bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
apakah hukumnya kita wish merry christmas or merayakan festival2 keagamaan2 agama lain??
Q: adakah haram jika niat sebenar adalah untuk merapatkan hub silaturrahim dengan non-muslim? bukankah segala2nya bergantung pada niat?
A: (by DR Zakir Naik. peace TV)
wish merry christmas adalah haram kerana once we wish it indirectly we agreed wif wht non-muslims think christmas dianggap sbg tarikh kelahiran nabi Isa a.s yg diyakini oleh mereka sebagai anak kepada Tuhan
so... jika kita terikut2 dengan budaya barat senang2 melafazkan kata-kata merry christmas konon-konon untuk merapatkan hubungan silaturrahim namun sebenarnya secara tak langsung kita telah mengiyakan fahaman mereka itu bukankah ianya salah di sisi syarak?
mengakui bahawa ALLAH itu mempunyai anak telah memesongkan akidah seorang muslim itu sendiri sedangkan jika difikirkan secara logik, anak hanya akan dimiliki setelah ada kemahuan seks ianya seolah-0lah menghina ALLAH yang Maha Suci sekaligus menafikan sifat2 mulia yang wajib ada pada ALLAH
nauzubillah
sekiranya betul tujuan anda untuk rapatkan hubungan silaturrahim\ ingatlah matlamat tak menghalalkan cara jadi, seandainya suatu ketika kita perlu untuk minum arak, berjudi, buat maksiat semata-mata untuk rapatkan hubungan silaturrahim adakah ianya jua turut dimaafkan dari segi syarak?? jika begitu, makin ramai lah yang akan terpesong dari agama Islam makin hancurlah ummah
wallahua'lam
Tuesday, 30 March 2010
assalamualaikum... sesiapa yang berminat untuk dapatkan slide asal POP surrey 2010 sila ke http://drop.io/popsurrey
mtk maaf atas segala salah silap dalam notes sblum ini baek dan buruk semuanya datang dr ALLAH namun segala kekurangan itu disandarkan pada kelemahan diri ana yang lemah lagi hina ini
harap maaf kepada saudara Akmal Amri, penerangan anda sudah cukup jelas. jika dengar audio, memang banyak part ana tak sempat copy..tp ana post sbb ade permintaan..(1st ckp nak wat on9 talk, tp xberjaya on dat day, so ana ganti dgn notes tu)
Monday, 29 March 2010
assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
jazakallahu khair kepada ustaz erfino atas input-input yang bermanfaat semoga ilmu-ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain ini dapat menjadi saham kepada golongan-golongan pendakwah sebagai jaminan setelah terputusnya roh daripada jasad setelah terputusnya hubungan di antara dunia dan akhirat
♥ ♥ ♥ ♥
kita seringkali menuding jari kepada orang lain apabila berlakunya suatu musibah dalam masyarakat apabila kerajaan mulai longlai nyaris-nyaris jatuh tersungkur sujud ke tanah banyak pula kedengaran suara-suara sumbang yang mula menghentam pihak-pihak tertentu masing-masing menolak kesalahan yang pada asalnya ada di bahu mereka kepada orang lain
kenapa kita menjadi manusia yang hina itu bukankah segala-galanya berasal daripada kesalahan kita tidak pernah mengenal erti sebenar sebuah kehidupan tidak pernah meluangkan masa untuk merenung kembali saat-saat naik turunnya islam pada suatu ketika dahulu mungkihkah jua kita seolah-olah menidakkan sunnatullah menafikan bahawa islam akan tertegak jua pada akhirnya
jika difikir secara logik bukankah seorang penulis skrip sesuatu drama itu akan menghasilkan penutup yang "happy ending" di setiap drama nya supaya oenonton tidak lah terlalu jemu setelah episod demi episod ditonton akhirnya penyudahannya sangatlah tidak memuaskan sudah semestinya akan kedengaran suara-suara sumbang yang akan mengkritik hasil kerja mereka itu lagi? oleh kerana penulis skrip/pengarah memiliki sepenuhnya hak cipta terhadap karya yang dihasilkan nya, segala apa yang mereka inginkan adalah tidak mustahil untuk dilaksanakan.. bukankah begitu?
jadi adakah mustahil apabila ALLAH telah menjanjikan kepada umat manusia sesungguhnya suatu ketika Islam akan tertegak kembali keran ia adalah sunnatullah peraturan ALLAH yang jatuh akan naik kembali jadi.. mestikah kita ragu-ragu dengan kenyataan itu? mahukah kita bergerak bersama-sama mereka yang sedang bertungkus lumus bekerja untuk melayakkan diri mereka mendaoat keberkatan itu
sesungguhnya dalam isu Palestine, apa yang terpenting bukanlah untuk mendapatkan keamanan itu tapi sebenarnya yang terpenting adalah untuk meletakkan diri kita, diri umat Islam sebagai orang yang layak untuk menerima keberkatan ALLAH itu kerana Palestine itu disebut berulang-ulang kali dalam risalah teragung ALLAH kepada umat nabi Muhammad SAW (al-quran) bahawa Palestine adalah sebuah negara yang diberkati ALLAH ( barakna )
tips-tips pintar telah diberikan dan diterangkan secara jelas oleh scholar islam ; Ibn Khaldun
♥ ♥ ♥ ♥
- The strength of the sovereign (al-mulk) does not materialize except through the implementation of the Shariah ….
