assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
Jika bjumpa dgn kanak2,
anggaplah kanak2 itu lebih mulia drpd kita,
kerana
kanak2 ini belum banyak membuat dosa daripada kita
♥ ♥ ♥ ♥
apabila bertemu dengan se0rang tua
anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana
dia sudah lama beribadat kepada ALLAH;
♥ ♥ ♥ ♥
apabila bertemu seorang alim,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita,
kerana
ilmunya lebih banyak dan ia lebih mengetahui;
♥ ♥ ♥ ♥
apabila melihat orang jahil,
anggaplah dia lebih mulia daripada kita
kerana
mereka membuat kesalahan dalam keadaan jahil
tapi kita
berbuat sesuatu kesalahan dalam keadaan mengetahui
wallahua'lam