Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith dari Umar bin Khattab ra dia berkata:
Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
"Sesungguhnya amalan-amalan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan diganjar sesuai dengan niatnya. Sesiapa yang hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka pahala hijrah tersebut diserahkan kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya untuk mencari dunia atau menikahi wanita, maka hijrahnya akan diserahkan kepada apa yang menjadi tujuannya. "
♥ ♥ ♥ ♥
Imam Nawawi berkomentar terhadap hadis tersebut,
"Yang dimaksud adalah amalan-amalan ketaatan, bukan amalan-amalan yang bersifat mubah."
** mubah: an action as neither forbidden nor recommended, and so religiously neutral
♥ ♥ ♥ ♥
Imam Al-Harith Al-Muhasibi berkata,
"Ikhlas tidak masuk ke dalam perkara-perkara mubah, kerana yang mubah tidak meliputi ketaatan dan tidak akan mengantarkan kepada ketaatan, seperti meninggikan bangunan tanpa sebarang tujuan atau bahkan dengan tujuan bermewah-mewahan. Adapun jika lakukan untuk tujuan tertentu seperti masjid, jambatan, benteng pertahanan dan lain-lain, maka hal itu menjadi terpuji. "
♥ ♥ ♥ ♥
Imam Nawawi melanjutkan perkataannya,
"Dan tak ada ikhlas dalam perkara-perkara yang diharamkan atau dimakruhkan, contohnya melihat hal-hal yang tidak boleh dilihat dengan alasan bertafakkur terhadap ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala , seperti melihat anak kecil yang tampan (amrad). maka dalam hal ini tidak diketahui istilah ikhlas, bahkan tak dianggap sebagai amalan ibadah sedikit pun. Kerana ikhlas adalah substansi ibadah itu sendiri"