- The Shariah cannot be implemented except by the sovereign (al-mulk).
- The sovereign cannot gain strength except through the people (al-rijal).
- The people cannot be sustained except by wealth (al-mal).
- Wealth cannot be acquired except through development (al-imarah).
- Development cannot be attained except through justice (al-adl).
- Justice is the criterion (al-mizan) by which God will evaluate mankind.
- The sovereign is charged with the responsibility of actualizing justice (Muqaddimah (M): 39; Rosenthal's translation (R): vol. 1, 80).
♥ ♥ ♥ ♥
sekiranya dilihat sekarang, di manakah level kita? jika ana pandang kembali sejarah di negara ana sendiri, ana tertanya-tanya di manakah kesilapan kita bagaimana sesebuah negara itu ingin melayakkan diri untuk mendapatkan keberkatan ALLAH itu? walau bagaimana pun tingginya ilmu di dada, namun jika tiada kuasa apalah gunanya bagaimana untuk menegakkan syiar islam apabila tiada kuasa kerana setinggi-tinggi penilaian kepada sesebuah kerajaan itu adalah apabila tertegakkan syiar islam dalam segala apa urusannya namun bagaimanakah untuk kita mendapat kuasa apabila semua orang bersikap acuh tak acuh? apabila umat islam sendiri bertindak sebagai musuh kepada para ulama' apabila umat islam sendiri memberi ruang kepada orang kafir untuk menang dalam perang psikologi mereka umat islam, bangkitlah!! ini bukan masa bermain-main dunia ini sekadar ujian kepada kita ia tidak lah sesuatu yang utama dalam hidup kita sedangkan akhirat yang kekal selama-lamanya yang ingin kita tujui sesungguhnya seorang musafir tidak dapat untuk berhenti berehat terlalu lama di suatu tempat persinggahan kerana pasti akan tiba jua saatnya dia perlu bangkit dan meneruskan perjalanannya menuju ke destinasi sebenarnya
♥ ♥ ♥ ♥
fikirkan lah apa sebenarnya destinasi yang anda ingin tujui? mungkinkah ia suatu yang dapat dinilai dengan kebendaan? dapat dicapai dengan pancaindera ataupun sesuatu yang nilainya tertinggi di pandangan ALLAH (syurga)
wallahua'lam
♥ ♥ ♥ ♥
namun.. apalah guna nya ada sokongan ramai, jika tiadanya harta tiadanya dana berakhirlah kerajaan itu apabila dana-dana tidak mencukupi adakah tinggi sesuatu kerajaan yang menang di hati rakyat namun tidak diiktiraf di mata semua kuasa-kuasa tertinggi dunia? kerajaan itu cuma menunggu waktu jatuh sahaja apabila tiba saat jatuh, maka jatuhlah ia
namun.. jangan bersedih kun fayakun apabila ALLAH mahukan sesuatu itu sebegitu, maka tiada apa jua lah yang dapat menghalangnya daripada terealisasi... inshaALLAH usaha yang dijalankan kini adalah untuk melihat tertegaknya islam itu kelak jika bukan dapat dilihat oleh pancaindera kita ini mungkin jua ia akan terlihat pada pandangan mata generasi-generasi pewaris kita kelak inshaALLAH generasi itu adalah generasi yang datangnya daripada kita... dari seorang individu muslim lahirlah keluarga muslim jadi tidak mustahillah jika bukan kita yang berpeluang melihat kebangkitan Islam itu doakan lah semoga anak-anak kita, cucu-cucu kita mampu melihatnya bukan sekadar melihat tetapi bersama-sama turut serta di jalan ALLAH
AMIINNN...
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesu...ngguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu). (Al -Ahqaf [46] : 15)
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
Antara fateh dan kamal
Sejarah
Apa kata ALLAH?
