Apakah itu Melayu? |
Ukiran kayu Melayu sesudah kedatangan Islam |
"Dalam ukiran kayu di depan, kalau kita tengok, ukiran tersebut ialah ukiran yang bermotifkan fauna atau tumbuh-tumbuhan. Dalam ukiran Melayu Islam, penghujung bagi setiap ukiran akan ditamatkan dengan pucuk daun, daun atau bunga kesemuanya ditundukkan ke bawah, bukannya menaik ke atas."
Ukiran daun itu ditundukkan ke bawah sebagai tanda bahawa kesemuanya akan kembali kepada kekuasaan Allah SWT. Kesemuanya akan tunduk layu di bawah kuasa Allah SWT
Orang Melayu memang layu, tapi mereka layu bukannya kerana mereka lembik. Mereka layu bukannya kerana mereka tidak berguna. Tetapi orang Melayu itu layu kepada kuasa Allah SWT. Sebagaimana hebatnya mereka menguasai Melaka, sehingga bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini, mereka tidak angkuh. Lantaklah kita hebat macam mana, kita controlperdagangan timur dan barat sekalipun, akhirnya kita semua kembali tunduk dan layu kepada Allah SWT. Itulah maksud Melayu
"Kesatuan orang Melayu itu sendiri sebenarnya ialah kesatuan Islam. Tidaklah dinamakan kita ini sebagai Melayu kalau bukan kerana kita tunduk kepada Allah Taala. Kelemahan orang Melayu itu sendiri adalah berpunca daripada diri mereka yang tidak ada rasa bangga kepada bangsa mereka. Rasa bangga ini dikenali sebagai 'izzah."
Muslimah pada hari ini memakai baju kurung. Tahu apa erti tersirat di sebalik baju kurung?
"Ada yang lebih suka berjubah kerana merasakan itu lebih Islamik. Lebih menepati syariat. Saya tidak katakan itu salah, tetapi saya rasa, ini ialah masalah 'izzah. Tidak dinamakan baju kurung itu sebagai baju kurung melainkan pemakainya akan dikurung dalam syariat Islam. Sebab itulah namanya baju kurung. Bajunya longgar dan bersederhana. Sesuai untuk kita di benua ini. Baju kurung bersandarkan syariat, kita sahaja yang mengubahnya dengan fesyen entah apa-apa, elok-elok namanya baju kurung, jadi baju kurang!"
"Pada baju Melayu cekak musang yang kita semua pakai, apa maksudnya 5 butang tersebut kalau bukan rukun Islam yang berpanca".
"Kegemilangan Melayu, manfaatnya bukan kembali kepada Melayu. Tetapi tuahnya kembali kepada Islam. Melaka adalah pusat penyebaran dakwah Islamiah. Kegiatan tarbiyyah berjalan di sini. Di tanah air ini. Di bumi emas. Tahukah kamu semua bahawa kitab Dur al-Manzum pernah diarak masuk dengan penuh kemuliaan ke dalam balairung Istana Melaka? Mulianya Melayu kerana Islam. Apabila kita mula meninggalkan Islam, kita telah mengundang padah untuk diri sendiri. Nama keramat Melayu hanya tinggal sebagai nama kosong yang tidak ada erti."
"Kedatangan Alfonso de Albuquerque dari Portugal ke Melaka telah memusnahkan ketamadunan Islam di sini. Mereka mahu melunaskan dendam Perang Salib mereka. Mereka tahu, memusnahkan Melaka akan memusnahkan satu lagi titik kekuatan Khilafah Uthmaniyyah yang menaungi umat Islam di seluruh dunia itu.
|
Inilah sebabnya mereka datang menjajah ke timur. Bukan saya yang kata, penjajah sendiri yang bocorkan rahsia... |
Semangat Perang Salib dibawa pula ke Melaka. Berapa ramai umat Melayu telah dikristiankan ketika itu. Melaka akhirnya jatuh ke tangan penjajah laknatullah. Bermulalah era penjajahan ke atas kita semua selama empat ratus tahun lebih lamanya..."
" Ingatlah, ketika tentera Portugis yang dilaknat Allah itu datang ke pesisir pantai Melaka ketika itu, perkara yang pertama yang mereka hancurkan ialah Masjid Melaka yang berada di tepi Sungai Melaka. Orang kafir sendiri sudah sedia maklum apakah itu masjid serta fungsinya... Maka mereka musnahkan simbol penyatuan kita terlebih dahulu..."
Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Melayu” bermaksud berlari atau mengembara ataupun “Hijrah dan terus berjalan”..
Sebuah pengembaraan yang sudah pasti punyai satu niat dan matlamat untuk dilaksanakan, yakni sesuatu itu patinya perlu berhijrah daripada suatu yang negative kepada sesuatu yang lebih positive dan membina. Bagi yang sebaliknya, bukanlah hijrah suatu perkataan yang esuai untuk menterjemahkannya tapi sebaliknya TERJERUMUS
Kemanakah hendak berlari? Kemana juga hendak mengembara?
Hijrah dari titik mana ke titik mana? Bicara hijrah kemudian berjalan….
Jika benarlah melayu itu ialah “orang-orang yang berhijrah kemudian mereka itu berjalan”
Jadi fikirkan dan laksanakanlah.. kerana lahirnya manusia di bumi ini dengan tanggungjawab dan matlamat yang secara terang-terangan telah diperjelaskan ALLAH menerusi surah al-Dzariyat ayat 56 dan al-Baqarah ayat 30
BENARKAN kata-kata ini (takkan Melayu hilang di dunia) HIDUP!! dan KEKAL!!!
Pastinya akan sentiasa maju ke hadapan..
Reference: http://muhammad-fazdhly.blogspot.com/2011/01/melayu.html
http://tintazukhrina.blogspot.com/2008/08/melayu-melayu.html