HIGH HEELS…
Al-kisahnya..
Pernah
suatu ketika, penulis keluar berjalan-jalan dengan seorang sahabat di Kota
London sambil memakai kasut HIGH HEELS yang baru dibeli beberapa hari yang
sudah.
Melihat gelagat sahabat yang hanya memuji
memakai kasut tersebut, so, pada ketika tu, memang penulis rasakan “OKAY kot
pakai HIGH HEELS ni.. takde orang tegur pun cakap TAK BOLEH PAKAI” J.
Lagipun, since duduk kat negara orang
ni, memang dah lama tak pakai kasut tinggi2 ni.. Entah mengapa hari itu, terasa
berkenan pulak nak membeli kasut yang bertumit tinggi tu…haishhh ikut nafsu la
sangat kan? Ni kalau nak buat pertandingan ‘tomoi’ antara Kehendak vs Keperluan , hurmmm rasanya memang
teramat jelaslah siapa pemenangnya kan? Aiyoookk.. biasalah,. Penulis bukanlah
seorang yang penuh ilmu di dadanya huhu.. Insaf sattt huhu…
Okay, okay,
okay… Back to the story, please J
Biasanya,
kalau students Malaysia nak cari jubah or any muslim attires, mesti diorang
akan singgah ke desitinasi wajib iaitu White Chapel! Salah satu lokasi yang
majoritinya beragama Islam. Mereka ni kebanyakannya memang bukan omputeh lah..
Mereka tak lain, tak bukan, adalah Pakistanis and Bangladeshis. Yang paling
best, sebab penduduk majoritinya adalah Muslims, so, mereka bolehlah request
untuk adakan sebuah masjid. Alhamdulillah! J A big YAY for Muslim society kat
sana. YIPPI!!
Masjid. Kalau
kat luar negara yang majoritinya bukan muslims ni, memang syarat dia tak boleh
laung azan sampai ke luar building tu. Berpadalah dapat bina masjid and azan
bunyi kat seluruh (dalam) masjid itu sahaja. Takpelah, apa-apa pun, dah cukup
bersyukur sangat, at least muslims di luar negara still ada opportunity untuk
solat jemaah sama-sama kan? So, there will be no more reasons not to go to
mosques/mussollas anymore la kan? J
Btw kat
area ni memang banyak kedai @ gerai yang jual jubah, tudung, hurmm macam-macam
lagilah. Ada jugak bookstores yang jual buku-buku agama yang quite good lah for
muslims (and non-muslims) to gain more knowledge about Islam dekat negara omputeh
ni. Mereka kat negara omputeh ni, kalau bab dakwah memang teramat awesome hebatnya.
Nak dakwah, kat mana-mana pun boleh. Mereka berani berdialog dengan non-muslims
dalam banyak isu. Dan Alhamdulillah masing-masing kalau respect agama each other, insyaAllah memang takde masalahlah
untuk mana-mana pihak untuk berdakwah. Christians pun kadang-kadang ada jugak
yang datang approach kami yang dah bertudung litup ni ajak ke church.. *Sabo je
lahhhh*
Okay..
pasal isu kasut TUMIT TINGGI ni. Nak dijadikan cerita, memang pernah dengar ada
orang cakap sampai tahap HARAM pakai. Sebab memang kalau pakai high heels,
hanya orang-orang yang hebat sangat je boleh jalan tanpa bunyi. Majoriti yang
pakai kasut camni memang akan hasilkan bunyi. TUP TAP TUP TAP, everytime we
walk, akan bunyi camtulah (sort of la...).
Al-kisahnya,
sebab terikut nafsu beli, and godaan syaitan suruh pakai kasut camtu, I’ve
tried. Syaitan won over me (that time). Pakailah kasut tu (walaupun sakit sebab
jalan jauh-jauh.. tu la siapa suruh degil sangat kan? Huhu… Allah Marah la tu…)
Jalan-jalan,
kawan tak tegur. So consider okay je la.. Jalan lagi. Sampai lah kitorang pergi
satu kedai ni. Muslim brothers yang manage bookstore ni. Cari buku, takde pulak
yang berkenan di hati, so, nak keluarlah. Tiba-tiba seorang brother ni panggil
kitorang. Dia bagi salam. “As salam wbt sisters!”. Kami pun menyahut la.
Salamnya kami balas. Dia pun sambung percakapannya, “Sisters, may I advise you
something? Please do not ever wear this type of shoes again. They are not for
muslims. We, as a muslim, cannot wear high heels. THEY ARE HARAAM! (Sambil
menjelaskan kenapa haram)”.
Tak
dinafikan, memang tebal jugak muka ni sekejap. Tapi sesaat dua je la malunya.
Kemudian, tersenyum and say thanks for his advice. Say ‘Alhamdulillah’, finally
ada jugak yang tegur and sudi bagi explanation to me yang masih jahil ni.
Islam ni
banyak mazhab. Ada mazhab yang sangat strict. Sebenarnya ada banyak jugak
kebaikan kalau kita follow ajaran yang macam ni. Sebab, mereka strict bukan
sesuka hati mereka je. Mereka strict bertempat kot. Mereka takut, kalau
tersalah ambil mudah, nanti neraka pulak destinasi terakhir ramai umat Islam. So
mereka ambil jalan yang lebih selamat, ambil pendekatan yang lebih strict tapi
masih ikut syarak.
Okay, ni
penulis nak based on satu buku yang bertajuk “290 Nasihat untuk Muslimah” hasil
tulisan Saudara Muhammad Najib dan Saudari Nur Yasmin Zulaikha (Terbitan
Jasmin). Buku ni jelaskan kenapa dihukumkan HARAM pakai KASUT TUMIT TINGGI ni
(m/s 59).
- Dikhuatiri boleh timbulkan fitnah bagi kaum lelaki dan merosakkan agamanya
- Kasut TUMIT TINGGI mengeluarkan bunyi yang dapat menarik perhatian kaum lelaki
Diriwayatkan
oleh Abdurraziq (5115) dan yang lain, daripada Ibnu Mas’ud ra, beliau berkata, “Pada
waktu kaum lelaki dan perempuan Bani Israil sedang mendirikan solat, ada
seorang wanita yang memiliki kekasih lalu sambil memakai kasut yang tinggi agar
dapat melihat kekasihnya, maka dikirimkan haid kepadanya”.
Oleh itu,
nasihat penulis buku tersebut, “berhati-hatilah wahai ukhti Muslimah untuk
tidak menggunakannya (KASUT TUMIT TINGGI) di hadapan lelaki yang dapat menjerumuskan kamu pada dosa”.
Yang baik,
kita ikut. Yang salah, kita perbetulkan. Biar dikata ‘tak up-to-date’ asalkan
Allah tak murka. Jangan dipuji manusia, tapi dicela Allah dan
malaikat-malaikatNya.
Wallahua’lam.