1.Kisah nabiMusa yang diulang2
-Yusof ayat 111
·“dan sesungguhnya kisah mereka memberikan pengajaran kepada mereka yang berfikir”
-Al-fath :23
·Berkaitan dengan sunnatullah yang berlaku sejak suatu masa lampau; tidak dapat diubah; peraturan2 ALLAH
Apabila sesuatu yang berada di luar kebiasaan bagi kita, kita tidak dapat menilai erti sebnar di sebalik sesuatu ; berada di kepompong yang lama; ---à shift ur paradigm (saYaP)
A.Kerajaan Turki Uthmaniyyah
·Ottoman Empire; pengasas Sultan Osman Gazi (1299-1324)
·Bukanlah da only khalifah pada ketika itu; bukanlah suatu kerajaan yang yang besar
a)Mewujudkan kuasa Islam lain di Andalus & Mammalik di Mesir
b)Meletakkan Islam sebagai asas untuk memartabatkan kedaulatan kerajaan itu
c)Menubuhkan jawatan Shaikh al-Islam
·Sultan Selim I Yawuz ( 1465-1520); perluasan kuasa
a)Serang kerajaan Mamalik yang bekerjasama dengan pihak musuh
·Sultan Sulaiman al-Qanuni ( Sulaiman the Magnificent)
a)Khalifah islam di seluruh dunia; sehinggakan namanya disebut2 dalam khutbahdi banyak tempat di seluruh dunia
Flashback
Perang Ahzab/perang khandak;
hadith Rasulullah : “ sesungguhnya kota Constantinople akan ditawan dan akan dibebaskan; ketua yang mengetuai tentera itu adalah ketua yang terbaik dan tentera yang mengikutinya adalah sebaik2 tentera.” – sebagai motivasi kepada umat Islam
1453- Sultan Muhammad al-Fateh;mengetuai serangan ke Constantinople; dan Berjaya menawan kota itu – refer to video Youtube “the rise of Ottoman Empire”
Berjaya membawa 60 buah kapal merentasi gunung; melakukan sesuatu di luar jangkaan pihak musuh; mustahil untuk memindahkan kapal2 yang besar dan berat itu merentasi gunung2
Kejatuhan: apabila manusia (umat Islam ) mula menjauhkan diri daripada syariat ALLAH
Faktor2 terbesar kejatuhan Turki Uthmaniyyah
a)Sumbangan Mahmmed b. Bangi (1522-1573); seorang ulama’ pada masa itu; pendekatan yang sedikit keras; menetapkan setiap apa yan Rasulullah SAW tak buat sebagai bida’ah; mewujudkan banyak yang menentang
Membantah polisi kerajaan; menidakkan segala perbuatan orang lain itu betul; hanya kuasa kerajaan yang betul -à mewujudkan perpecdahan ummah
Apa kaitan dengan kita? –kerajaan kita? Kita?
b)Kebangkitan kuasa serantau; banyak wilayah cuba untuk keluar daripada jajaahan Turki Uthmaniyyah
c)Revolusi Perancis 1789 -rakyat bangkit menentang kerajaan ;kerajaan Uthmaniyyah menghantar ramai cendeiakawan2 untuk belajar ke negara2 Barat; terpengaruh dengan pemikiran Barta; mereka menganggap bahawa kerajaan yang berkuasa mutlak itu yang menimbulkan permasalahan kepada semua; memberontak à menjatuhkan Turki Uthmaniyyah
d)Th e Young Turks
Apa kaitan dengan Palestine?
a)Palestine- centre of the world; tak pernah bergolak kecuali ketika Palestine berada di bawah pemerintahan Islam
Refer- Salehuddin al-Ayubbi; menawan kembali Constaninople
ditawan kembali oleh kerajaan Mameluk di Egypt;
Ottomans – Suleiman membina kembali dinding2 yang telah runtuh akibat peperangan
British Mandale of Palestine (1917)
Kewujudan State of Israel
b)Palestine dan Ottoman;
Sultan Abdul Hamid II (1876-1989)
·Berpendidikan Barat
·Membina istana yang dibina sepenuhnya daripada emas; memotong bajet untuk membina kapal2 perang
** pembetulan ---- > yang membina istana daripada emas itu ialah pakciknya, bukan dia. Cumanya dia ada bersama pakcik dia semasa pakcik dia dapat ilham di Paris (Palais de Versailles) untuk bina istana tu. Nama istana tu ialah Dolmabahce
·Meninjau perdana menteri yang terkenal Midhat Pasha (1822-1885); dikenali umum sebagai seorang yang kaki arak sejak muda; namun iabukannya alas an yang kukuh untuk Sultan memecat beliau
·MIdhat Pasha dipecat atas beberapa alas an yang telah membutikan bahawa beliau pernah terlibat dengan kejatuhan beberapa pemerintah Islam sebelum ini
·Mansuhkan tahzimat
·Memperkenalkan Pan Islamisme- ajak kembali umat Islam untuk kembali ke jalan ALLAH ; usaha dakwah ; dan merapatkan jurang di antara masyarakat
·Hutang Perang Rusia;
Apa kaitan dengan Palestine
Kewujudan Zionis di Basel, Switzerland (1897)
