Assalamualaikum wbt...
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Maha Suci Allah yang telah Menciptakan langit dan bumi serta seluruh yg ada di antara kedua-duanya, yang telah Menciptakan siang dan malam, serta Menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk ciptaan Nya lalu disempurnakan Penciptaannya tanpa sebarang cacat dan lela nya
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
SEMALAM diri ini seolah olah menerim suatu tamparan yang hebat yang betul-betul hadir kena dengan masa dan situasinya inshaAllah
SEMALAM diri ini diajukan persoalan mengenai ikhlas
Adakah telah engkau ikhlaskan niatmu secara total hanya kerana Allah tanpa mengharapkam sedikitpun daripada yang selain dari Nya?
Pernahkah terdetik walau sedetikpun di hati ini kerana yang selain dri NYa?
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Terkadang jiwa-jiwa ini bisa sahaja dibolak balik oleh arus keduniaan yang tanpa sedar mempengaruhi jiwa-jiwa yang masih lemah ini. Jiwa-jiwa yang masih dalam proses tarbiyah ataupun masih lagi dalam konteks pembersihan..
Kuakui diri ini sangat hina
Sungguh takut apabila mendapat pengkhabaran mengenai soal ikhlas ini..adakah pernah sedetik dalam hidup ini amal ku dihintung Allah?pernahkah dalam sedetik itu aku benar-benar ikhlas untuk Nya???
Ya Allah, ampuni diri ini...sungguh aku tidak mampu untuk mendapatkan ganjaran pahala mahupun syurga Mu, namun kuatkanlah diri ini untuk terus berusaha supaya diri ini layak untuk mendapatkan belas ihsan Mu kelak
Aku tidak mahu mensyirikkan Mu tanpa sedar dan terus perasan bahawa aku telah berbuat sesuatu untuk agama Mu sedangkan secebis pun amalanku tidak pernah dihintung Mu
Namun aku tidak gagah untuk menanam perasaan riak terhadap Mu apabila aku tidak melakukan sesuatu kerana takut dipuji ataupun dilabel riak kerana itulah riak yang sebenar-benarnya
Berhenti drpd melakukan kebaikan kerana tidak mahu dipuji itulah RIAK
Sebaliknya melakukan sesuatu untuk dipuji itulah SYIRIK
Nauzubillah
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Astaghfighullah al azim
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Pemilik seluruh hidayah..Kurniakanlah taufiq dan hidayah Mu kepada jiwa-jiwa ini moga-moga dapatlah kami menjaga hati ini daripada terus dicemari dengan karat-karat jahiliyah sekaligus melayakkan kami untuk mendapat lesen kekal di neraka jahanam kelak
Nauzubillah
Sesungguhnya aku lah di antara manusia yang sangat-sangat rugi kerana memilih jalan yang penuh onak duri di dunia tapi dijanjikan Allah neraka jahanam kerana kebodohan ku
Ya Allah ikhlasi lah jiwa ini supaya ia sentiasa berada di jalan Mu sentiasa berpegang pada ajaran Mu dan sentiasa berpesan pesan kepada kebaikan dengan penuh kesabaran dan ikhlas
Jauhkan diri ini daripada sifat-sifat seorang munafiq yang hanya berlakon baik di pentas dunia tapi tewas di akhirat kelak...bangkitnya dalam muka yang hitam kemurungan sedangkan wajah-wajah mereka yang beriman putih berseri-seri
Ya Allah perelokkanlah akhlak ku sepertimana Engkau telah sempurnakan penciptaan dan rupa parasku
Sungguh aku tidak mahu memilih untuk menjadi sehina-hina manusia apabila manusia-manusia lain sedang bermujahadah untuk menolong agama Mu...
Tolonglah aku ya Allah...sesungguhnya nikmat iman dan islam adalah nikmat trbesar dalam hidup seorang muslim yang tidak bisa hidup tanpanya walaupun hanya sedetik sepertimana kita memerlukan udara untuk bernafas,iman dan islam lah santapan rohani sekaligus pencorak langkah arah tuju kita kelak
Wallahua'lam