يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاء لِلنَّاسِ
Akan keluar dari perut-perutnya (lebah-lebah itu) minuman (madu) (yang) berbagai warnanya, di dalamnya (terdapat) penyembuh bagi manusia….
( An-Nahl : 69 )
*********
sekarang majoriti telah maklum mengenai khasiat penyembuhan yang dapat diperoleh oleh madu serta kebolehannya menjadi antiseptik yang ringan.
Russians menggunakan madu untuk menutup luka-luka mereka ketika Perang Dunia Kedua (1940-1945). Madu yang digunakan itu diyakini dapat menahan kelembapan serta dapat meminimumkan size parut yang akan terkesan hasil kecederaan itu. Kepadatan madu jua dapat mengelakkan pertumbuhan kulat ataupun bakteria pada luka tersebut.
jika seseorang mengalami alahan terhadap sesuatu jenis tumbuhan, maka berilah ia madu daripada tumbuhan itu sendiri; supaya dapatlah kiranya badannya untuk membina keimunan serta daya tahan penyakit terhadap alahan tersebut.
selain itu, diyakini juga madu kaya dengan sumber fructose dan Vitamin K yang amat essential untuk pertumbuhan seseorang itu.
Maka...tiadalah yang dapat menyangkal kebijaksanaan AL-Quran sehinggakan ALLAH menggelarkannya al-Quranul Hakeem ( AL-Quran yang Bijaksana)
siapa lagi yang dapat menghuraikan sesuatu dengan penuh details taktala tiada suatu pun alat-alat canggih untuk menguji kesahihannya. bukan itu sahaja, jika benarlah ia adalah rekaan semata-mata, nyatakan dengan jelas siapakah yang mempunyai daya ta'kulan yang sangat hebat yang pemikirannya menjangkaui masa dan kemunduran teknologi untuk menghasilkan ideologi2 sebegini
atau...
adakah ia benar-benar ilmu yang datang dari ALLAH yang Maha Mengetahui?
********
wallahua'lam
fikir-fikirkanlah wahai manusia
*********
source: Terjemahan buku al-Quran dan Sains Moden oleh Dr Zakir Naik