·Kepentingan untuk mewujudkan sebuah negara untuk orang Yahudi untuk membela hak2 orang Yahudi yang teraniayai; antara 3buah Negara yang dicadangkan untuk penubuhan Negara itu, Palestine telah dipilih
·Menemui Sultan AbdulHamid; namun baginda sekeras2nya meneguhkan pendirian untuk tidak menyerahkan Palestine kepada pihak Zionis; refer to ayat baginda di Youtube; Palestine hanya akan dimiliki oleh orang Yahudi apabila kerajaan Turki Uthmaniyyah dijatuhkan
·Sultan Abdul Hamid dipecat- kehadiran delegasi yang datang membawa berita pemecatannya bersama2 seorang wakil Yahudi ; sesungguhnya ummah mahukan engkau diturunkan
·Khalifah/pemerintah boneka- Mehmed V dan Mehmed VI
·Kesultanan dimansuhkan
·Revolusi Arab (1916) – orang Arab sendiri merasakan diri mereka dijajah; secara logiknya khalifah sepatutnya berasal daripada orang Arab memandangkan Raslullah SAW sendiri asal keturunannya adalah berketurubab Arab; apakah layak seorang berketurunanTurki tiba-tiba menerajui pemerintahan Islam sebagai seorang khalifah
·Lawrence of Arabia- mampu menjadi sebahagian di wilayah Arab; à pemberontakan beramai-ramai oleh orang Arab sendiri; memusnahkan landasan kereta api yang telah dibina oleh Sultan Abdul Hamidà menhapuskan punca pendapatn mereka; kebanyakan nya pada suatu ketika sebelum itu,menjadi perompak, penyamun merampas barang dagangan orang Arab
·Mustapha Kamal Attartuk
Dikatakan berketurunan Yahudi
Strategi mencabut paradigm khalifah
Sebaik sahaja menjadi pemimpin di Turki, dia mengajar how to dress; memansuhkan pemakaian yang bercirikan Islam; memansuhkan penggunakan tulisan jawi/bahasa Arab; memperkenalkan tulisan Roman; enforce semua orang menggunakan tulisan itu, kalau tak ikut mereka akan dipenjarakan dan dikenakan hukuman
System khalifah dimansuhkan
Penguatkuasaan larangan memakai pakaian bercirikan islam
Pemansuhan kalendar2 hijrah
Memansuhkan undang2 islam- hukum syariat Islam di epringkat kekeluargaan
System banci di kalangan masyarakat Turki
Azan dalam bahasa Turki
Wanita diberikan hak/kuasa mengundi
Penghapusan tulisan Arab danpenggunaan tulisan Latin dikuatkuasakan
Cuti umum ditukarkan dari hari Jumaat kepada hari Ahad
Diberikan gelaran attartuk oleh orang British
Krisis Palestine
Yahudi dan Palestine
1.3pilihan- Palestine, Uganda, Suriham
2.Larangan untuk orang Yahudi tinggal di Palestine oleh Sultan Abdul Hamid
3.Memperkenalkan visa untukorang Yahudi masuk ke Palestine; dibenarkan untuk stay there untuk suatu tempoh masa yang pendek sahaja
4.Tawaran bantuan:
a)Bayar hutang yang bernilai berjuta2
b)
Sebagai balasan, orang Yahudi menginginkan penempatan Yahudi dibenarkan untuk dibina ; Yahudi boleh lawat bila2 masa dan selama mana yang mereka mahukan -à ditolak oleh Sultan Abdul Hamid
Tawarkan 150 juta kepada Sultan Abdul Hamid (rasuah) tetapi sultan tidakmenerimanya
Penyingkiran Sultan Abdul Hamid
Revolusi Arab
Palestine: Barakna – tanah yangdiberkati ALLAH refer: surah al-Isra’
-Analogy: Buah2 yang datang dari tanah2 di Palestine adalah yang terbaik; tanah yang diberkati ALLAH
Apa peranan kita?
Kita memerlukan kuasa untuk mengembalikan kegemilanganIslam; dahulu apa yang berlaku adalah apabila wujudnya khalifah yang berpegang teguh dengan hokum ALLAH, kerajaan Islam itu dapat dipertahankan
Apakah perasaan kita apabila mengetahui isu2 Palestine?
Adakah kita merasakan bahawa mereka yang teraniayai di Palestine, itu berdaudara dengan kita
Persoalan yang paling nyata:
Bukanlah adakah agama ALLAH akan menang jua akhirnya?
Adakah orang Palestine akan stop dianiayai?
Bukan
Janji ALLAH adalah nyata
ALLAH telah menjanjikan kemenangan yang nyata kepada umat Islam kelak;
Namun persoalannya, adakah kita mahu terlibat/ turut serta dalam perjuangan mengembalikan keagungan agama ALLAH di mata dunia?
Selemah2 iman adalah mencegah sesuatu kemungkaran dengan iringan doa; mencegahnya dengan hati..
Yakinlah bahawa Plaestine akan dimiliki lagi.. Palestine akan aman lagi dengan ketaatan amalan soleh. Ayuh lah rijal..kembali ke jalan ALLAH yang Satu
Pertolongan ALLAH akan datang
Yakinlah!!
