Assalamualaikum wbt…
Baru sahaja mencongak-congak waktu untuk mengakhiri zaman bujang dengan si dia, kini terkena suatu tamparan hebat yang teramat sangat oleh suatu hadith yang inshaALLAH benar-benar membuka mata ana sebagai seorang yang kuat berangan
Teringin mendirikan rumah tangga kononnya untuk bersama-sama si suami dalam menegakkan syiar Islam.. Mahu membina institusi baitul muslim yang utuh di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Namun, ana terlupa sesuatu yang teramat penting. Ana terlupa untuk muhasabah diri dan membuat check list mengenai kekurangan diri ini.. Siapalah ana untuk mengimpikan sesuatu yang seindah itu, besar sungguh tanggungjawab bergelar seorang isteri, lagi besar tanggungjawab jika mengimpikan untuk menjadi seorang ummi yang dapat melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang dapat memakmurkan muka bumi ALLAH ini dengan syariat Nya. Ana khilaf ya ALLAH…Ampunkan diri ini kerana berangan terlalu tinggi
Ya ALLAH.. ALHAMDULILLAH Engkau Pertemukan aku dengan suatu artikel yang ringkas tapi sungguh bermanfaat. Moga-moga orang yang menulisnya mendapat ganjaran atas kesedaran diri ini juga hendaknya
Ingin ana kongsikan supaya masing-masing boleh mengambil ikhtibar dan inshaALLAH boleh mula bermuhasabah serta mencari jalan dan ruang untuk memperbetulkan diri masing-masing inshaALLAH. Lelaki yang baik (soleh) hanya layak untuk wanita yang solehah juga, oleh itu perbetulkanlah diri dari punca yang mana-mana yang masih berlubang. Tampallah ia dengan cinta Ilahi, tinggallah sisa-sisa jahiliyah yang masih terlekat pada diri masing-masing supaya tiada lagi yang menghalang dirimu dari mara ke jalan Ilahi
Moga-moga antunna tidaklah termasuk dalam 6 golongan wanita yang dilarang untuk dikahwini ini..Ana akui sekarang diri ini termasuk dalam golongan yang ALLAH mention sebagai golongan yang dilarang untuk dinikahi tapi inshaALLAH bantulah ana supaya ana dapat menjadi muslimah solehah yang dapat mengikuti jejak langkah Khadijah yang sentiasa menenangkan Rasulullah ketika Baginda dalam ketakutan, yang sudi berkorban harta dan masanya demi Islam, yang sudah pasti sentiasa menghiburkan dan membahagiakan Rasulullah di saat duka dan lara. Mahu juga diri ini menjadi seperti Aisyah yang dirinya bukan sahaja baik budi pekertinya tapi boleh menjadi sahabat kepada suaminya dalam usaha memperjuangkan syiar Islam. Pertanyaannya kepada si suami (Baginda Rasulullah SAW) hanyalah untuk meningkatkan iman dan mengukuhkan akidahnya kepada ALLAH taala.. Subhanallah…Izinkan aku menjadi seperti mereka ya ALLAH, dan usahlah Engkau biarkan diri ini terus terleka dan menjadi sepertimana yang tertera di bawah
Jangan Kahwini Wanita Ini
Dicatat oleh Imam Al-Ghazali
"Jangan engkau kahwini wanita yang enam iaitu wanita yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."
Wanita Ananah :
Banyak mengeluh & mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah :
Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu."
Wanita Hananah :
Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah :
Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah :
Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya.
Wanita Syadaqah:
Banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Wallahua'lam