bismilllahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah
lagi
Maha Penyayang
tiada Tuhan melainkan ALLAH
dan
Rasulullah SAW itu pesuruh ALLAH
♥ ♥ ♥ ♥
beberapa hari lepas
satu lagu indon ni memang selalu je dengar kat youtube
entah kenapa
5minutes: semakin kukejar semakin jauh
terleka sekejap diriku yang hina ini
dibuai2 alunan muzik buatan manusia itu
♥ ♥ ♥ ♥
bila aku duduk kembali mengimbau kembali byte2
dan
lirik2 yang dialunkan oleh band itu
aku tertanya2
kenapa perlu aku mengejar cinta manusia
ye jika cinta manusia
makin kita kejar makin dia larikan diri
jual mahal la katakan
seperti pepatah orang dulu2
jinak2 merpati ; bila kita dekat, bertebangan lah lari si burung2 itu
♥ ♥ ♥ ♥
perlukah kita bazirkan usia remaja kita ini
semata2 untuk mencari "redha manusia"
cinta manusia
belaian seorang manusia
yang sudah semestinya tidak pernah dapat memberikan kebahagiaan kepada kita
"eh ape pulak tak pernah?? boyfriend aku tiap2 hari buat aku tergelak, tersenyum..bahagia sangat2.ko jeles kot sebab ko takde bf"
saudara2 ku sekalian
perlu kah diri ini cemburu melihatkan sahabat2 sekalian didampingi insan tersayang?
perlukah diri ini berasa iri hati melihat sahabat2 berada dalam lamunan cinta insani?
♥ ♥ ♥ ♥
jika perlu, hurm.,..
bolehkah jika saya tetap memilih untuk tidak?
kerana
saya takut
saya tak mahu saya terleka lagi
cinta insani adalah cinta yang merugikan masa
bukankah berulang2 kali dinyatakan dalam al-quran
"sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau. Jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan Memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak akan meminta hartamu" [47:36]
♥ ♥ ♥ ♥
sesungguhnya jika betul ALLAH minta kembali nikmat2 yang telah ALLAH kurniakan pada kita,kita akan menunjukkan kekikiran kita
kita akan enggan memulangkan kembali pinjaman itu...
percaya atau tidak??
ALLAH dah nyatakan dalam ayat seterusnya dalam surah yang sama
surah Muhammad ayat 37
nauzubillah
setiap pergerakan kita ALLAH dah tahu awal2
kerana
Dia lah Pencipta kita
wajarlah untuk ALLAH tahu setiap tindak tanduk kita ini
♥ ♥ ♥ ♥
so...fikirkan lah sendiri
adakah wajar untuk kita meraih cinta insani
dan
menghindarkan diri daripada usaha untuk mendapatkan cinta Ilahi yang berkekalan itu?
♥ ♥ ♥ ♥
wallahua'lam
♥ ♥ ♥ ♥
cuma ingin mengingatkan diri yang sentiasa alpa
iman yang sentiasa naik turun
jiwa yang sentiasa bercelaru
♥ ♥ ♥ ♥
jika kita mengejar cinta manusia, yakinlah bahawa akan wujud kekecewaan jika anda gagal mendapatkannyaakan wujudlah rasa "lost" bila anda makin jauh daripada Nya
akan muncul lah perbuatan2 yang mendekati zina
sedangkan dalam ayat al-Quran
sekeras2nya melarang kita mendekati zina itu sendiri
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
[ 17:32 ]
♥ ♥ ♥ ♥
kenapa perlu dikejar duniawibukannya
akhirat ya syairah?
bukankah engkau tahu bahawa
ALLAH akan mempermudah segala urusanmu
jika engkau memilih duniawi, ALLAH akan mempermudahkan jalan2 kamu meraih kejayaan duniawi itu
dan
jika pilihanmu adalah akhirat, inshaALLAH ALLAH akan permudahkan jalan2mu itu jua
dengan bonus; yakni kesenangan di dunia jua
♥ ♥ ♥ ♥
siapa yang mencari cinta ALLAH tidak akan pernah kecewatidak pula mereka akan pernah ditinggalkan
malah
cinta mereka itu akan dianugerahkan pula dengan hadiah2 ALLAH yang tiada tolok bandingnya
♥ ♥ ♥ ♥
maka
masihkah kita mahu mencari cinta manusia??
betulkah semakin kukejar semakin jauh itu?
adakah ia apply to cinta ALLAH jua?
fikir2kan lah wahai saudara2 ku
♥ ♥ ♥ ♥
wallahua'lam
♥ ♥ ♥ ♥
berdoalah kita supaya sentiasa berada di landasan yang betulaikk...dah terlajak ke? boleh lagi u-turn balik
jom!! sebelum terlambat...
jangan sampai jalan mati... :)
sudahkah kita membaca ayat2 cinta hari ini?
bukannya sms/chatting di alam maya
ataupun sekadar surat2 cinta
tapi
ayat2 cinta dr ALLAH
yakni
ayat2 al-QUran
kata2 Tuhan-mu langsung kepada hamba2 yang dicintai-Nya
♥ ♥ ♥ ♥
indanya ISLAM :)
M.U.S.L.I.M by native deen untuk renungan bersama :)
assalamualaikum wbt :)