Masa depan Islam:
Islam akan naik kembali dan menerajui pucuk pimpinan di dunia
Akan hadir pula zaman khalifah atas manhaj kenabian kelak
Hadith Rasulullah SAW
1.Kenabian
2.Khalifah ar-Rashidin
3.Pemerintah yang menggigit (masih berpegang pada hukum2 ALLAH)
4.Pemerintah yang berbentuk dictator
5.Akan hadir pula zaman khalifah atas manhaj kenabian kelak
Apakah pentingnya pemisahan kuasa/ separation of power
Sultan dan sheikh perlukan each other
Sultan
sheikh
Perlukan sheikh untuk pengiktirafan posisi nya as a leader; sheikh akan menetapkan fatwa sesuatu
Perlukan sultan untuk mempolisikan hokum-hakam agama dalam pelaksanaan/penguatkuasaan sesuatu peraturan itu
Tiada kuasa melantik sheikh; dilantik berdasarkan system monarki
Bukan dilatik oleh sultan, tak bekerja di bawah sultan (independent- boleh mengeluarkan fatwa tanpa takut ugutan/ pandangan kuasa atasan dalam pemerintahan islam)
Tanzimat
- pengstrukturan semula dalam system pentadbiran; menghilangkan kuasa sheikh
- codifying the law: semua perundangan dikodkan; bukan lagi berdasarkan keadaan dan situasi sesuatu jenayah
-sheikh sudah tiada kuasa kerana sebelum ini mereka yangmengeluarkan pandangan2 mengenai hukuman2/fatwa2 terbabit; apabilaundang2 telah dikodkan/dibukukan,
-sultan Abdul Hamid menyedari keadaan ini
Wallahua’lam
Kata-kata saudara Akmal; wakil iluvislam ketika hadir ke POP Surrey 2010
** harap maaf ada kata2 beliau, xsempat nak salin. lagipun bateri laptop dah nak habis pada ketika itu.. harap maaf
sila refer to audio yang sy ade record tp harap maaf sekali lagi
very poor quality sebab typing diz post sementara record the recording
n harap maaf kerana saya duduk di barisan yang agak tengah, jadi sounds agak tak clear
inshaALLAH dpt dimanfaatkan
Saturday, 27 March 2010
assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
what is haram for muslim when they are in muslim community is still haram wheneva they are eventhough when they live in non-muslim community..
Dr Zakir Naik
if u come back home n then u find out that ur mom is being abused by ur neighbour, what will u do? will u kill him? will u beat him up? will u do the same thing as what he had done to ur mom?
yeahh u might do the same thing because u luv ur mom rite?
so can u consider who actually do u luv da most in ur life yeah it shud be ALLAH so y not u try to do the best that u can do in order to protect some1 that u luv show how much u luv ALLAH by worshiping him by doing all those things that He asked us to do n dont do anything that He dislike
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
mati adalah suatu yang pasti mati akan hadir jua dalam diari hidup kelak samada kita mahukannya ataupun kita bersungguh-sungguh cuba untuk menjauhinya kerana sunnatullah sesuatu yang hidup akan mati jua akhirnya
tahukah kita kenapa ALLAH menyebut mati terlebih dahulu sebelum hidup dalam verse 2 surah al-mulk [2:67]
yang menciptakan mati dan hidup untuk Menguji kamu...
kenapa perlu mati dahulu barulah diungkapkan perkataan hidup? adakah ALLAH silap? ataipun penafsir itu salah tafsir? tidak!! sesungguhnya ayat-ayat al-quran tidak pernah silap kerana ia datang secara langsung dari ALLAH ini adalah kata-kata ALLAH mungkinkah ALLAH yang Maha Teliti itu bisa melakukan kesilapan??
tidak
ALLAH menyebut sedemikian kerana sesungguhnya sebelum kita ditiupkan roh ke dalam jasad kita, ketika kita masih janin, kita pernah berada di suatu fasa yang dikenali mati kerana taktala itu, tiada lagi roh dalam jasad itu kita mati ketika itu kronologi itu terbukti jua dengan penemuan ahli-ahli sains sesudah al-Quran turunnya beribu-ribu tahun yang lampau
kemudian kita dihidupkan kembali setelah ditiupkan roh itu dan bagi mereka yang diizinkan ALLAH mengenal dunia ini, bagi mereka yang ALLAH yakin mereka mampu mengharungi ujian terbesar yakni dunia ALLAH benarkan ia dilahirkan mengenal dunia membesar dan sehingga suatu batasan waktu jasad-jasad ini akan kembali kepada ALLAH roh akan dicabut kembali dari jasad-jasad itu kemudian bakal datang kembali fasa dihidupkan yang kekal selama-lamanya yakni di alam akhirat
kronologi yang tidak pernah silap Maha Suci ALLAH yang sentiasa Teliti dalam perancangan-Nya tiada siapa pun dapat menjangkakan bilakah datangnya kematian bilakah akan datangnya hari pembalasan wallahua'lam
sesungguhnya sudah pasti kita akan menempuh 2 kali kehidupan dan 2kali kematian sepanjang kita bergelar makhluk ciptaan-Nya
:)
dan yakinlah bahawa ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya yang sentiasa mencari keredhaan-Nya
