday 17 September 2012

Couple? TIDAAAAAAAAAAAAAAAKKK! :)



Orang yang pernah couple kemudian end-up berkahwin dengan orang lain, jauh di sudut hatinya akan rasa MENYESAL;




- Menyesal kerana cinta pertamanya telah diberikan pada orang yang salah. Pasangannya yang halal kini mendapat cinta second han
d yang direcycle kembali nampak seperti baru. Tetapi tidak se-fresh cinta pertama dulu yang menggamit seribu kenangan.

- Menyesal kerana tidak adil pada pasangannya kerana memberi hati yang ada kesan parut luka lama.

- Menyesal kerana telah memberikan sepenuh hati pada orang yang salah, sedangkan awal-awal lagi sepatutnya disimpan pada orang yang betul.

- Menyesal kerana cinta dalam hati tidak sebening air mata air, tidak sepure, tidak se-excited, tidak seperti cinta yang pernah diberikan dulu-dulu.

Namun, beza paling besar yang dirasakan setelah berkahwin adalah tenangnya hati yang tidak pernah dirasakan sewaktu bercouple. Tidak perlu tipu diri sendiri mengatakan hati rasa tenang tenteram waktu couple. Tenang rekaan diri sendiri semata-mata. Bukan rasa tenang yang Allah datangkan ke dalam hati.

Jadi, adik-adik atau sesiapa sahaja yang belum pernah bercouple yang baca mesej ini, jagalah cinta pertama masing-masing untuk diserahkan pada orang yang betul dan halal lagi teristimewa. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.

- Syabab Musafir Kasih