cintailah mati seolah-olah anda akan mati pada saat ini elakkan diri daripada mencintai dunia kerana dunia hanyalah tempat persinggahan yang sementara setelah tiba waktunya, kita akan meninggalkan nya kerana destinasi utama kita adalah akhirat sana dunia diibaratkan Rasulullah SAW umpama sepohon pokok tamar di tengah-tengah padang pasir akan ku manfaatkan ia untuk berlindung daripada kepanasan dan menghilangkan letih setelah penat berjalan namun aku tidak bisa melupakan destinasi utamaku habis penat, kaki perlulah digagahkan kembali untuk menuju ke destinasi asal meskipun seselesa mana pun tawaran yang dijanjikan oleh pohon tamar itu, namun aku perlu segera sedar bahawa pohon tamar itu tidak bisa meneduhkanku buat selama-lamanya aku perlu keluar daripada zon selesa itu dan meneruskan perjalananku di tengah-tengah panas itu untuk tiba ke destinasi ku yang SATU
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
"sentiasalah berprasangka baik kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan sentiasa membantu mu, sentiasalah berprasangka baik kepada sesama manusia nescaya ALLAH akan permudahkan segala urusan untukmu"
ungkapan ini selalu ku dengar meniti ruang legar telinga ku yang telah diciptakan ALLAH dengan tiada sebarang kecacatan yang nyata ku bersyukur ya ALLAH kerana telinga ku didengari dengan kata-kata yang menyuburi hati yang menyemai jiwa yang ikhlas untuk mu sesungguhnya akan ku perlihara kurniaan Mu ini daripada dicemari dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya
apakah ertinya kata-kata itu? taktala hati sedang kesunyian kita terkadang alpa apabila berada dalam kesusahan terkadang kita mula menuding jari kepada orang lain mula mencari-cari ketidakadilan ALLAH nauzubillah
ustaz erfino pernah bercerita ada golongan yang apabila berlakunya gempa bumi, bencana-bencana alam yang lain bukan lah menginsafkan mereka malah membuatkan mereka makin sesat ada yang semakin sangsi akan kewujudan ALLAH nauzubillah
antara persoalan yang timbul "jika ALLAH itu ada, kenapa semua ini terjadi?" "di manakah keadilan ALLAH?"
soalan-soalan sebegini makin hari makin banyak membanjiri media-media makin banyak meracuni minda-minda muda yang tidak menghayati islam dengan hati hanya mewarisinya daripada ibu bapa racun yang sangat berbisa ini memerlukan penawar yang efektif dan diperlukan dengan kadar segera
adakah ALLAH betul-betul tidak adil???
adakah persoalan mereka yang ALLAH itu tidak wujud itu adalah benar????
fikir-fikirkanlah rijal-rijal sekalian
ustaz ada menyelitkan satu analogi yang sangat2 sangat mudah untuk difahami
kisahnya bermula apabila seorang lelaki berambut panjang pergi menemui seorang tukang gunting rambut yang terkenal di sebuah kota pemuda itu sangat tidak mempercayai kewujudan ALLAH kerana baginya jika ada ALLAH tiada lagi orang-orang yang berani ingkar akan lahirlah manusia-manusia yang bertaqwa takut kepada ALLAH dan hanya sujud, berserah diri kepada-Nya
kenapa mesti ada yang ingkar? kenapa masih ada lagi yang melakukan jenayah dan maksiat?
di mana ALLAH untuk menghukum mereka? di mana ALLAH untuk menyelamatkan seseorang apabila beribu-ribu orang mati dalam bencana alam??
tukang gunting rambut lantas berkata: percayakah kamu jika aku katakan kepadamu bahawa di kota ini tiada seorang pun tukang gunting rambut??
pemuda itu lantas menjawab dengan kehairanan: kenapa kamu berkata sedemikian? bukankah kamu adalah tukang gunting rambut??
tukang rambut tersenyum lantas menjawab dengan tenang" jika kamu fikirkan secara logik, jika ada tukang gunting rambut, pantas kah lagi wujudnya mereka yang masih berambut panjang yang rambutnya masih tidak terurus
sekiranya masih ada, perlukah disalahkan sepenuhnya kepada tukang rambut itu? bukankah sesuatu yang ada itu tidak semestinya akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua?? meskipun setiap kedai gunting rambut menawarkan servis-serivs yang menarik.. potongan harga ataupun memberi servis secara percuma adakah semua orang akan datang kepada kami??
begitu juga ALLAH ALLAH itu ada tetapi jika kamu mencari-Nya Dia akan sentiasa ada untuk mu bagi mereka yang alpa lupa akan ALLAH maka ALLAH akan mempermudahkan bagimu jalan yang telah kamu pilih jika kamu pilih intan(ibaratkan umpama hidayah ALLAH), ALLAH akan permudahkan jalan kamu itu dapatlah kamu intan yang betul-betul bernilai namun jika kamu memilih untuk makin jauh dari sinar hidayah itu
jadi... apakah persoalan itu wujud lagi dalam hati kamu??
sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kita sendiri tidak mengubahnya [13:11]
lupakah kamu dengan verse ALLAH itu??? kembalilah kepada al-Quran
contohilah Rasulullah
nescaya mana-mana jalan yang kamu pilih akan ALLAH permudahkan tugasmu adalah untuk memilih jalan manakah yang kamu ingin selusuri
wallahua'lam
assalamualaikum wbt
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
bersua kembali kita syukur ke hadrat Ilahi setelah mata terpejam buat seberapa ketika kita masih lagi mampu untuk melihat dunia yang fana ini zarah-zarah kecil udara masih lagi mampu dihirup ke dalam ruang legar sistem pernafasan kita sungguh indah ciptaan Ilahi tidak pernah seketika pun sistem-sistem dalam badan kita ini pernah terhenti meskipun ketika kita tidak sedar badan kita sentiasa berfungsi ibarat mesin yang tidak pernah tahu erti penat lelah malah ia lebih handal daripada mesin-mesin yang tersohor di mata dunia tiada seorang pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan ALLAH Yang Maha Esa ini
tampillah ke hadapan jika pernah engkau menyaksikan ketidaksempurnaan dalam penciptaan-Nya ALLAH mencabar kita berulang-ulang kali pada permulaan surah al-Mulk yang bermaksud pandanglah engkau berulang-ulang kali ke langit ciptaanALLAH itu dan carilah engkau apa-apa cacat cela padanya jika engkau masih tidak menemuinya pandangkanlah pandangan mu sekali lagi kepadanya dan carilah kecacatan itu kerana mungkin jua pada pandangan mata yang pertama tadi matamu tidak terlepas pandang carilah lagi masih tak dapat mencari?? pandanglah sekali lagi dan carilah nescaya meskipun kamu mengalihkan pandangan mu berulang-ulang kali ke langit untuk mencari kecacatan pada ciptaan-Nya itu kamu tidak akan mendapat apa-apa melainkan lelah semata-mata
adakah logik sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH Yang Maha Teliti itu ada cacat celanya? adakah dapat diterima dek akal kita yang cetek ini sekiranya ALLAH yang pada-Nya terkandung Kesempurnaan yang tiada tolok bandingnya ini apabila tiba saat Dia menciptakan sesuatu, hasilnya adalah sesuatu yang tidak sempurna? sedangkan Dia lah pemilik seluruh Kerajaan (al-Mulk) ini
bagaimana pula Dia dapat menghasilkan hasil seni yang kurang sempurna? tidak mungkin lah..
oleh itu, wajarkah sekiranya diri ini memuji sesuatu yang dicipta-Nya melebihi Pencipta-nya? layakkah jika diri ini mengagumi ciptaan-Nya melebihi Pencipta-nya??
mungkin jua ayat-ayat sebelum ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya kenapa diri ini seolah-olah mengagung-agungkan akh dalam usaha mencari suatu permata dalam diri ini untuk digilapkan ana cuma menjadikan post-post sebelum ini sebagai contoh pembangkit semangat ana jika makhluk ciptaan-Nya yang lain di usia muda mampu menjadikan karya sebagai jalan untuk membawa seseorang yang lain ke jalan ALLAH , kenapa tidak diri ku yang hina ini menggunakan kemahiran yang tak seberpaa ini untuk berdakwah ke jalan ALLAH juga
mungkin selama ini, blog ini berlumuran dengan bahasa-bahasa rojak yang mencemarkan bahasa kebangsaan orang Malaysia ya, saya minta maaf saya cuma menjadikan akh itu sebagai pemberi semangat tetapi untuk mengkagumi ia melebihi ALLAH itu adalah suatu yang mustahil
saya anggap semua ini datang dari ALLAH dan segala apa yang saya post kan di sini semata-mata bertujuan untuk memberi peringatan kepada diri sendiri sekiranya diri ini terlupa kelak al-maklumlah, diri ini hanya insan kerdil yang terkadang bisa sahaja lupa bisa sahaja hanyut ini cumalah langkah-langkah awal dalam usaha mengelakkan "down" yang berterusan sekiranya apa-apa terjadi
sesungguhnya ALLAH itu sentiasa ada untuk hamba-hamba -Nya yang sabar dan yakin dengan Nya
dan sahabat-sahabatku sesungguhnya umat Islam itu bersaudara dan sentiasalah nasihat-menasihati apabila ada di antara saudara-saudara mu ini membuat kesilapan tegurlah ia dengan berhemah atas dasar cinta dan sayang kepada ALLAH
dan sekiranya engkau melihat diri ku ini terlalu lalai dengan urusan duniawi semata-mata tiada post untuk jangka masa yang lama tegurlah kerana mungkin pada saat itu diriku dibuai mimpi indah tawaran dunia yang segala-galanya berbentuk angan-angan mat jenin jika terlalu diikutkan, segala-gala yang telah ada pada kita akan hilang sekelip mata namun untuk dilepaskan angan-angan itu, hati terasa berat itulah manusia sentiasa terbuai dengan alunan muzik-muzik indah buaian dunia yang jangka hayatnya cumalah sementara
Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia,
maka curigailah ia mengenai agamanya,
kerana
orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
- saidina umar r.a-
aku tidak inginkan mimpi ini berlanjutan ku dambakan alam setelah tiba kematian alam yang apabila kita kekal selam-lamanya di dalamnya saat taktala yang muda takkan bertambah-tambah usianya saat ketika kita tidak perlu gusar akan hal yang remeh temeh lagi
oleh itu persibukkan lah diri kita dengan salah satu dari urusan di atas kerana sudah pasti kita akan memilih antara dua meskipun jika pemilihan itu tidaklah secara nyata jika kita tidak memilih untuk dunia, kita akan sibuk untuk mencari redha ALLAH di akhirat bersesuaian dengan cara-cara tertentu di mana kita akan gunakan dunia ini untuk menghasilkan hasil tuaian yang enak-enak untuk dituai di akhirat kelak ataupun jika kita tidak memilih akhirat sekarang, kita secara automatiknya akan sibuk dengan aktiviti-aktiviti dunia itu sunnatullah kerana jika kita tidak melakukan sesuatu kebaikan, sudahj pasti kita akan melakukan sesuatu yang sebaliknya; kejahatan/lagho jika kita tidak mengimpikan syurga, di mana lagi destinasi terakhir kita nauzubillah kerana tiada pilihan lain selain syurga dan neraka kedua-duanya adalah pasti
bismilllahirrahmanirrahim.. dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
sekarang jam menunjukkan angka 0518am saat ini mungkin ada yang masih lena dibuai mimpi indah mungkin juga ada yang sedang khusyuk studi atau mungkin jua ada yang dah bersiap sedia untuk solat subuh menjadi hamba yang taat kepada Pencipta nya
macam-macam dapat kita lakukan di keheningan pagi ini jika diberi pilihan mungkin jua pada ketika ini, ramai yang sedang bermimpi pulang ke malaysia sejenak menjenguk ahli keluarga yang dirindui mungkin sahaja kedengaran agak tak relevan namun hanya mimpi dan doa yang mendekatkan ahli keluarga yang terpisah jauh di seberang laut.. melihat harga tiket penerbangan yang makin hari makin mahal hati bertambah gusar hati bertanya-tanya bilakah harga itu akan turun di bawah paras "merbahaya" itu? mungkin juga harga itu sudah statik tidak akan turun lagi... mungkin jua jadi, kami perlu bersedia dengan apa jua kemungkinan inshaALLAH setiap ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan kita dalam menanganinya.. inshaALLAH kami di sini kuat... :)
♥ ♥ ♥ ♥
sebenarnya dalam dingin pagi ini, diriku menulis bukan kerana mengigau di siang hari ataupun bukan kerana alasan-alasan lain yang tidak dapat kufikirkan pada waktu ketika ini mungkin jua ALLAH tidurkan diriku awal malam semalam ada hikmahnya dapatlah mata ini lebih awal melihat dunia alhamdulillah hari ini masih lagi mata ini dapat melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dapat lagi kaki ini berpijak di atas tanah-tanah yang sentiasa taat kepada ALLAH menyatakan taat setianya dengan merelakan dirinya dipijak oleh manusia-manusia yang terkadang lalai dalam permainan hidup tanah yang sentiasa bertasbih kepada-Nya dalam kepekatan dan kedinginan di subuh hari aku bangun perut terasa lapar jasad masih malas untuk bangun dari katil tempat jasadku terbujur sendirian semalaman
fikiran merewang-rewang memikirkan aktiviti-aktiviti yang ingin ku lakukan kelak "nak makan, malas bangun..sekejap lagi lah"
RINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG......
alamak... fire alarm berbunyi aku tersenyum sendirian selalu kejadian ini berlaku taktala aku berasa amat malas untuk bangun dari lenaku ya ALLAH Engkau selalu memberikan aku kekuatan untuk bangun keluar menghirup udara pagi supaya aku kembali segar bangun mengisi ruangan dingin pagi ini dengan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk diriku ini pertama-tama kali, sudah semestinya MAKAN!! haha... :p
♥ ♥ ♥ ♥
terasa bahagia di pagi hari dapat bertemu dengan teman-teman Malaysia ku dapat berbual-bual di lobi sementara menunggu hostel kami diperiksa seorang ukhti london pun ada bersama-sama kami kebetulan pagi ini universiti kami ada menganjurkan satu program Kursus Pengurusan Jenazah ceramah akan diberikan oleh seorang tokoh terkenal yang suka menyakat yang bijak berceloteh yang merdu mengalunkan lagu-lagu indah memuji keindahan ALLAH
ustaz erfino johari
♥ ♥ ♥ ♥
terasa seperti ada yang belum selesai tugasku sebagai seorang pelajar masih belum kulangsaikan mungkin jua waktu ini dapat kumanfaatkan untuk sesuatu yang lebih bermakna kerana kita adalah selama-lamanya seorang pelajar sentiasa perlu mempelajari ilmu-ilmu dalam mengenali ALLAH dan gunakan ilmu itu untuk membuktikan kualiti seorang individu muslim di mata dunia yang lebih mulia pada pandangan Pencipta kita yang sentiasa mengharapkan kita sedar akan tujuan asal penciptaan kita ayuh rijal-rijal sekalian bangkitlah, sedarilah tujuan kita hidup dan bekerjalah ke arah itu
inshaALLAH
WALLAHUA'LAM
Sekian sahaja buat tatapan di pagi hari kini tiba lah saat yang ditunggu-tunggu ku selesai menatap laptop mencurahkan apa yang terbuku di fikiranku kini tibalah waktunya untuk diriku "santap"